Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
JIKA percaturan untuk Ratu The Movie tidak menjadi, Raya Tak Jadi! yang menampilkan Saiful Apek dan Johan Raja Lawak nyata penawar terbaik dan membawa untung kepada produser dan pengarahnya.
Selepas dua minggu tayangan, filem arahan Prof A Razak Mohaideen itu meraih kutipan RM4.3 juta.
Raya Tak Jadi! adalah projek filem kerjasama dua syarikat produksi filem, Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd.
Ia juga filem komedi ke-26 daripada keseluruhan 34 filem arahan A Razak.
Menurut A Razak, Raya Tak Jadi! dihasilkannya setahun lalu dengan harapan filem itu dapat ditayangkan pada 1 Syawal lalu.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila tarikh tayangan hanya diperoleh pada minggu kedua Syawal iaitu 15 September lalu.
“Saya tetap bersyukur dengan jumlah kutipan Raya Tak Jadi! walaupun sedikit kecewa terhadap tarikh tayangan. Ini kerana filem itu karya yang sangat bertemakan Aidilfitri dan sudah pun saya siapkan lebih awal lagi.
“Tapi apa boleh saya buat kerana tarikh tayangan filem di negara kita adalah di bawah peraturan Wajib Tayang. Justeru, saya kena ikut syarat dan akur dengan keputusan mereka (Wajib Tayang).
“Apapun saya berpuas hati gandingan menjadi Saiful Apek dan Johan. Kedua-dua mereka ada gaya lakonan tersendiri, tetapi saling menyokong karakter masing-masing. Sememangnya, filem ini saya garap bersesuaian untuk tontonan keluarga dan semua lapisan umur,” katanya kepada Harian Metro.
A Razak berkata, Raya Tak Jadi! juga adalah filem pertamanya yang ditayangkan di 70 pawagam di seluruh negara. Secara logiknya, andai filem berkenaan dapat ditayangkan pada Syawal lalu, dia yakin ia akan mampu mencatat jumlah kutipan lebih tinggi lagi.
Namun seperti yang dinyatakan dia bersyukur kerana filem berkenaan sekurang-kurangnya masih dapat ditayangkan pada bulan raya lalu.
Bercakap mengenai karya terbarunya, A Razak, berkata beliau akan muncul dengan satu lagi filem komedi, Bujang Terlajak Belum Terlanjur juga lakonan Saiful Apek, Johan, ditambah dengan Nabil Raja Lawak.
Filem itu turut mengangkat aktres jelita, Nur Fazura sebagai heroin.
Katanya, mengikut jadual, ia akan menemui penonton pada 19 Januari 2012 iaitu sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Mengenai jalan cerita filem itu, A Razak berkata, ia mengisahkan tiga pemuda yang asyik gagal dalam percintaan hingga menjadi bujang terlajak.
Mereka terlalu ingin berkahwin dan akhirnya sanggup menyamar sebagai orang kelainan upaya (OKU) demi memikat hati seorang gadis lakonan Nur Fazura.
“Saiful Apek sanggup menyamar menjadi buta, Nabil pekak dan Johan pula bisu. Semuanya demi memikat gadis cantik itu. Justeru, pelbagai aksi lucu yang ditonjolkan dan saya yakin penonton akan pecah perut melihat aksi mereka.
“Seperti Raya Tak Jadi! saya harapkan Bujang Terlajak Belum Terlanjur akan berjaya memikat hati penonton apabila ia ditayangkan di pawagam kelak.
“Seperti biasa, filem saya sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan semua peringkat usia,” ujarnya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Visit link:
Saiful Apek, Johan bikin untung
- Category: Media
- Tags:belum-terlanjur, blue, facebook, firefox, harian, kongsi-artikel, rap, saiful-apek, sakit-puan












No Responses to “Saiful Apek, Johan bikin untung” Leave a reply ›