Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
USAHA dan fokus sudah lama diberikan dalam mengukuhkan namanya sebagai penyanyi, namun segala-galanya masih belum tampak bersinar seperti yang diharapkan.
Lagu dan kehadirannya masih lagi samar walaupun sebelum ini, Sharifah Zarina Wan Hassan pernah tampil membuktikan kemampuannya baik dari aspek vokal mahupun pesona menerusi lagu Langit Ke Tujuh.
Penyanyi yang punya raut wajah jelita ini sanggup turun padang menghantar CD lagunya ke stesen radio bagi memastikan masih ada tempat buatnya memperdagangkan muzik baru buat peminat yang lama menyokong. Namun komitmen itu tidak bertahan lama kerana sehingga kini, usaha itu kurang membuahkan hasil.
Meskipun bersandar pada nama komposer terkenal, Ajai menerusi dua lagu barunya, Dalam Dakapan dan Suratan Yang Menyakitkan, ia belum ‘cukup masak’ seperti Langit Ke Tujuh yang pernah menambat hati pendengar hingga membawanya ke Anugerah Juara Lagu.
Zarina, 30, berkata, semua itu adalah cabaran dan asam garam yang harus ditelan. Meskipun pahit dan mengundang rasa kecewa, namun tidak perlu patah semangat atau rasa putus asa kerana rezeki itu akan tetap ada jika kita teruskan usaha.
“Siapa tidak sedih atau kecewa apabila apa yang kita usahakan tidak mengikut percaturan. Namun bagi saya, semua itu adalah cabaran sebagai anak seni yang harus saya hadapi.
“Saya tidak langsung berkecil hati atau merajuk dengan senario itu, sebaliknya apa yang dijelaskan pihak radio mengatakan lagu itu tidak mendapat permintaan pendengar, saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha.
“Lagu Dalam Dakapan sudah lama saya hantar kepada stesen radio sekitar Januari lalu dan Suratan Yang Menyakitkan pula menyusul kemudian bersama drama siri popular, Si Jundai.
“Namun, dua pertaruhan itu hanya hangat ketika itu saja dan kini ia semakin senyap. Sebagai penyanyi, saya perlu fikirkan sesuatu yang baru dan berbeza untuk memastikan nama saya terus bertahan.
“Peliknya, walaupun kurang diputarkan di radio, kedua-dua lagu itu mendapat permintaan yang baik menerusi nada dering telefon (RBT). Sambutan baik itu sekurang-kurangnya membuatkan saya gembira selepas segala usaha dilakukan.
Alhamdulillah, suami masih setia di sisi memberikan semangat dan menyokong kerjaya seni saya,” katanya.
Enggan meratap sedih akan senario yang menghimpit, pe�nyanyi peramah yang dilahirkan di Kuching, Sarawak itu kini merencanakan perjalanan seninya buat kali kedua.
Walaupun dua lagu sebelum ini kurang mendapat tempat, Zarina mengharapkan agar ada komposer muda yang memberikan lagu buatnya. Jelasnya, mungkin lagu daripada pencipta muda akan memberikan nafas berbeza buatnya.
“Kini saya memang mencari jika ada sesiapa pencipta lagu yang ingin menyumbangkan lagu buat saya. Saya ingin sekali bekerja dengan mereka yang baru dan punya kreativiti tersendiri.
“Mungkin tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang lain pula bagi mengukuhkan lagi kerjaya sebagai penyanyi. Jika ada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi saya di laman sesawang facebook de�ngan mencari nama saya di situ,” jelasnya yang me�ngakui masih banyak menerima undangan menyanyi terutama daripada badan korporat.
Mengalih sedikit topik perbualan kepada sisi peribadinya, Zarina yang kini bahagia bersama suami, Buswani Abdul�lah dan tiga anak kesayangan, Athalia Deena, 8, Ariana Deena, 3 dan AlFenriz Habeeb, 2, menyifatkan keluarga adalah tempat untuknya melepaskan segala rasa dan perasaan.
Menyifatkan suaminya seorang teman yang setia menemani dan anak-anak pengubat segala perasaan yang bersarang di hati, Zarina mengakui me�ngecapi kebahagiaan terindah dalam hidupnya.
“Kehidupan saya berbeza tanpa mekap dan status selebriti. Saya hanya seorang wanita dan ibu biasa yang menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Namun itulah yang memberikan saya kepuasan kerana pengalaman menjadi ibu memang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
“Melihat sendiri anak membesar dengan seribu satu kerenah, ia memang mengundang senyum buat saya. Setiap hari saya akan menghantar anak ke sekolah, memasak dan pergi ke pasar membeli barangan dapur.
“Saya hanya memastikan suami dan anak-anak mendapat perhatian cukup daripada saya. Itu memang menjadi impian saya untuk membesarkan anak-anak sendiri di depan mata dan melihat perkembangan mereka.
“Insya-Allah jika diberi rezeki, saya dan suami memang inginkan keluarga yang besar kerana kami sukakan kemeriahan,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Visit link:
Tak perlu merajuk
- Category: Media
- Tags:arena, chrome, dalam-dakapan, harian-metro, kongsi-artikel, news, opera, rap, tak-perlu-merajuk












No Responses to “Tak perlu merajuk” Leave a reply ›