Skip to Content

Rashid suka air mata?

Submitted by on October 7, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

RAMAI menggemari karya yang dihasilkan pengarah prolifik, Rashid Sibir kerana isu kemasyarakatan yang ditampilkan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Rashid antara pengarah Melayu yang ada ramai pengikut setia. Walaupun ada pihak mengkritik karyanya terlalu menagih simpati dan air mata, setiap kali ke udara, ia mendapat ‘rating’ yang tinggi.

Antara karyanya yang digemari adalah Pondok Buruk, Rumah Di Tengah Sawah, Sekeras Kerikil, Quran Buruk dan Ustaz Sufi.

Ditemui pada majlis rumah terbuka di Rawang, baru-baru ini, Rashid berkata, dia tertarik menghasilkan isu kemasyarakatan kerana ia dekat dengan penonton dan dirinya sendiri.


“Bukan saya sengaja mahu buat drama yang mengundang orang menangis sebaliknya babak sedih itu adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita.

Mungkin ada yang pernah melalui pengalaman itu, jadi ia kebetulan kerana dengan mereka’’ katanya.

Kebanyakan drama arahan pengarah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menampilkan tema kemiskinan, kepincangan keluarga dan detik kematian yang dapat membuat penonton berfikir.

Bercerita lanjut Rashid berkata kebanyakan skrip drama beliau ditulis daripada cerita diperoleh daripada orang di sekelilingnya.

“Mengambil contoh drama Sekeras Kerikil, ceritanya saya dapat daripada seorang kawan. Daripada cerita sedikit itu saya kembangkan menjadi plot yang menyentuh rasa.

“Bagi saya kalau skrip kita dapat memberi sedikit keinsafan kepada penonton, itu sudah memberi kepuasan kepada saya. Sebagai penggiat seni, saya bukan saja bertanggungjawab untuk mengangkat karya tempatan tapi pada waktu yang sama memberi kesedaran kepada penonton,” katanya.

Selain mengarahkan drama air mata, Rashid turut pernah menghasilkan drama komedi seperti Pengantin Popular, Hanya Dikau, Cik Mala Janda Berhias, Seri Pengantin, Salina dan Kutub Utara, Kutub Selatan.

Kata Rashid, drama bergenre komedi juga turut diminati penonton kerana ia lebih ringan. Bagaimanapun sebagai pengkarya, dia akan pastikan dalam gelak ketawa ada mesej yang boleh dihayati dan diterima penonton.

Pengarah yang berasal dari Sungai Nibung, Batu Pahat, Johor ini mula mendapat perhatian ramai sewaktu menghasilkan drama bersiri Mat Despatch. Drama yang diterbitkan Berjaya Filem itu disiarkan RTM dari 1996 hingga 2002.

Selain drama Rashid juga pernah mengarahkan filem antaranya Sutera Putih yang turut mengangkatnya sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia 1997.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Link:
Rashid suka air mata?

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Rashid suka air mata?” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>