Skip to Content

Yusof tak kecewa

Submitted by on November 24, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

DALAM tempoh lima hari tayangan bermula 17 November lalu, filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.6 juta. Biarpun, angkanya tidak sebesar hasil kutipan filem terdahulu tetapi ia masih di tahap sederhana.

Penerbit filem Skop Production Sdn Bhd (Skop), Datuk Yusof Haslam berkata, jumlah kutipan sederhana itu nyata tidak mengecewakan�nya. Menurutnya, penerimaan penonton pada genre filem romantik komedi di negara ini agak berkurangan lagi.

“Bukan senang genre ini (romantik komedi) diterima penonton kerana tidak banyak filem yang berjaya di pawagam. Justeru, saya bersyukur dengan kutipan sederhana ini memandangkan ia juga adalah percubaan pertama Syamsul dalam genre lain.

“Penonton sebelum ini mungkin sinonim dengan karya Syamsul membabitkan filem aksi atau pun seram yang pernah dihasilkannya. Namun, jika ingin menjadi pengarah yang berjaya semestinya Syamsul tidak boleh tertumpu pada satu-satu genre saja.


“Apapun, saya tidak melihat filem Aku Bukan Tomboy ini sebagai gagal dan mengecewakan. Apatah lagi, maklum balas sangat baik diterima daripada orang ramai di Internet mahu pun kritikan positif media sudah membuatkan saya berasa cukup lega.


“Menyedari penerimaan penonton yang biasa, saya tidak meletakkan harapan tinggi terhadap jumlah kutipan filem ini. Sekiranya berjaya mencecah kutipan lebih RM2 juta hingga RM3 juta pun, saya bersyukur kerana sudah balik modal pembikinan,” katanya.

Kata Yusof, semua itu rezeki yang ditentukan Tuhan. Apa yang pasti, dua filem Syamsul iaitu Khurafat dan KL Gangster tahun ini cukup berbaloi buat Skop kerana mencatat kutipan keseluruhan RM20 juta. Jadi, ditambah Aku Bukan Tomboy , kemungkinan RM23 juta.

“Bagaimanapun, pada saya filem ini tetap menghiburkan. Malah, saya juga yakin dengan kutipan sederhana ini turut tidak mematahkan semangat Syamsul untuk terus menghasilkan karya bergenre romantik komedi. Syamsul tidak serik untuk mencuba lagi.

“Selain itu, saya juga tidak melihat faktor kutipan ini dipe�ngaruhi persaingan penayangan filem dari luar negara mahu pun tempoh singkat selama seminggu oleh skim wajib tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di pawagam,” katanya.

Yusof berkata, kejayaan filem di pawagam bergantung kepada penerimaan baik penonton. Oleh itu, dalam soal ini berjaya atau tidak sesuatu karya itu semuanya kerana penonton. Apapun, filem tempatan kini sudah memiliki kelompok penonton tersendiri.

Sementara itu, Syamsul berkata, seperti bapanya, dia juga tidak sedikit pun kecewa dengan jumlah kutipan dicatatkan filem Aku Bukan Tomboy. Akuinya, dia melihat filem itu tetap berjaya kerana ia pengalaman pertama menghasilkan genre romantik komedi.

“Saya menyimpan keyakinan filem ini berpeluang mencatat kutipan sehingga RM3 juta. Bahkan, saya sentiasa berpandangan optimis pada karya tempatan yang kini semakin berkembang dan diterima baik penonton. Asalkan jalan ceritanya kuat.

“Pendapat berkaitan tarikh tayangan singkat atau penayangan pada cuti sekolah sekarang, bukan persoalannya kerana semua itu bersandar�kan penonton. Saya akan terus cuba menghasilkan karya komedi dan takkan sesekali berputus asa,” katanya.

Syamsul berkata, sekalipun dia bakal memulakan penggambaran KL Gangster 2 pada Disember ini, tetapi dia turut memaklumkan akan muncul dengan filem komedi penuh, KL Tak Gangster sekitar Februari 2012. Kemungkinan filem ini dibintangi Johan Raja Lawak.

Sehubungan itu, Aku Bukan Tomboy yang skripnya ditulis Yusof sendiri membariskan pelakon hebat tanah air selain Syamsul seperti Shaheizy Sam, Scha Al Yahya, Sheera Iskandar, Salina Saibi dan Zarina Zainoordin.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

See the original post:
Yusof tak kecewa

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Yusof tak kecewa” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>