Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
MENZAHIRKAN perkara yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar tidak mudah, apatah lagi memainkan peranan sebagai Syaitan. Sebagai pelakon, sudah pasti cabaran itu yang dicari Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Khairulizam Abdul Rahman (Khir Rahman) dalam berkarya.
Watak berat seperti itu bukan selalunya datang. Harus diingatkan bahawa syaitan bukan hantu, melakonkan watak hantu mudah tetapi menggambarkan syaitan di mata umum menuntut imaginasi tinggi.
Watak seperti itu memberikan kepuasan dan peluang itu diberikan kepada mereka oleh pengarah prolifik, Mamat Khalid sewaktu menghasilkan karya terbaru, Rentaz @ Lebuh Raya Ke Neraka.
Menampilkan tema kerohanian, Rentaz mengisahkan Bob yang membesar dalam keadaan tidak sempurna dalam keluarga bermasalah, kerana mahu hidup senang, dia bersekongkol dengan syaitan.
Begitupun ada syarat yang perlu dipatuhi. Syaitan menjelma dalam watak Taisyan menuntut kembali janji-janjinya sewaktu Bob mengalami kemalangan dan berada dalam keadaan koma.
Awie berkata, pada peringkat awal Mamat Khalid mempelawa membintangi filem itu, dia tertarik dengan watak Taisyan yang diibarat�kan watak terbaik.
“Memang saya mahukan watak Taisyan kerana ia cukup mencabar. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya terpaksa menolaknya dan Mamat menawarkan saya memainkan watak Bob.
“Saya menolak melakonkan watak itu kerana status saya sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak, sudah tentu tidak manis jika apa yang dilakukan kelak memberi kesan kepada pertubuhan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Rentaz di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sebagai ganti, ada beberapa nama dicadangkan, namun mereka dirasakan tidak cukup kuat untuk memainkan peranan Taisyan, sehinggalah Awie sendiri memberikan nama Khir Rahman kepada Mamat Khalid.
Kata Awie, selepas menjalani proses pembacaan skrip dan pemahaman watak ternyata Khir Rahman adalah pelakon paling sesuai. Selepas menjalani penggambaran, Awie akui bakat dimiliki Khir Rahman juga besar dan keserasian antara mereka senang untuk diwujudkan.
“Melakonkan watak itu, dia perlu lebih berhati-hati agar tidak berlebih-lebihan dan sentiasa berada di atas landasan yang sudah ditetap�kan pengarah.
“Watak Taisyan memang besar dan dia boleh menjadi apa saja kerana dia adalah jelmaan syaitan. Kerana itu apabila beraksi depan kamera, saya sentiasa bersedia apa yang hendak dilakukan Khir Rahman terhadap permainan wataknya dan memberikan lakonan apa yang sepatutnya dilakukan,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai Rentaz, ia bukan filem hantu atau seram tetapi berkonsepkan ‘thriller’. Ia juga bukanlah filem ketuhanan, sebaliknya lebih kepada kerohanian.
Kata Awie, sepanjang menjalani penggambaran filem itu yang diadakan di utara tanah air, berlaku juga perkara yang agak menyeramkan terutama sewaktu berada di dalam hutan bersempadan dengan negara jiran, Thailand.
“Waktu itu kami sedang mengadakan penggambaran membabitkan babak mengusung keranda. Waktu itu ada beberapa orang mengambil gambar dan sewaktu kami melihat kembali foto diambil kelihatan entiti asing.
“Perkara itu membuatkan semua pelakon dan kru berasa seram. Bagaimanapun, syukur tiada perkara buruk berlaku sepanjang proses penggambaran Rentaz dijalankan,” katanya.
Bagi Khir Rahman pula, dia berterima kasih atas cadangan Awie dan pelawaan Mamat Khalid sendiri untuk dia membintangi Rentaz dan memegang watak besar sebagai Taisyan.
“Hendak diikutkan tidak bagus sekiranya saya mahu membanggakan watak
syaitan ini dan ia bukan sesuatu yang bagus untuk direbut. Namun, tidak dinafikan ia sangat besar. Untuk menzahirkan watak ini, pendekatan yang saya gunakan adalah realism atau menonjolkan benda nyata,” katanya.
Katanya, sebagai manusia kita tidak pernah melihat syaitan itu secara nyata jadi sudah pasti cabaran�nya besar. Malah, apa yang dilakukan, sebagai pelakon Khir Rahman secara jujur menjelaskan ia tidak pasti sama ada ia betul ataupun tidak.
“Kalau salah percaturan boleh bercanggah dengan iman. Jadi untuk menjayakan watak syaitan ini, saya cuba membawanya dalam pendekatan mekanikal. Kalau terlalu memikirkan mengenainya takut pula nanti lakonan nampak begitu teknikal,” katanya.
Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Awie, Khir Rahman menyifatkan penyanyi utama kumpulan ‘otai’ Wings itu sebagai jujur dan sentiasa berpegang kepada intipati watak.
“Sebagai syaitan, saya boleh menggambarkan watak saya dengan sebebas-bebasnya tapi berbeza dengan Awie, dia harus mengawal lakonannya. Begitupun keserasian banyak membantu untuk menunjukkan apa yang dilakonkan itu nampak baik dalam layar,” katanya lagi.
Biasanya sebagai pelakon yang pernah mengarah, mereka mempunyai tafsiran sendiri terhadap watak yang mahu dilakonkan. Sedangkan pengarah pula mahukan watak itu dilaksanakan dalam caranya sendiri. Tidakkah perkara itu akan menimbulkan konflik?
Mengenai perkara itu, kata Khir yang sebelum ini mengarahkan filem ... Dalam Botol menjelaskan, apabila berlakon dia akan meletakkan disiplinnya sebagai pelakon, iaitu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengarah.
PROFIL KHIR RAHMAN
Nama Penuh: Khairulizam bin Abdul Rahman
Panggilan: Khir Rahman
Tarikh Lahir: 12 Mac 1973
Umur: 38 tahun
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Kerjaya: Pelakon, komposer, pengarah, jururunding skrip dan penyanyi.
Arahan: Dalam Botol
Filem: Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa, Kapoww!!, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Los Faun, Cuci, Gubra, Rock, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Potret Mistik dan Rentaz.
Drama: Kasih Ke Syurga, Cahaya, Mingguan Lelaki, Pabila Larut Malam dan Oh Yeah!
PROFIL AWIE:
Nama Penuh: Ahmad Azhar Othman
Panggilan: Awie
Tarikh Lahir: 28 November 1968
Umur: 43 tahun
Asal: Datuk Keramat, Selangor
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Album Solo: Satu, Otak, Unplugged, Awie, Rentap dan Santai.
Filem: Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu II, Tragedi Oktober, Merah, Maria Mariana II, Nafas Cinta, Bara, Getaran, Iskandar, Baik Punya Cilok, Diva Popular, Zombie Kampung Pisang, Sumolah, Cuci, Duyung, Antoo Fighter, Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Anugerah: Pelakon Terbaik Anugerah The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards (Cuci The Musical), Penghibur TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995, Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Read the original post:
Taisyan tuntut kembali janji Bob
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, facebook, firefox, harian, harian-metro, metro, news, rentaz, sakit-puan, zombie












No Responses to “Taisyan tuntut kembali janji Bob” Leave a reply ›