Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
SS tidak nafikan pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui seseorang yang mahu berjaya sebagai artis. Ada yang memilih jalan singkat dengan cara mewujudkan kontroversi yang tidak sihat dalam industri, malah ada pula gemar mencari publisiti murahan.
Biar apapun cara mereka, SS percaya golongan artis itu mempunyai cara tersendiri untuk menjana perjalanan seni mereka. Mungkin perancangan mereka bukan hanya untuk masa singkat namun jangka panjang. Namun perlu diakui semua perancangan yang dilakukan bukan semudah disangka.
Apa yang menarik perhatian SS mengenai artis ‘suam-suam kuku’ yang seorang ini. Boleh dikatakan semua genre lagu pernah dinyanyikan artis berasal dari selatan tanah air ini. Entah di mana silapnya, lagu yang dinyanyikan bagaikan ada yang tidak kena. Single demi single dihasilkan dan tiada satupun lagu yang ‘hit’ dan bertahan dalam tempoh lama.
Pelbagai strategi juga digunakan artis itu untuk memastikan lagunya mendapat tempat di kalangan peminat, seterusnya melakar namanya dalam dunia seni. Mungkin bagi segelintir peminat muzik, artis ini cukup dikenali kerana penampilannya yang versetil.
Kadang-kadang macam ikon muzik teragung tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad dan kadangkala terpengaruh dengan imej barat dan tidak kurang juga irama yang menjadi kegilaan remaja kini, K-Pop.
Melihat penampilan artis itu yang berubah-ubah seolah-olah mencerminkan dirinya masih tercari-cari haluan atau sasaran dalam dunia seni tanah air. Bagaimana peminat hendak mengenalinya jika sering tampil dengan imej berubah-ubah. Kalau ya hendak ikut ‘trend’ sekalipun, jangan sampai membinasakan diri sendiri.
Tidak cukup dengan penampilan. SS dapat tahu artis itu juga mengadakan kerjasama dengan beberapa artis tanah air. Lagu yang menjadi pilihan pula ciptaan dirinya sendiri. Macam syok sendiri pula artis itu.
Kalau sudah rasa lagu yang dihasilkan tidak mendapat tempat di kalangan peminat, apatah lagi disiarkan di stesen radio tempatan, lebih baik fikir jalan lain. Jangan buang masa dan tenaga.
Cuba ambil pendekatan belajar daripada artis indie yang mempertaruhkan karya di laman sosial seperti facebook, YouTube dan MySpace. Jangan hanya mahu syok sendiri saja jika hendak berjalan dalam bidang seni.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read the original here:
SOSEH SOSEH: Artis syok sendiri
- Category: Media
- Tags:blue, chrome, facebook, kongsi-artikel, metro, news, sakit-puan, sertai-komuniti-mymetro, video












No Responses to “SOSEH SOSEH: Artis syok sendiri” Leave a reply ›