Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
SEMINGGU tayangan di 66 pawagam seluruh Malaysia sejak 6 Oktober lalu, kutipan filem seram Al-Hijab sudah mencecah RM1.6 juta.
Sekalipun belum mencapai angka RM4 juta seperti mana yang disasarkan, sutradara muda dan pelakon Pierre Andre yakin angka itu mampu diperbaiki apabila tayangan masuk minggu kedua.
Kata Pierre, pencapaian RM1.6 juta untuk tayangan pembukaan minggu pertama Al-Hijab boleh dianggap agak memberangsangkan.
“Memang sasaran awal diletakkan RM4 juta, tapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya memandangkan tempoh tayangan masih lagi berjalan.
“Lagipun ramai yang belum menonton kerana sibuk bekerja dan hanya dapat memperuntukkan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pergi ke panggung.
“Saya hanya faham ada yang tahu mengenai filem itu, ada yang tidak. Sebagai contoh, ketika membeli burger di satu kawasan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, ada yang menegur saya, abang tidak buat filem lagi ke?
“Saya hairan dan terus memberitahu filem terbaru Al-Hijab sedang ditayangkan sekarang. Namun ia hanya segelintir saja.
“Bagi yang sudah menonton saya ucapkan terima kasih dan sebarkan perkara yang baik mengenai Al-Hijab kepada rakan-rakan.
“Saya juga mendapat pelbagai maklum balas mengenai filem arahan saya itu sepanjang seminggu ia ditayangkan. Ia cukup banyak membantu saya mendapatkan gambaran lebih jelas dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki andai kata membuat filem lagi.
“Ada juga penonton yang puas menonton dan tidak kurang mahu mengulang tontonan untuk lebih memahami apa cuba disampaikan kepada mereka,” katanya sewaktu dihubungi Rap.
Menjawab mengenai komen mengatakan pergerakan filem Al-Hijab agak perlahan, Pierre berkata: “Saya tidak menghidangkan rasa cemas dan ketakutan dari A hingga Z. Ketakutan itu hanya muncul pada babak-babak tertentu.
“Cerita seram selalunya perlahan kerana dalam hidup pun, kita lebih banyak menunggu. Apapun saya tetap akan terus mempromosikan filem ini dan ingin melihat perkembangan lebih baik untuk tayangan minggu kedua.
“Saya harap kutipan akan terus meningkat agar saya akan dapat terus berkarya di masa depan,” katanya.
Sebelum ini dua filem arahannya, Jangan Tegur meraih RM3.42 juta sementara Jangan Pandang Belakang lakonan skrip karyanya mencatat kutipan RM5.7 juta.
Penggambaran Al-Hijab menelan kos sebanyak RM1.6 juta adalah karya pertama Empat Samudra Plantation Sdn Bhd.
Ia turut bakat baru Nur Fathia, Aziz M Osman, Nor Albaniah dan Maimon Talib.
Filem ini mengisahkan seorang pelakon lelaki baru yang mendapat tawaran berlakon filem seram, tetapi sukar menjiwai elemen ketakutan.
Pelbagai cara dilakukannya dan akhirnya dia meminta bantuan seorang wanita tua yang pandai dalam ilmu berkaitan makhluk halus. Wanita itu akhirnya berjaya membuka hijab (pandangan) pada matanya lalu pelakon itu mula melihat entiti dan lembaga menggerunkan di sekelilingnya.
Tidak dinafikan ada beberapa babak dalam filem ini yang membuatkan penonton wanita menjerit kerana terkejut.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Follow this link:
Tunggu minggu ke-2
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, bimbingan, blue, firefox, harian-metro, metro, opera, rap, sertai-komuniti-mymetro, utama, versi-mobile












No Responses to “Tunggu minggu ke-2” Leave a reply ›