Skip to Content

Shahir nafi ikut tabligh

Submitted by on October 1, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

EMPAT bulan menghilang dari dunia hiburan sudah cukup membuatkan peminat tertanya-tanya ke mana agaknya juara program realiti TV Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir bersembunyi.

Ada yang mengatakan pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu sudah bersara dari dunia hiburan tetapi Kemunculannya di majlis Rumah Terbuka Gempak Raya Astro baru-baru membuktikan dia masih ingin meneruskan kerjayanya dalam dunia seni.

Kemunculan Shahir mendendangkan lagu Salam Aidilfitriitu mengubat rindu peminat dengan suara lunaknya menghiburkan mereka.

Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi kembali dengan satu sema�ngat baru untuk menjadikan perjalanan kerjayanya lebih lancar.


Kelihatan sedikit ‘sihat’ dibandingkan sebelum ini, Shahir mengakui berat badannya bertambah kerana selama tempoh dia berehat di rumahnya di Ipoh, Perak, tidak banyak aktiviti dilakukan kecuali berehat dan makan masakan ibunya.


Shahir menolak dakwaan dia sengaja hilang dari dunia seni sebaliknya memaklumkan mahu berehat sebentar kerana kurang sihat berikutan tulang tangan kirinya yang retak gara-gara jatuh di bilik air pada 4 Jun lalu.

“Buat pengetahuan semua, saya sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) lebih awal mengenai kejadian itu.

Mereka memahami keadaan saya dan membenarkan saya mengambil cuti selama dua bulan.

“Saya mengalami kesukaran untuk bergerak dan cuti yang saya mohon dari pihak pengurusan atas nasihat doktor.

“Bagaimanapun, sebelum mengambil cuti itu, saya menyelesaikan semua komitmen yang sudah saya persetujui untuk jalankan.

“Dengan tangan yang berbalut simen dan rasa sakit, saya gagahkan diri menjayakan satu konsert di Melaka. Percayalah, saya tidak lari dari komitmen kerja tetapi keadaan memaksa saya membatalkannya,” jelasnya.

Single ketiga jejaka berusia 23 tahun itu sudah menemui peminatnya.

Hasil garapan Sham Kamikaze, lagu Pendam itu sudah pun dimainkan di stesen radio sejak awal September lalu.

Katanya, dia sudah sedia untuk kembali ke dunia hiburan seperti biasa walaupun gosip yang mengatakan dia bercinta dengan Rozita Che Wan masih belum reda lagi.

Selain dikaitkan dengan pelakon jelita itu, Shahir turut dikaitkan dengan pemuzik, Sham Kamikaze, dipercayai mengikut jejak langkah Sham membabitkan diri dengan kumpulan tabligh dan majlis agama.

“Saya ada juga mendengar gosip itu tetapi apa yang berlaku ialah saya berjumpa dengan Sham untuk mendapatkan bantuannya bagi membincangkan material untuk album saya.

“Mengenai gosip-gosip yang melanda saya ini, rasanya tidak perlu terlalu pening sangat memikirkan gosip ini kerana saya melihat ia dari sudut yang positif.

“Jika ada gosip yang timbul maknanya masih ada orang yang mengikuti perkembangan saya sebagai penyanyi.

“Sudah puas saya cuba untuk mengelakkan terpalit gosip namun ia salah satu perjalanan hidup yang perlu saya hadapi sebagai artis,” katanya.

Shahir menganggap semua kejadian yang menimpa ada hikmahnya.

Tidak ingin menuding jari pada sesiapa, Shahir menegaskan dia hanya akan bangkit mempertahankan diri sekiranya gosip yang melanda sangat mengaibkan.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

See the rest here:
Shahir nafi ikut tabligh

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Shahir nafi ikut tabligh” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>