Skip to Content

Rashid hargai Pak Uda

Submitted by on November 3, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

PENAMPILAN pelakon veteran, arwah Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda menerusi watak sitkom televisyen popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ,menarik perhatian.

Aksi bersahaja dengan lawak jenaka tersendiri membuatkan dia antara pelakon veteran yang menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah. Dia membuktikan bakat lakonannya tidak hanya kepada watak komedi sebaliknya tampil dalam beberapa drama dengan mendukung watak serius.

Ternyata ketiadaan Zami cukup dirasai karyawan seni dan seluruh ahli keluarga serta kenalan terdekatnya. Zami menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Jun lalu.

Biarpun hampir enam bulan arwah menyahut seruan Ilahi, bakat seni dan karyanya terus dihargai dan dikenang. Sebagai antara barisan pelakon drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir, arwah dilihat antara guru dan contoh terbaik dalam dunia lakonan.


Malah, sumbangan terakhir arwah menjayakan Tanah Kubur musim kedua yang kini disiarkan menerusi Astro Oasis (saluran 106) masih meninggalkan kesan. Rashid juga mengambil peluang mengadakan majlis tahlil buat arwah ketika pelancarannya, baru-baru ini.


Hadir sama pada majlis itu, wakil Astro Oasis, Azlin Reza Azmi, barisan pelakon dan kru produksi drama serta Opie Zami (anak arwah) serta kenalan terdekat.

Katanya, walaupun penampilan Allahyarham (Zami Ismail) hanya secara kebetulan menerusi drama ini, lakonannya turut memberi impak besar bagi menonton. Ramai yang memberi maklum balas yang positif untuk episod itu.

“Drama bersiri ini mempunyai tarikan tersendiri. Ia memberi pengajaran dan menunjukkan bagaimana balasan bagi mereka yang melakukan perkara yang dilarang mengikut hadis dan Al-Quran,” katanya.

Siri yang mencatat rating tertinggi di kalangan drama di Astro Oasis itu dilanjutkan untuk musim kedua. Masih mengekal�kan teraju utamanya, Nasir Bilal Khan drama bersiri itu disiarkan setiap Jumaat, jam 7.30 malam bermula 4 November ini.

Menurut Rashid, cerita yang disampaikan menerusi drama itu tidak bertujuan menakutkan mana-mana pihak sebaliknya memberi mesej di sebalik semua perbuatan negatif yang dilakukan seseorang itu.

“Untuk musim baru, pelbagai kisah menarik dipaparkan pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sekarang seperti menuduh sesama Muslim sebagai munafik, balasan mencuri duit surau, mayat tidak diterima bumi kerana bunuh diri, bapa yang merogol anak gadis sendiri, angkara tidak berlaku adil dalam poligami dan tidak membayar zakat.

“Isu yang dikupas menerusi drama ini berdasarkan kajian, bacaan buku dan kisah benar. Paling penting, drama ini mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Sementara itu, Azlin yang juga Pengurus Saluran Astro Ria memaklumkan, pihaknya sangat berbesar hati dengan sambutan dan maklum balas penonton sejak drama berkenaan disiarkan.

“Sejak disiarkan, program ini mendapat respon yang positif daripada penonton.
Ini membuktikan sokongan penonton terhadap usaha Astro Oasis dalam menyuntik elemen dakwah menerusi drama siri yang sarat dengan pengajaran,” katanya.

Drama disiarkan sebanyak 13 episod itu menceritakan pengalaman penggali kubur, Tok Adi lakonan Nasir yang melalui peristiwa aneh ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton.

Drama ini turut menampilkan lakonan Talha Harith, Jasmin Hamid, Amyza Aznan dan Zulkefli Zain.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read more:
Rashid hargai Pak Uda

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Rashid hargai Pak Uda” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>