Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
HALA tuju Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) memperjuang nasib penulis skrip tempatan masih kabur. Ini berikutan status ahli jawatankuasa (AJK) baru yang dilantik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan pada 24 September lalu belum diputuskan secara rasmi pihak daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Sudah dua bulan AJK baru diterajui Mohd Jamil Abdul Mutalib sebagai presiden menjalankan tugas tetapi apa yang masih menjadi tanda tanya, sama ada bekas presiden Ismail Ahmad masih layak menjalankan aktiviti Swam.
Jamil ketika dihubungi menyatakan pihaknya sudah dua kali berjumpa ROS untuk membincangkan perkara ini. Namun keputusan untuk menyelesaikan kemelut dua pihak ini masih belum dicapai.
Justeru dalam mencari jalan penyelesaian terbaik, Jamil bersama AJK mahu menggunakan saluran media untuk membantu.
“Selepas dua kali berjumpa ROS, nampaknya mereka seperti tidak boleh membantu. Pihak ROS menyatakan akan memanggil kedua-dua pihak untuk duduk berbincang.
“Sebagai langkah pertama, mereka mengambil keterangan kedua-dua pihak terlebih dulu. ROS tidak akan membuat keputusan kerana mungkin mereka tiada kuasa.
“Mereka (ROS) mahu pihak saya dengan Ismail buat keputusan bersama. Jika gagal dibuat, ROS boleh mengeluarkan notis untuk bubar persatuan ini,” katanya.
Jamil berkata, pertemuan yang mahu diatur ROS bersama Ismail masih belum ditetapkan. Namun Jamil sendiri menyatakan sudah menghantar minit EGM lalu kepada ROS.
“Buat masa ini, kita menunggu ROS panggil berjumpa. Saya tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Ismail kerana menerusi EGM, saya ada bukti dan sokongan ahli lain untuk melantik AJK baru.
“Sekiranya tiada respons ROS dalam masa terdekat, saya tetap akan bertanya pada mereka mengenai tarikh pertemuan ini. Pihak ROS mahu salah satu pihak mengalah atau jika tiada penyelesaian sekalipun, kami bersedia untuk bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.
Menerusi ROS sebagai jalan penyelesaian, Jamil juga menunggu tindakan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dalam mengatur pertemuan bersama Ismail.
“Dalam mencari jalan penyelesaian, kami bersedia mengadakan pemilihan AJK yang baru jika itu diputuskan. Apa yang penting, biar ahli yang menentukan sama ada mereka menyokong saya atau bersetuju dengan pandangan Ismail terhadap EGM lalu tidak sah.
“Ketika ini, aktiviti Swam tidak boleh bergerak kerana status AJK baru masih tergantung tapi kami tetap merancang pelbagai aktiviti bersama ahli dan mungkin ia akan dilaksanakan Disember ini.
“Bagi pihak saya bersama AJK baru, kami tidak mahu timbulkan kekecohan dan masalah pada ahli berhubung kemelut ini. Apa yang saya harapkan agar ROS sendiri mendengar pandangan ahli Swam dalam mencapai keputusan sepakat.
“Perkara ini harus dibincang dengan baik agar tidak membuang masa atau merugikan ahli sendiri. Dalam pada itu, apabila keputusan ini dicapai, kami akan mengadakan sidang media sejurus itu untuk menghebahkan maklumat ini supaya ia sampai pada ahli,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read more:
‘Tunggu panggilan ROS’
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, bimbingan, facebook, kongsi-artikel, metro, news, opera, rap, ros, video












No Responses to “‘Tunggu panggilan ROS’” Leave a reply ›