Skip to Content

Tak sempat bersedih

Submitted by on October 24, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

JODOH dan maut di tangan Tuhan, apa saja berlaku pasti ada hikmahnya. Begitulah pandangan penyanyi malar segar, Wan Aishah Wan Ariffin terhadap perceraian yang berlaku. Perkahwinan ketiga yang dibina bersama duda anak enam tidak bertahan lama selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Ditemui baru-baru ini sewaktu menjayakan majlis amal anjuran Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (Pbank) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Sime Darby, Bukit Kiara, Aishah melihat apa yang berlaku dari sudut positif.

Katanya, apa yang jelas, perceraian ini menguatkan lagi hubungannya dengan anak, Armand, 17, dan Azhad, 11.

“Hubungan kami menjadi bertambah rapat dan sekarang ini saya nampak sikap pelindung dalam diri anak-anak terhadap ibu mereka semakin menebal. Saya lihat mereka sangat menyayangi saya. Mereka membuatkan saya kuat untuk berhadapan dengan dugaan.


“Saya juga tidak terlalu memikirkan mengenainya kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Hendak bersedih pun tidak sempat kerana kerja terlalu banyak.

Selain menjadi jurucakap produk kecantikan bagi mengurangkan berat badan, saya juga banyak memenuhi undangan menyanyi,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu mengejutkan peminat tahun lalu apabila melangsungkan perkahwinan dengan Faizal Sazali di Narathiwat, Thailand hanya selepas seminggu perkenalan.

Difahamkan, pernikahan itu terpaksa dilakukan di luar negara kerana bekas suaminya mahu mengamalkan poligami. Bagaimanapun, pasangan itu menjelaskan pernikahan di luar negara dilakukan bukan kerana poligami, sebaliknya disebabkan Faizal belum mendapat surat cerai perkahwinan pertamanya.

Ternyata perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama setahun kerana Aishah dikatakan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya sejak Februari lalu.

Difahamkan, pasangan ini bercerai pada 19 Mei lalu dan lafaz cerai dilakukan bekas suaminya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Punca perceraian dikatakan kerana tiada persefahaman lagi antara mereka berdua.

Mengenai kemungkinan dia serik selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dalam berumah tangga, kata Aishah, perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran, apatah lagi perjalanan hidup juga bergantung kepada qada dan qadar.

“Kalau selepas ini saya didatangkan dengan orang yang baik dan jodoh yang baik, mungkin saya akan bernikah lagi. Itu semua ketentuan Allah. Kita tidak boleh menduga perjalanan hidup. Apa yang boleh dilakukan adalah selalu ingat kepada Tuhan, doakan perkara yang baik agar hidup bahagia dunia dan akhirat.

“Kalau ditakdirkan selepas perceraian ini, tiada lagi jodoh, saya reda dengan ketentuan-Nya. Saya boleh terima apa yang sudah berlaku. Paling penting pada saya, anak-anak yang sudah membesar. Apatah lagi Armand akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Tumpuan saya adalah pada mereka sekarang ini,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, selain memenuhi undangan mengadakan persembahan, Aishah juga sibuk mengadakan jelajah seluruh negara untuk memberikan taklimat membabitkan program menguruskan badan bersama produk kecantikan yang melantiknya menjadi jurucakap.

Hampir setahun bersama syarikat terbabit tidak dinafikan perubahan ketara berlaku kepadanya apabila tubuh Aishah nampak semakin susut dan wajahnya semakin berseri.

“Sepanjang menyertai program itu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram dan habis semua baju saya harus dikecilkan sekarang ini.
Bayangkan setiap bulan ukuran lilit pinggang berkurangan sebanyak empat inci.
Ia satu perkembangan yang sangat bagus untuk saya,” katanya.

Tambah Aishah lagi, dia mengambil keputusan untuk mengurangkan berat badan bukan semata-mata mahu kelihatan cantik, sebaliknya bagi memastikan badan sihat.

“Sekarang ini berat badan saya turun agak perlahan. Itu perkara biasa sekiranya kita melakukan diet. Sampai satu tahap, perubahannya sangat perlahan. Untuk itu, saya cuba melakukan beberapa aktiviti bagi memastikan usaha dilakukan mencapai sasaran,” katanya.

Dalam waktu sama, kata Aishah, dia tidak dapat meneruskan aktiviti mengajar kraftangan yang turut menjadi hobinya sebelum ini. Setiap minggu selain menguruskan anak, dia harus memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan dan mengadakan ceramah jelajah bersama produk kecantikan terbabit.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Read the original post:
Tak sempat bersedih

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Tak sempat bersedih” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>