Skip to Content

Teater Juta-Juta hebat

Submitted by on October 21, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

SIAPA sangka, lebih sejam duduk menonton teater kecil tanpa publisiti meluas, Teater Juta-Juta, ia sebuah pengalaman baru yang begitu menyeronokkan.

Meskipun bersandar pada barisan pelakon tidak komersial dan hanya semata-mata memperdagangkan bakat dan jiwa seni, Teater Juta-Juta adalah sebuah persembahan seni yang hebat dan berbaloi.

Dipersembahkan pada 21 hingga 26 September lalu dan hanya terperuk dipersembahkan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka, Teater Juta-Juta jelas memberikan sebuah dimensi persembahan seni teater yang berbeza dengan nafas gerak lakon yang jauh menceritakan senario sebenar.

Plot ceritanya yang realistik dan lakonan yang ditampilkan begitu kemas dan sempurna, teater terbitan MASK Team ini kini berjaya dipimpin ke pering�kat lebih tinggi lagi.


Tidak pernah terlintas di fikiran pengarah juga penulis skripnya, Fasyali Fadzly bersama tiga pelakonnya, Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan, akhirnya pementasan ringkas dengan kos pembikinan yang rendah itu mendapat perhatian ramai hingga terpaksa dilanjutkan atas permintaan ramai.


Fasyali, graduan Pengarahan Teater dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, ini adalah cenderahati terbaik buatnya dan tiga teman baiknya atas segala kesungguhan, komitmen dan ikhlas dalam menzahirkan apa yang dicuba disampaikan.

“Alhamdulillah kami berjaya meraih sambutan positif meskipun selama ini terikat dengan pelbagai masalah dalam menerbitkan teater ini. Maklumlah, tanpa publisiti meluas dan dana yang besar dalam pementasan teater yang mampu dipersembahkan di gelanggang prestij seperti Istana Budaya, apa yang disampaikan bagai tiada nilai.

“Bagaimanapun, Teater Juta-Juta berjaya juga dipersembahkan di hadapan hampir 100 penonton setiap malam sepanjang enam hari pementasan. Itu sudah cukup mengundang rasa puas dan senyum lebar kepada kami semua kerana setidak-tidaknya perjuangan kami terlaksana dengan adanya penonton yang cuba mendalami,” katanya.

Teater Juta-Juta mengangkat subjek semasa secara santai. Kisahnya berkaitan industri seni itu sendiri. Kononnya, tiga sahabat baik bercadang mementaskan karya mereka di sebuah pentas agung, Keraton Seni namun impian itu tidak semudah seperti ketika ia dibincangkan. Pelbagai masalah dihadapi mereka dalam usaha mementaskan karya itu.

Bukan menyindir atau sengaja mempersendakan sesiapa, Juta-Juta bersifat telus dengan membangunkan 12 watak menerusi hanya tiga tunjang lakonan saja.

Lebih menariknya, teater yang jelas mengungkap kelainan dalam seni lakon terutama�nya pada ekspresi wajah dan mainan emosi setiap pelakon�nya, Juta-Juta dipersembahkan sekali lagi di Putrajaya pada 10 hingga 13 November depan.

Menurut pelakon utama juga satu-satunya pemain wanitanya, Fazleena, pemegang Sarjana Psikologi dan Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), undangan untuk melanjutkan pementasan di Putrajaya ini bagai bulan jatuh ke riba.

Mana tidaknya, nawaitu asalnya hanya untuk berkongsi perjuangan seni teater saja dan tidak pula terfikir dibawa pula ke panggung berbeza bagi meneruskan lagi pementasan.

Namun, itulah hakikatnya apabila sekumpulan Persatuan Belia Putrajaya yang sempat �datang menyaksikannya sebelum ini tertarik dan ingin ia diteruskan lagi di lokasi berbeza.

“Tenaga produksi dan saya sendiri memang terkejut, namun begitu seronok apabila ada pihak yang menghargai hasil seni kami. Walaupun hanya dipentaskan kecil-kecilan bulan lalu, tiada siapa menduga ia masih mampu menarik perhatian segelintir belia hingga ingin di dipentaskan sekali lagi untuk tontonan Putrajaya pula.

“Alhamdulillah, kali ini kami bekerjasama dengan Majlis Belia Kawasan Putrajaya untuk mengangkat hasrat Perdana Menteri Malaysia yang ingin menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Mesra Belia serta hab seni persembahan terbaru selain Kuala Lumpur.

“Plot cerita dan pembangunan watak masih lagi sama cuma bezanya, peralatan persembahan dan set pentas akan lebih canggih dan kemas,” katanya.

Teater Juta-Juta Putrajaya akan dipentaskan di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya (berhadapan Istana Kehakiman) bermula 10 hingga 13 November depan. Pas masuk berharga RM20, keterangan lanjut layari www.facebook.com/teaterjutajuta.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Here is the original post:
Teater Juta-Juta hebat

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Teater Juta-Juta hebat” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>