Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
TANGGAL 19 November ini akan berlangsung kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran kali pertama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim).
Hingga kini, sejauh manakah kelancaran pengendalian itu?
Presiden Gafim merangkap Pengerusi FFM24, Jurey Latiff Rosli berkata, selepas bertungkus-lumus mengenal pasti pencalonan yang bertanding, hari ini baru Gafim dapat menganjurkan sidang media mengumumkan pencalonan rasmi FFM24 di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley.
“Bukan mudah sesi saringan pencalonan dilakukan kerana kebanyakan penyertaan dihantar tidak mengikut syarat ditetapkan. Antaranya, calon yang ingin bertanding perlulah menjadi ahli mana-mana persatuan di bawah naungan Gafim.
“Terus-terang, saya katakan masih ramai penggiat seni tempatan seperti pelakon, pekerja industri dan penulis skrip yang belum mendaftar menjadi ahli persatuan yang sepatutnya dinaungi mereka. Manakala, jumlah yang menjadi ahli pula sangat sedikit.
“Tak dinafikan, masalah ini di tahap kritikal dan saya mengharapkan timbul kesedaran di kalangan semua pihak penggiat dan karyawan seni tanah air untuk berubah. Jadilah, ahli persatuan demi sama-sama menggembleng usaha memartabatkan seni negara.
“Lagi pun, masuk persatuan tidak merugikan sesiapa selain berpeluang menyertai FFM. Pengiktirafan dalam FFM adalah untuk anda semua, jadi sekiranya berkeinginan menyertai perlulah mengikut syarat ditetapkan. Malah, syarat itu pun bukanlah perkara baru,” katanya.
Menurut Jurey, sebelum beliau menerajui pucuk kepimpinan Gafim dan mengambil alih penganjuran FFM daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), syarat pencalonan sedia ada sudah ditetapkan.
Katanya, tidak adil juga Gafim yang baru mengambil alih penganjuran FFM24 terus bersikap tegas dengan menolak penyertaan tidak lengkap. Memandangkan ini kali pertama, maka Gafim sepakat memberi kelonggaran pada penyertaan pencalonan.
“Bagaimanapun, kemungkinan tahun depan dengan wujudnya pertubuhan baru, Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia yang turut dipengerusikan oleh saya akan mewajibkan penggiat dan karyawan seni tanah air bernaung menjadi ahli di bawahnya.
“Menerusi persatuan ini, sesiapa yang ingin bergiat dalam industri seni haruslah mengikuti latihan disediakan dan mereka diiktiraf dengan memiliki sijil akreditasi pentauliahan. Sijil diperoleh itu bukan sebarangan kerana ia diiktiraf oleh kerajaan.
“Setakat ini, penyelaras pertubuhan sudah pun menerima kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Malah, ingin saya maklumkan pertubuhan ini bukan sengaja diwujudkan, tetapi dilaksana atas arahan kerajaan melalui menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).
“Ia bagi memantapkan lagi agenda memartabatkan industri seni tanah air termasuk memastikan hala tuju dan masa depan penggiat dan karyawan tanah air terjamin.
Sekarang bukanlah masa untuk terus berbalah, sebaliknya semua pihak bersatu demi kebaikan bersama,” katanya.
Menyentuh mengenai kemelut yang melanda Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), Jurey memaklumkan pihak Gafim tidak akan campur tangan untuk menyelesaikan�nya.
Katanya, biarlah ahli Swam yang menguruskan dan Gafim hanya mahu memberi tumpuan penuh pada penganjuran FFM24.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
See the article here:
Ramai ingkar syarat
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, blue, festival, firefox, gafim, kongsi-artikel, metro, opera, ramai-ingkar-syarat, sakit-puan












No Responses to “Ramai ingkar syarat” Leave a reply ›