Skip to Content

RIM sedia terima kritikan

Submitted by on November 28, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

ADA yang berpendapat penggiat industri muzik tempatan tidak perlu lagi menuding jari kerana mereka yang bertanggungjawab melakukan kesilapan dalam pengumuman pemenang kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) sudah mengakui kelemahan mereka.

Pada Khamis (24 November) lalu, penganjur AIM 18 iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan syarikat juruaudit bertanggungjawab menyelaras keputusan, Ernst & Young, pada majlis sidang media khas mengakui kesilapan dan trofi diserahkan kembali kepada mereka yang sepatutnya menang iaitu lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim dan penyanyinya, Anuar Zain.

Pada malam majlis AIM18 di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, ratusan ribu peminat dan penggiat industri muzik sendiri menyaksikan nama Yunalis Zarai atau Yuna, diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik. Bagaimanapun tidak sampai dua minggu, anugerah dimenangi ditarik balik RIM.

Mengikut syarat sebelum ini, hanya lagu yang memenangi setiap kategori genre iaitu Lagu Pop Terbaik, Etnik, Rock dan Nasyid terbaik layak untuk dinilai kembali bagi memenangi anugerah Lagu Terbaik.


Bagaimanapun tahun ini berbeza apabila lagu dicipta sepenuhnya Yuna, Penakut awalnya tewas kepada lagu Sedetik Lebih bagi kategori Lagu Pop Terbaik.


Kesan daripada kesilapan itu tentu membimbangkan kerana selepas ini, kepercayaan terhadap pengiktirafan kepada penggiat industri muzik tempatan menerusi satu-satunya majlis prestij ini akan terjejas.

Penggiat sendiri mungkin hilang percaya terhadap apa yang akan dilakukan RIM selepas ini.

Pada sidang media terbabit Pengerusi Bersama Penganjuran AIM18, Rosmin Hashim, menjelaskan pihaknya menyedari perkara itu dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku.

Katanya, wujud kekeliruan sewaktu proses pemilihan Lagu Terbaik menyebabkan berlaku kesilapan terhadap keputusan pemenang.

“Mereka yang memilih juara untuk kategori utama ini terdiri daripada juri berbeza. Untuk memastikan kemenangan bagi setiap kategori genre lagu tidak diketahui mereka, beberapa lagu yang turut dicalonkan dalam kategori pop, etnik, nasyid dan rock turut disertakan termasuklah lagu ciptaan Yuna, Penakut.

“Sewaktu penjurian dibuat tidak dinafikan markah yang diberikan juri terhadap lagu Penakut lebih tinggi berbanding lagu yang menjuarai setiap kategori genre.
Kerana itu pada malam majlis anugerah nama Yuna disebut sebagai pemenang,” katanya.

Perkara itu pastinya menimbulkan keraguan, terutama apabila Rosmin sendiri menegaskan cara penjurian terbabit sudah dilakukan sejak dulu sepanjang 18 tahun penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) dibuat.

“Biasanya untuk tahun-tahun sebelum ini, pemilihan juri tidak pernah tersasar dan mereka memilih lagu menjadi juara daripada salah satu genre lagu dipertandingkan. Bagaimanapun tahun ini apa yang berlaku adalah sebaliknya,” jelasnya.

Setiap pertandingan yang dibuat selalunya keputusan yang diumumkan adalah muktamad dan AIM18 tidak terkecuali, bagaimanapun kesalahan yang berlaku dikhuatiri bakal membuka ruang untuk ramai pihak mempertikai sekali gus meminta agar setiap keputusan AIM selepas ini dikira kembali.

Sekiranya perkara ini berlanjutan prestij majlis penganugerahan yang asalnya mahu mengangkat martabat industri muzik tempatan dikhuatiri hilang.

Menjelaskan mengenai perkara ini Rosmin menegaskan pihaknya cuba melakukan perkara yang betul dan memperbaiki segala kesilapan. Apatah lagi mengikut syarat ditetapkan oleh AIM, lagu yang memenangi Lagu Terbaik harus menjuarai salah satu kategori bagi genre lagu. Pihak RIM tetap mahu berpegang kepada syarat yang sudah diputuskan sebelum ini.

“Kita semua manusia dan kesilapan memang boleh berlaku tetapi kami berusaha untuk memperbaiki segala kesilapan yang sudah terjadi dan kami sendiri mengharapkan ia tidak berulang,” katanya.

Jelas Rosmin, pihaknya bersikap terbuka menerima segala pandangan dan kritikan diberikan ekoran insiden itu.

Waktu yang sama, Rosmin mengharapkan mereka akan dapat mengadakan forum bagi memberikan pandangan terhadap perubahan yang mahu dilakukan kepada AIM membabitkan konsep penjurian.

Sementara itu Rakan Kongsi Ernst & Young, Ahmad Zahirudin Abdul Rahim, mengakui kesilapan yang berpunca daripada pertukaran kakitangan yang tidak biasa dengan sistem penjurian sebelum ini.

“Kami akui kesilapan berlaku kepada pihak kami. Sekarang terpulanglah kepada pihak RIM sendiri selaku penganjur untuk memutuskan segala tindakan yang mahu diambil,” katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read more:
RIM sedia terima kritikan

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “RIM sedia terima kritikan” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>