Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PEMENTASAN teater tradisional, Rebab Berbisik sudah enam bulan berlalu. Walaupun ia sudah selesai, pendukung utama, Rosnan Rahman, berdepan situasi yang mencalar reputasinya.
Ini semua gara-gara pihak produksi pementasan itu, Jazuil Entertainment didakwa Rosnan gagal melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada tiga pelakon makyung iaitu Dollah Daud, Tuan Kecik Tuan Yeh dan Aminah Hussin.
Akibatnya, Rosnan kini dipersalahkan kerana menjadi orang tengah yang mengatur urusan bayaran untuk tiga pelakon ini dengan produser Jay Jazuil.
Rosnan berkata kepada Harian Metro semalam, insiden yang berlaku membabitkan namanya itu sangat dikesali.
“Pementasan ini dibuat atas matlamat kebajikan dianjurkan dengan kerjasama IB (Istana Budaya) dan mendapat penajaan satu produk kecantikan.
“Pada peringkat awal, Jay menyatakan kepada saya yang dia mahu memberi bayaran kepada empat pelakon makyung ini termasuk Ibrahim Senik. Saya bertanya kepada dia, sama ada dia boleh bayar atau tidak kerana bimbang kalau kutipan tiket tidak memberangsangkan.
“Namun dia yakin boleh bayar sambil menyifatkan perkara itu adalah tanggungjawabnya. Pada persembahan akhir, acara penyerahan replika cek dibuat kepada empat pelakon ini yang tertera jumlah RM2,000 untuk setiap seorang.
“Buat masa ini, hanya Ibrahim mendapat bayaran, itupun selepas mendesak tapi tiga pelakon lain masih menunggu sampai sekarang.
“Saya banyak kali menghubungi dan menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) termasuk menerusi mesej di facebook kepada Jay tapi dia cuba mengelak dan memberi bermacam alasan,” kata Rosnan.
Rebab Berbisik dipentaskan di Lambang Sari, IB, Kuala Lumpur selama empat hari dari 8 hingga 11 April lalu membabitkan lima persembahan.
Mengenakan harga tiket RM32 dan RM52 yang menyediakan 280 tempat duduk untuk satu persembahan, Rosnan menyifatkan pementasan ini sangat berjaya.
Rosnan yang juga berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berkata, sepatutnya perkara membabitkan bayaran artis ini tidak berlaku hingga berlanjutan dalam tempoh panjang. Dia yang hairan dengan sikap produser terbabit dan berharap bayaran dapat dijelaskan dengan segera.
“Dia patut bayar pada persembahan akhir malam itu tapi dia menyatakan mahu kira jumlah kutipan diterima dulu. Sebagai produser, dia tak boleh berdiam diri tetapi bertindak memberi penjelasan kepada pelakon terbabit.
“Cubalah faham nasib pelakon teater seperti Pak Dollah yang sakit tua dan mereka juga tidak ada kerja tetap. Pihak penaja ada memberi bayaran penajaan dan ia sudah boleh digunakan untuk melunaskan bayaran itu.
“Saya cuma tak mahu orang lain memutar belit cerita mengenai perkara ini sampaikan saya menjadi mangsa dan dituduh menipu. Sebolehnya, saya tidak mahu panjangkan perkara ini hingga perlu membuat laporan polis atau membawa ke mahkamah.
“Saya hanya mahu nama saya dibersihkan. Bagi saya, empat aktivis makyung ini adalah tempat saya bergantung dalam menimba ilmu dan saya perlukan mereka untuk melatih saya.
“Apa yang berlaku membuatkan saya berasa bersalah terhadap mereka dan saya sendiri tertekan. Saya memohon agar mereka faham ini bukan kesalahan saya dan pementasan ini juga bukan projek anjuran IB,” katanya.
Rosnan yang sangat kecewa dengan insiden ini menyatakan dia sudah lama bersabar menantikan tindakan produser ini untuk menjelaskan bayaran yang dijanjikan.
“Kalau boleh saya mahu dahulukan duit sendiri untuk membayar pada mereka tapi ini saya berpegang pada janji. Saya bimbang kalau saya bantu, Jay akan buat perkara yang sama kepada orang lain. Saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan lebih baik dia selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Go here to read the rest:
Tolong bayar!
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, bimbingan, blue, firefox, rap, sakit-puan, sertai-komuniti-mymetro, tolong-bayar












No Responses to “Tolong bayar!” Leave a reply ›