Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PUSAT hiburan Red Box Ria, kini tampil berwajah baru dan sempena meraikannya, sebuah ‘showcase’ khas akan diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 7, KL SOGO, pada 19 November ini.
Ia menyaksikan kolaborasi antara Red Box dan KRU Studios yang kini dalam rangka promosi album kompilasi terbaru ‘OMG Gempak!’
Berkongsi misi yang sama untuk mempromosikan produk masing-masing, Red Box dan KRU Studios sepakat menamakan persembahan itu sebagai Showcase OMG Gempak!
Membariskan artis KRU Studio sendiri, antaranya kumpulan Forteen, Iqa (Mentor), Tiga dan Chomell Fana, ‘showcase’ ini turut menampilkan khas penyanyi tersohor Ning Baizura dan pendatang baru berbakat besar, Najwa Latif.
Pengarah Urusan Kumpulan Red Box Karaoke, Valerie Choo, berkata, selain memperkenal�kan wajah baru Red Box Ria penganjuran acara itu juga sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada pelanggan setia di pusat karaoke keluarga popular itu.
“Sejak Red Box beroperasi pada 2000, sambutan yang diberikan pengunjung cukup baik sekali sehingga Red Box mampu berdiri menjadi jenama yang terkenal.
“Tambah membanggakan, semua cawangan kami menerima respons sangat memberangsangkan. Pelanggan sukakan konsep hiburan dan keluarga yang kami ketengahkan selain Red Box termasuk Green Box iaitu satu lagi jenama pusat karaoke di bawah pengurusan kami.
“Mengenai ‘showcase’ ini, selain memperkenalkan wajah baru Red Box Ria kami juga ingin memanfaatkannya sebagai majlis penghargaan kepada pelanggan setia kami. Orang luar dialu-alukan memeriahkan persembahan ini.
“Mengenai kerjasama dengan KRU Studios pula, sememangnya sejak dulu kami selesa bekerjasama dengan syarikat berkenaan dan secara kebetulan mereka ada produk OMG Gempak.
“Justeru, kami terfikir kenapa tidak Red Box dan KRU Studios bergabung untuk merencanakan acara ini bersama-sama,” katanya.
Selain daripada persembahan nyanyian, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM25,000!
Mereka yang berminat untuk menyaksikan Showcase OMG Gempak!, dapatkan pas-pas percuma di semua rangkaian Red Box, Red Box Ria, dan Green Box di seluruh negara.
Bagi yang ingin memenangi pas masuk VIP iaitu peluang beramah mesra dengan artis sebelum acara berlangsung, mereka boleh mengikuti info terkini melalui media rasmi iaitu www.gua.com.my, Harian Metro, Suria.fm dan MyDeal.com.
Sebanyak 500 pas VIP akan disediakan.
“Hadiah menarik turut disediakan seperti Jam Tangan Ice Watch, pakej langsing badan dan kecantikan dari Glow & Glamour, telefon bimbit serta barangan elektrik termasuk baucer karaoke Red Box” katanya.
Valerie berkata, sempena wajah baru Red Box Ria beberapa pembaharuan dibuat untuk keselesaan dan kepuasan pelanggan antaranya perubahan reka bentuk dalamannya melalui penggunaan warna yang elegan.
“Banyak pembaharuan dilakukan misalnya sistem audio visual juga pertingkatkan mutunya dengan kelengkapan sistem bunyi terkini dan canggih termasuk penggunaan TV LCD. Jika sebelum ini pelanggan memilih lagu dengan menggunakan ‘remote’ sekarang mereka boleh berbuat demikian dengan hanya menyentuh skrin sentuh.
“Selain itu, kami juga memperbanyakkan bilik VIP iaitu sebanyak empat untuk kemudahan mereka yang datang dalam kumpulan besar, meraikan majlis hari jadi atau apa saja acara.
“Dari segi penyediaan makanan turut dipelbagaikan dan apa yang menarik harga�nya untuk seorang masih sama seperti dulu. Kemudahan disediakan di sini jauh lebih baik daripada sebelum ini,” ujarnya.
Tidak hanya di Kuala Lumpur saja, penganjuran ‘showcase’ ini turut diadakan di utara Semenanjung. Pada 5 November ini, Showcase OMG Gempak! akan singgah di cawangan Red Box Gurney Plaza, Pulau Pinang pada jam 3 petang.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Continue reading here:
Red Box janji ‘showcase’ hebat
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, bimbingan, chrome, green, harian, kongsi-artikel, metro, opera, sertai-komuniti-mymetro












No Responses to “Red Box janji ‘showcase’ hebat” Leave a reply ›