Skip to Content

Tempurung Pecah: Banyak sangat filem tahyul ya, Mat?

Submitted by on October 18, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

ADA yang merungut anak mereka takut ke bilik air di malam hari. Ada yang takut masuk ke bilik jika lampu tidak dibukakan.

Ada juga di kalangan anak mereka yang tidak mahu keluar rumah bermain bersama rakan sebaya, takut akan gurauan yang mengingatkan mereka dengan sesuatu watak hantu yang menakutkan . Alasan yang diberikan kepada aku adalah itu semua angkara terpengaruh serta kesan anak-anak mereka menjadi penakut kerana menonton filem seram!

Apakah aku patut ketawa atau menangis apabila menerima rungutan itu? Perlukah aku termenung dua hasta panjang sambil meratap hiba atau ketawa guling berlingkar dengan kenyataan itu? Ketepikan segala hukum reaksi itu. Aku perlu menebas jalan yang paling baik dengan memberi penjelasan semudah-mudahnya kepada kesimpulan yang mereka rumuskan. Bagaimana nak aku mula ya?

Aku rasa sejak zaman batu lagi kanak-kanak adalah golongan yang mudah takut. Mudah percaya dengan imaginasi yang lebih luas dari dunia nyata ini. Mereka ini golongan yang berdaya ingatan lebih organik dari perisian OS5 yang baru dilancarkan. Segala yang berada di hadapan mata mereka akan hidup membesar tanpa kawalan. Daya imaginasi mereka adalah sebuah kanvas yang luas penuh lakaran cakar ayam milik mereka. Takut pada hantu atau gembira main masak-masak adalah permainan di kepala mereka saban hari. Ketakutan mereka bukan baru, wujud sejak sebelum dunia perfileman diperkenalkan!

Ketakutan itu berakar sejak dari zaman batu lagi. Malangnya tiada manusia berotak zaman batu yang wujud lagi di waktu ini untuk kalian bertanya, kecuali mungkin kepada dua pemuda yang sedang memerah trottle motosikal mereka sekuat-kuatnya ketika aku menulis ini.

Semasa aku kecil dulu pun aku takut masuk ke bilik tak buka lampu. Takut akan hantu, ular, monster, orang gila atau apa kata kalau tiba-tiba gempa bumi berlaku semasa aku masuk ke dalam bilik itu dan lampu tidak dipasangkan?

Pokoknya budak akan takut pada benda yang mereka tidak faham. Lumrah budak. Siapa yang semasa kecilnya tidak takut dengan hantu? Masalahnya budak-budak takut, kita mencari-cari puncanya maka jatuhlah talak kepada filem-filem seram Melayu.
Anak-anak juga ditakutkan dengan kisah hantu penceritaan mulut orang-orang tua berceloteh namun bukan penceritaan mulut itu yang menjadi budak itu takut. Filem juga dipersalahkan.

Mungkin ada penceritaan sesebuah filem itu janggal di mata dan hati pemerhati dunia perfileman ini dan perlu menegur atas sebab tanggungjawab dan semangat sayangkan agama dan bangsa. Maka tegurlah pada pengkhususan sesebuah karya itu. Perbetulkan mana yang silap. Permudahkan mana yang terlalu kompleks untuk dileraikan. Tidak perlu mengheret kesemua filem seram ke tali gantung untuk mempermudahkan kerja.

Siapa aku untuk berceloteh mengenai kerja filem yang lain? Atas sebab itulah aku hanya mampu untuk menerangkan bagaimana filem aku boleh dileraikan pengisian seram dengan semudahnya. Aku selalu larikan segala bentuk seram dari mengekang ajaran agama. Aku tidak mahu menggunakan agama sebagai penyelesaian di dalam masalah cerita seram. Nama tuhan aku terlalu besar untuk aku peragakan di dalam sesebuah filem aku!

Kesemuanya aku rumuskan bahawa seram yang berlaku di sekeliling adalah hasil dari budaya yang menyokong tahyul itu sendiri. Terlalu tahyul sehinggakan wabak di katakan zombi, orang gila dikatakan hantu dan jika ada elemen hantu di dalam filem aku itu pun hanya dipercayai oleh watak orang kampung yang kebingungan dan bomoh yang bukan beragama Islam. Juga aku persendakan jampi itu hanya ‘pelawok’ yang terang-terang aku 'parody'kan.

Tiada jampi serapah menggunakan nama tuhan aku dan rasul kebesaran untuk mematikan hantu. Tiada surah dimuatkan di kepala filem atau akhirannya untuk menyokong sesebuah karya aku. Siapa yang menyuruh meletakkan ayat-ayat suci itu in the first place? Apa dengan ayat itu dapat menghalalkan segala tahyul di dalamnya? Perhatikan dan hayatilah, ayat-ayat itu bukan diturunkan untuk diletak dipembukaan sesebuah filem!

Semuanya terletak kepada niat sesebuah filem itu dihasilkan. Jika kita berniat menghibur, tiada terlintas di hati pembikin untuk mempersendakan tuhan atau menduakannya. Mengkomedikan kebesaran rasul jauh sekali! Jika ada yang tersilap, sila perbetulkan. Perlu diperbetulkan. Namun harus diingat bukan niat seseorang pengkarya Melayu Islam kita sengaja tergamak membuat sesuatu kejutan hanya untuk melakukan filem mereka.

Kami bukan manusia maksum. Anda juga. Maka bersama-sama tolonglah kita perbetulkan mana yang silap. Tetapi bukan hanya kepada pembikin filem saja. Juga pada manusia yang menceritakan mampu mengangkut hantu naik bas hantar masuk ke dalam hutan. Juga pada yang mengaku boleh menyembuhkan penyakit yang dirasuk hantu dengan meminum air jampi. Juga pada kumpulan yang mendakwa mampu membaik pulih rumah yang kononnya dihuni oleh makhluk halus.

Juga pada penerbit yang menerbitkan buku yang penuh kisah alam hantu. Komik mudah yang penuh seram dan fantasi itu juga perlu ditegur. Bagaimana dengan majalah yang menceritakan pengalaman s ipolan berjumpa jin di kota Makkah atau mendapat kunjungan malaikat ketika berada di sana?

Adakah itu di dalam kategori tahyul, fantasi atau kebenaran? Harus diambilkira filem hantu cina yang mula melompat dari mula hingga akhir itu juga perlu di pandang haramkan. Cerita Superman terbang berlambak tahyulnya itu juga harus dipandang berat. Siri X-Men yang diketuai oleh budak Yahudi yang boleh membengkokkan besi pagar itu juga perlu dibahaskan. Bukan saja tahyul malah memberi impak akan kebesaran zionis itu harus juga dipertimbangkan implikasinya oleh jemaah ini. Perlu tiada diamalkan sistem double-standard di dalam isu ini.

Pengkarya Melayu bebas diperkecil dan dimanupulasikan karya mereka atas nama ingin membela nusa bangsa dan agama. Apabila lagu 'Ali Baba Rock' diharamkan dari muncul di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok atas sebab lagu rock itu berbudaya barat yang negatif di tahun 1961 dulu, kita sudah tahu karya kita ada batasnya.

Apabila budak rock Melayu berambut panjang menjengkilkan mata sesetengah pihak, rambut mereka dipotong. Kalau tidak, lagu mereka diharamkan. Sebuah lagu kumpulan blues tanah air diharamkan hanya kerana terdapat lirik jenama kereta didalamnya! Soal menghukum pengkarya kerana takut akan hasil karya mereka menyesatkan bangsa dan agama ini sudah lama hidup dalam budaya bangsa kita. Dari sekecil detail di earmark menjadi sebab sesebuah karya itu diharamkan. Itu pada pengkarya Melayu la.

Pada pembikin filem yang bukan Melayu mempersendakan agama dan bangsa dimaafkan langsung atas sebab ........ (sila isi sendiri).

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Read more:
Tempurung Pecah: Banyak sangat filem tahyul ya, Mat?

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Tempurung Pecah: Banyak sangat filem tahyul ya, Mat?” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>