Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PENGARAH muda, Syamsul Yusof mengulangi kehebatannya pada FFM23 apabila sekali lagi merang�kul anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster pada Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.
Jika kemena�ngan pada FFM edisi terdahulu mencetuskan perbualan di kalangan ramai pihak kerana usia pembabitan sebagai pengarah masih terlalu muda, kemenangan anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam kali ini tidak lagi menjadi kontroversi hangat.
Ramai yang bersetuju Syamsul, 26, layak membawa pulang gelaran berprestij ini.
Apatah lagi mengambil kira KL Gang�ster mempunyai garapan yang kemas serta mendapat pujian ramai. Selain itu, kejayaan menjadi filem box-office dengan kutipan RM11.74 Juta menjadi bukti nyata kehebatan filem arahannya.
Menerusi FFM24, KL Gangster meraih lima kategori dipertandi�ngkan. Justeru kemenangan ini pasti akan membuka mata serta harapan besar peminat terhadap kemampuan Syamsul mengangkat filem Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Biarpun gembira, kemenangan ini juga mungkin memberikan beban dan tekanan kepadanya bagi terus menghasil�kan karya bermutu. Ikuti luahan hati Syamsul selepas kemenangannya dengan wartawan RAP, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my).
RAP: Bagaimana perasaan Syamsul selepas menang anugerah ini?
SYAMSUL: Sebenarnya saya tak rasa diri ini terbaik. Setiap pengkarya akan buktikan hasil kerja mereka kepada masyarakat. Namun bagi saya tiada istilah yang terbaik. Cuma saya anggap rezeki lebih berpihak kepada saya. Sebelum datang ke sini pun, saya berdoa minta kalau sekiranya menang, biarlah ia memberi manfaat pada industri seni keseluruhannya.
RAP: Mengapa Syamsul kata begitu?
SYAMSUL: Pada saya, apa gunanya menang jika hanya untuk saya terima kritikan. Sebagai pengkarya saya hanya buat yang terbaik untuk peminat, bukannya untuk mencari musuh atau bergaduh dengan mana-mana pihak. Kemena�ngan tahun lepas buat saya rasa sangat terbeban. Apatah lagi pelbagai kritikan diterima. Kemenangan kali ini saya anggap sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.
RAP: Adakah Syamsul mengharapkan kemenangan KL Gangster?
SYAMSUL: Sebenarnya saya tak berharap untuk menang kerana sudah tercalon dalam beberapa kategori pun sudah baik. Kalau tak menang pun saya akan terus buat filem yang baik dan menepati cita rasa peminat. Kemenangan pada saya ialah filem arahan saya mendapat tempat di hati majoriti peminat. Itulah yang saya fikirkan setiap kali hasilkan filem.
RAP: Secara jujurnya, betulkah Syamsul tidak mahu menang?
SYAMSUL: Tipulah kalau kata saya tak nak menang. Tapi macam saya kata tadi, biarlah kemenangan ini bawa manfaat buat dunia seni kita. Kalau kemenangan ini hanya untuk cetuskan kontroversi, baik saya tak payah menang. Kita pun tahu dunia seni penuh dengan kontroversi. Saya banyak belajar dan ingin hormat sesiapa saja tanpa berikan kenyataan balas macam dulu. Saya dah makin matang.
RAP: Siapa yang dilihat memberi saingan hebat terhadap Syamsul?
SYAMSUL: Sebenarnya saya berasa begitu kecil dibanding�kan dengan nama-nama lain. Saya nampak Abang Yusry pun bagus kerana kemampuannya menghasilkan filem epik seperti Hikayat Merong Mahawangsa. Saya mungkin tak mampu buat macam dia.
Setiap orang ada keistimewaan tersendiri.
RAP: Pada siapa nak dedikasikan kemenangan ini?
SYAMSUL: Orang pertama tentulah ayah yang banyak membentuk saya jadi pengarah yang baik. Ayah sentiasa jadi pengkritik dan saya perlukan semua itu.
Saya berterima kasih kepadanya kerana ajar saya mengenai filem dari kecil.
Sekarang saya faham apa yang dimaksudkannya. Tak dinafikan kadangkala saya rasa dah buat yang bagus tapi ayah sentiasa tak puas hati. Adakalanya saya tak tahu apa lagi yang dia nak tapi kemenangan ini memang untuk dia.
RAP: Agaknya kenapa Syamsul boleh menang anugerah ini?
SYAMSUL: Saya tak pasti tapi semuanya juri yang menilai. Filem sangat subjektif dan seni itu luas. Saya tahu orang kata KL Gangster hanya bercakap soal gangster tapi maksudnya sangat tersirat. Filem berkisarkan mafia macam The Godfather pernah menang Best Picture, Best Actor dan Best Adapted Screenplay dalam Academy Awards. Jangan nilai buku dari kulit. KL Gangster sebenarnya jauh melangkaui isu gangster kerana ada isu persahabatan dan kekeluargaan.
RAP: Adakah Syamsul kecewa Aaron tidak dapat bertanding?
SYAMSUL: Saya tak kecewa kerana ini ialah peraturan dan perlu dipatuhi.
Mereka tak layak bertanding atas alasan bukan warganegara. Cuma alangkah baiknya kalau Aaron dan Ady Putra tercalon. Mungkin sudah tiba masanya satu anugerah diperkenalkan untuk mereka kerana sumba�ngan mereka terhadap dunia lakonan tanah air juga besar dan sangat bermakna. Lakonan mereka menghidupkan KL Gangster.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
See the original post here:
Tiada istilah terbaik
- Category: Media
- Tags:adakah-syamsul, arena, facebook, festival, firefox, harian-metro, kongsi-artikel, news, rap, sakit-puan, syamsul, versi-mobile












No Responses to “Tiada istilah terbaik” Leave a reply ›