Skip to Content

‘Saya bukan jenis senang dibuli’

Submitted by on December 3, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

RAMAI menganggap bintang program realiti mudah dibentuk kerana bakat boleh dieksploitasi untuk tujuan komersil. Keadaan itu menyebabkan ramai mendiamkan diri dan tidak berani berterus-terang hingga wujud konflik bukan diri sebenar mereka.

Cakaplah apa saja, penyanyi pop rock meningkat naik, Kelly Clarkson atau Kelly Brianne Clarkson, 29, bukan jenis senang dibuli. Dia membuktikan sikap terbuka membolehkannya menghasilkan album baru, Stronger, tanpa ada sebarang drama.

“Segala-galanya berada dalam keadaan baik, semuanya menggembirakan,” katanya sambil ketawa ceria sewaktu bercakap mengenai pelancaran album barunya itu.

Kelly menganggap 13 lagu dalam album barunya sebagai rakaman paling mudah dibuat bersama syarikat rakaman. Ia disebabkan oleh kesesuaian yang diharapkan dan bukan sebaliknya.


“Saya dapat merasakan orang menggunakan diri anda seperti mana kebanyakan artis muda mencapai kejayaan sebelum ini. Dan kini baru mereka tahu siapa diri anda sebenar.


“Mereka sekarang mengenali diri saya sebagai seorang artis dan menghormati personaliti saya. Mereka tahu apa yang saya akan lakukan dan apa yang saya tidak suka dan saya dapati cara ini sangat berkesan.

“Jika anda lihat keseluruhan katalog saya, ada lebih banyak lagu sedih berbanding lagu gembira. Mungkin kerana penulisan adalah satu jenis terapi dan lirik saya tulis adalah perkara pernah dilalui dan bergelut mengatasinya,” katanya.

Dari segi lagu, Kelly kelihatan menyanyi penuh emosi serta curahan perasaan.
Dia kelihatan memberi penekanan terhadap turun naik dunia percintaan hinggakan lagunya dipandang bersifat sejagat.

Apa saja datang kepadanya, Kelly bertegas tetap terus mencari kelainan kerana merasakan diri cergas dan penuh inspirasi. Kelly akui lantang bersuara.

“Orang bertanya saya dan saya memberitahu mereka. Jika berdepan masalah, saya menyuarakannya. Saya tidak menyimpan niat buruk terhadap apa dicakapkan dan hanya berkata apa yang berlaku.

“Saya rasa tidak ramai berbuat seperti ini dan mungkin membuat orang terasa. Saya tidak tahu cara lain kerana berterus-terang dan jujur adalah cara terbaik, baik dalam muzik daripada dalam diri. Jadi, saya rasa itulah yang datang,” katanya.

Senario ini jelas berbeza berbanding album ketiga, My December pada 2007 dan All I Ever Wanted, album keempat dihasilkan dua tahun lalu. Ternyata semangat mencapai impian tidak datang bergolek.

Pada 2007, khabar angin mengatakan pemilik label rakaman terkenal, Clive Davis mengkritik rakaman album ketiga Kelly, My December kerana lagu tiada nilai komersil dan hambar. Penyanyi dari Fort Worth, Texas ini kemudian membuat pendedahan terbuka dan menyelesaikannya atas alasan melampaui batas.

Pada 2009, Kelly berani bersemuka dengan penyanyi dan penulis lagu kumpulan One Republic, Ryan Tedder selepas mendapati salah satu lagu dalam album keempatnya, Already Gone yang ditulis Tedder untuknya, menyamai lagu Beyonce, Halo, juga ditulis oleh Tedder hingga meminta penjelasan Tedder berhubung persamaan muzik lagu yang ditulisnya.

Dua senario ini membuktikan Kelly bukan jenis mengalah atau pasif. Penyanyi bersuara Spinto Soprano ini mengatakan dia tidak suka dianggap produk ciptaan program realiti pertandingan televisyen kerana ada bakat lain selain suara.

“Saya seorang bekerja keras dan pejuang sejak mula belajar berjalan. Kita hanya ada satu kehidupan dan saya mahu memastikan kehidupan dilalui sekarang adalah apa yang sebenar saya mahukan,” katanya.

Sejak muncul juara pertama American Idol sembilan tahun lalu, kehadiran Kelly sebagai artis pop dapat dirasai tetapi ramai terlepas pandang. Statistik empat album awal terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia menjadi pengukur.

Beberapa lagu single nyanyiannya berada pada kedudukan Top 10 carta Billboard Hot 100. Antaranya Breakaway, My Life Would Suck Without You, Miss Independent dan hit terbesar, Since U Been Gone.

Kelly mementingkan kawalan kreatif terhadap muzik dan karier sejak meninggalkan American Idol dan menulis lagu untuk semua albumnya.

Untuk album barunya ini, Kelly bakal menjayakan jelajah Stronger Tour 2012 yang bagi menyokong albumnya yang dilancarkan pada 24 Oktober lalu. Album Stronger membuat penampilan sulung di tangga kedua Billboard Top 200 dan tangga kedua Digital Albums Chart.

Kesemua lima album Kelly menghuni kedudukan Top 3 sebaik dilancarkan dalam pasaran. Apa lebih menarik, beberapa akhbar dan majalah Amerika Syarikat memberi ulasan perkembangan karier Kelly selama ini.

Akhbar The New York Times mendakwa Kelly kini dalam peringkat peralihan menjadi Mary J Blige ‘Pop’. Akhbar USA Today pula mengatakan, dari segi vokal, Kelly tidak pernah berada dalam keadaan terbaik seperti sekarang. Majalah Rolling Stone menulis Kelly sebagai salah satu suara paling menyerlah dalam muzik.

Sejak 10 tahun lalu, Kelly sudah menghasilkan lima album studio seperti Thankful, Breakaway, My December, All I Ever Wanted dan Stronger).

Dia menerima dua anugerah Grammy, 2 Anugerah Muzik Amerika, 2 Anugerah MTV, 1 Anugerah Country dan 11 Anugerah Billboard.

Pengaruh Kelly dalam muzik datang daripada Madonna dan Dionne Warwick. Kelly terbabit dalam drama komedi, King Of The Hill dan siri televisyen, Damage Control dan banyak lagi.

PROFIL:

Nama Penuh: Kelly Brianne Clarkson
Tarikh Lahir: 24 April 24 1982
Usia: 29
Tempat Lahir: Fort Worth, Texas
Asal: Burleson, Texas
Genre: Pop rock, Pop
Karier: Penulis Lagu, Penyanyi, Produser Rekod, Aktres
Instrument: Vokal
Tahun Aktif: 2002 hingga sekarang

Album Studio:

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the original:
‘Saya bukan jenis senang dibuli’

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “‘Saya bukan jenis senang dibuli’” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>