Skip to Content

Selebriti, artis meriahkan Karnival 10,000 Langkah

Submitted by on July 22, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

ARTIS dan selebriti bakal memeriahkan lagi Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat di Presint 2, Dataran Putrajaya (di hadapan Istana Kehakiman), pagi esok.
Antara yang sudah mengesahkan penyertaan adalah pelakon jelita, Rozita Che Wan selain Zain Saidin dan Tasha Shila.
Bagi Zain, senaman sudah menjadi aktiviti mingguannya untuk menjaga kesihatan termasuk pergi ke gimnasium tiga hari seminggu bagi memastikan kecergasannya dapat dikekalkan. Tasha pula berkata, Karnival 10,000 Langkah Sehari adalah program yang sungguh menarik, tambahan pula berjoging adalah satu kemestian sejak zaman sekolah selain acara merentas desa.


Sementara itu, Rozita pula berasakan kesibukan dengan aktiviti penggambaran drama tidak menghalang dirinya menyertai program berbentuk kesihatan seperti Karnival 10,000 Langkah MY Sihat.

“Apabila ada waktu terluang, saya memang suka habis masa itu dengan aktiviti bersukan. Sebab itu, apabila Berita Harian tanya saya mengenai program 10,000 Langkah, saya terus terima sebab inilah masanya juga untuk saya bersenam,” katanya kepada Hip.

Seniman veteran, Datuk Aziz Sattar juga tidak ketinggalan untuk menyertai program bercorak riadah dan kesihatan ini. Beliau bersama kira-kira 15 rakan-rakannya daripada Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia menganggap faktor usia bukanlah halangan untuk turut serta dalam cabaran 10,000 langkah atau berjalan sejauh kira-kira 6.5 kilometer.
Turut serta dalam program ini adalah penulis novel Jutawan Gedik yang disiarkan secara bersiri dalam Berita Harian, iaitu Ain Maisarah. Malahan Ain turut mengajak peminatnya dalam laman sosial Facebook menyertai program itu di Putrajaya, esok.

“Kadang-kadang kita kurang motivasi apabila melakukan aktiviti seorang diri, tetapi sudah bertukar menjadi menyeronokkan apabila berjalan kaki beramai-ramai dalam program yang mempunyai matlamat murni ini,” katanya.

Selain penyertaan untuk aktiviti 10,000 Langkah Sehari MY Sihat, karnival ini turut dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi yang diundang bagi menghiburkan orang ramai dan peserta aktiviti ini.

Ini termasuk kemunculan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Hafiz bersama-sama dengan Farhan, Farawahida, Izwan Filus kumpulan VIP dan Adam.

Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat adalah anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) disokong Berita Harian dan Kementerian Kesihatan.

Pendaftaran untuk menyertai program 10,000 langkah ini dibuka seawal jam 6 pagi esok. Jam 8 pagi sesi regangan dan memanaskan badan, manakala pelepasan peserta pada jam 9 pagi. Turut serta menyertai program itu nanti ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Borang penyertaan dan aktiviti lebih lanjut boleh didapati dalam akhbar ini.


This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: Ten Years Of Media Lens - Our Problem With Mainstream Dissidents.

More here:
Selebriti, artis meriahkan Karnival 10,000 Langkah

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Selebriti, artis meriahkan Karnival 10,000 Langkah” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>