Skip to Content

Wilson Tan kongsi ilmu

Submitted by on November 24, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

KALAU diikutkan, Wilson Tan sudah selesa dengan jawatannya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas terkenal. Bagaimanapun, dia tidak betah dengan dunia pejabat serta mempunyai matlamat hidup sendiri. Kerana minat yang mendalam dalam bidang modeling, Wilson tekad mening�galkan kerjaya yang sudah tiga tahun disandang dan beralih angin mencapai impian dalam hidupnya.

Akhirnya dia membuktikan pengorbanan itu tidak sia-sia apabila berjaya mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa. Justeru, anak kelahiran Grik, Perak ini mahu berkongsi tip kejayaan dengan mengadakan bengkel buat mereka yang berminat mengikuti jejaknya.

“Menerusi facebook peribadi saya, ramai yang bertanya bagaimana mahu jadi model. Ini mencetuskan idea untuk saya buat bengkel dinamakan Dream...Wilson Tan Modeling Workshop pada 4 Disember ini.

“Ia akan diadakan di Image Model Academy, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Sebenarnya untuk jadi model, rupa dan ketinggian tak penting kerana yang penting ialah karakter dan penampilan diri seseorang itu.


“Bengkel ini akan diadakan hanya sehari dan ambil masa selama tujuh jam dari 12 tengah hari hingga 7 malam. Topik yang akan dikongsi ialah asas fotografi, catwalk, cara pose, ekspresi muka dan ‘make over’ imej. Tidak dilupakan ialah sikap dan etika dalam penampilan. Sebenarnya penerangan ini tak berapa mendalam tapi boleh membantu mereka yang berminat dalam modeling,” katanya.


Tambah Wilson, kalau diikutkan sehari tidak cukup sebenarnya untuk belajar banyak cabang dalam modeling. Tetapi dia mencuba sedaya upaya berkongsi ilmu. Apatah lagi, bengkel sebegini jarang-jarang diadakan.

“Ia bukan seperti bengkel lain kerana ada sesi praktikal dan kongsi pengalaman. Ia juga pertama kali diadakan di negara kita untuk golongan lelaki. Namun saya juga buka penyertaan untuk kaum wanita. Saya tahu di mana-mana pun ramai yang nak jadi model tapi tak tahu jalan dan cara nak masuk bidang ini.

“Ada sesetengah perkara dalam hidup perlu dikongsi de�ngan orang lain dan inilah yang saya buat. Kalau dilihat, orang yang tak tinggi pun boleh ada peluang terutamanya untuk jadi model iklan. Bengkel saya juga buat ‘public speaking’ untuk mereka yang nak jadi pengacara, uji bakat dan banyak lagi.

“Untuk bengkel ini, saya akan bergandingan dengan jurugambar terkenal, Edmond Koo yang turut berkongsi ilmu dengan peserta. Mereka hanya membayar harga RM300 dan RM250 (untuk 30 orang terawal). Ia sangat berpatutan untuk sertai bengkel ini dan berpeluang ambil gambar dengan saya. Memandang�kan saya duta Bizzy Body dan Masculine, mereka sudi menaja beg cenderahati bernilai RM1,000.

“Semua peserta akan dapat dan mereka yang menang dalam beberapa kategori yang diadakan nanti akan dapat hadiah istimewa termasuk ‘slimming program’. Mereka juga akan dapat diari dengan tandatangan saya. Diharap mereka yang berminat tidak melepaskan peluang ini kerana matlamatnya dibuat untuk mereka yang ada impian,” katanya.

Sebarang pertanyaan untuk menyertai bengkel ini boleh dibuat menerusi e-mel info@adelicious.com.my. Penyertaan akan ditutup pada 30 November ini.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

View post:
Wilson Tan kongsi ilmu

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Wilson Tan kongsi ilmu” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>