Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
SELEPAS berjaya meletakkan namanya sebaris penyanyi popular dan disegani ramai, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan melangkah setapak lagi dengan membuka syarikat rakaman sendiri Like Music Entertainment (LME).
Usaha dilakukan ini atas dasar minatnya pada bidang muzik dan bekalan masa depan. Memastikan apa yang dilakukan ini membuahkan hasil, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kisah Hati itu mempertaruhkan kumpulan Chocolate dianggotai Eeza Zainal, 18; Nadia Parmila, 24 dan Mell Hilton, 23 tahun.
Bercerita lanjut mengenai usahanya itu kata Alyah, dia memilih Chocolate sebagai artis pertama bernaung di bawah syarikat rakaman miliknya kerana pada masa ini minat orang ramai kepada penyanyi berkumpulan kembali meningkat.
“Sebelum ini industri hiburan tempatan pernah diwarnai kumpulan wanita popular seperti Feminin, Res’2 dan �Elite. Saya cuba �mengembalikan kegemilangan artis berkumpulan wanita.
“Waktu sama sekarang ini orang kita ramai sukakan penyanyi berkumpulan dari Indonesia dan Korea. Secara tidak langsung ia menunjukkan minat itu ada jadi LME cuba mengisi kekosongan yang wujud,” katanya.
Setakat ini Alyah menyifat�kan perkembangan kumpulan Chocolate sangat menggalakkan, apatah lagi single pertama mereka Boomerang yang dicipta Audimok sudah dimainkan di radio. Klip videonya juga sudah siap sepenuhnya.
“Saya yakin kumpulan Chocolate boleh melangkah jauh kerana Eeza, Pam dan Mell sangat bekerja keras. Mereka sebelum ini tidak pernah mengenali antara satu sama lain dan ditemukan selepas satu sesi uji bakat dijalankan. Apabila bersama saya lihat keserasian itu ada dan mereka bersungguh-sungguh setiap kali sesi latihan dijalankan,” katanya.
Pastinya anggota kumpulan Chocolate sendiri bertuah kerana bernaung di bawah syarikat milik Alyah, seorang penyanyi terkenal dan waktu sama memudahkannya untuk mengetengahkan artisnya itu untuk dipromosikan.
“Saya tidak menafikan mengenai perkara itu dan saya sendiri tidak mahu segala pelaburan dibuat sia-sia. Saya akan menggunakan apa saja cara bagi memastikan bakat dimiliki anggota kumpulan Chocolate ini mendapat perhatian ramai, termasuklah sekiranya saya harus menjual nama saya agar mereka mendapat tempiasnya.
“Dalam sudut lain mereka ini ibarat anak saya, walaupun saya ada dua orang anak angkat. Kumpulan Chocolate ini juga sudah menjadi anak saya juga. Sebagai ibu saya mahukan yang terbaik
untuk mereka. Kalau nama saya dapat digunakan bagi membantu �mereka, apa salahnya,” katanya.
Menangani ketiga-tiga anggota kumpulan Chocolate ini juga tidak susah kerana akui Alyah, mereka mendengar kata. Malah Alyah menjadikan dirinya contoh �dengan menceritakan kesusahan dan kepayahan dilalui sepanjang bergelar anak seni.
“Hendak jadi penyanyi dikenali bukan mudah. Seperti yang �diketahui umum perjalanan saya untuk membina karier tidak mudah. Kerana itu saya �berterus-terang dengan setiap anggota kumpulan Chocolate. Kalau ada yang tidak kena saya akan tegur. Saya ibarat kakak yang menegur sikap adik-adik saya,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read more:
Sedia jual nama
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, blue, chocolate, chrome, kongsi-artikel, metro, opera, sakit-puan, sertai-komuniti-mymetro, versi-mobile












No Responses to “Sedia jual nama” Leave a reply ›