Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
AKHIR-AKHIR ini SS semakin risau mendengar gosip kurang lazat mengenai golongan selebriti yang berjuang dalam dunia seni dakwah. Bukan SS hendak merendah-rendahkan golongan seperti itu, tetapi ia secara tidak langsung membuktikan kita semua manusia biasa yang tidak lepas dari dugaan.
Dengan erti lain, gosip itu sebenarnya tidak pernah kenal tinggi atau rendah mana status seseorang itu sekiranya dia sudah berada dalam dunia penyiaran dan hiburan.
Kalau hari itu SS dedahkan gosip mengenai seorang artis nasyid yang meminati kaum sejenis, ini pula dengan seseorang bakat baru yang turut bergelumang dalam dunia seni dakwah. Apa yang sudah dilakukannya. Begini ceritanya...
Khabar ini SS dengar minggu lepas. SS memang tak sangka melihat bakat muda yang kacak itu yang SS namakan sebagai F saja. Pada pandangan mata SS, semuanya nampak OK ditambah pula personalitinya yang tampan, berseri-seri, tenang dan suka menghormati orang lain. Memang kalau lihat F, dia boleh dibuat sebagai calon anak menantu.
Bukan itu saja, tutur kata juga enak didengar dan kalau bercakap pun suka berlandaskan ajaran agama.
Namun SS tak sangka sama sekali bahawa F sebenarnya ada sisi yang gelap. Khabarnya ketika dia menyertai sebuah rancangan realiti TV tidak lama dulu, dia ditempatkan bersama peserta lain di sebuah lokasi.
Namun, apabila mereka ada tugasan di luar, kelihatan seorang jejaka kacak sering datang melawatnya di lokasi. Dari gerak laku, nampak mereka bukan macam saudara mara dan ia membuatkan peserta lain mula memandang semacam. Malah timbul gosip mengatakan si dia yang datang melawat itu buah hatinya yang datang melepaskan rindu dendam. Bagi SS perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana boleh memberikan imej yang tidak elok kepada F sendiri dan rakan-rakan peserta lain. Seharusnya cakap biarlah serupa bikin kerana ia mencerminkan siapa diri kita yang sebenar.
SS: Dengar ada artis jelita yang cukup popular sedang mendalami ilmu agama dengan seorang ustazah. Apakah dia akan berhijrah?
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read the original:
SOSEH SOSEH: Ada sisi gelap
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, blue, facebook, metro, news, permata-beyonce, rap, sakit-puan












No Responses to “SOSEH SOSEH: Ada sisi gelap” Leave a reply ›