Skip to Content

PM serikan malam media

Submitted by on October 22, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

MAJLIS Malam Media Perdana 2011 julung kali diadakan bagi merapatkan hubungan media dan pelbagai kementerian anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlangsung dalam suasana meriah.

Selain pengamal media penyiaran, media cetak dan blogger, majlis diadakan di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet.

Antara pegawai kanan media yang hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima; Datuk Ahmad A Talib; Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP); Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Pegawai Operasi NSTP; Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar.

Ia turut diserikan dengan persembahan Papa Rock, Ramli Sarip, Stacy dan Adibah Noor selaku pengacara dan pelakon komedi, Harith Iskander.


Dua persembahan sketsa media, cabutan bertuah dan muzik jazz iringan Orkestra RTM turut menghiburkan lebih 1,000 jemputan dan VIP.


Hadir dengan identiti rambut panjang dan memetik gitar, Ramli menyampaikan lagu keramatnya, Kamelia dan Bukan Kerana Nama.

Adibah yang juga menjadi pengacara majlis, turut mendendangkan lagu medley Bunyi Gitar (Tan Sri P Ramlee), Heaven (Bryan Adams), Can’t Fight This Feeling Anymore (Reo Speedwagon) dan lagu ‘rock n roll’ 50-an, Rock Around The Clock (Bill Haley) manakala bintang Akademi Fantasia (AF6), Stacy menyanyikan dua lagu berentak pantas, Jahat dan Kasanova.

Ramli berkata, majlis malam media dan kementerian adalah usaha bagus merapatkan generasi pelbagai zaman dan peringkat umur.

“Pendekatan ini baik kerana mengeratkan hubungan pihak media dan pemimpin masyarakat agar lebih menghargai satu sama lain. Lagipun, bukan mudah mendapat kesempatan menjayakan persembahan yang disaksikan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan barisan menteri Kabinet seperti ini.

“Disebabkan jadual program padat, saya hanya dapat menyanyikan dua daripada empat lagu. Nampaknya, hajat menyanyikan lagu khas untuk masyarakat Felda dan duet Doa Untuk Kekasih bersama Adibah juga tidak dapat dinya�nyikan.

“Apapun, saya gembira kerana dapat mendendangkan lagu bersifat dewasa. Jiwa lagu Melayu sesuai untuk semua golongan kerana menggambarkan kedewasaan,” katanya.

Adibah pula berkata, tawaran menjadi pengacara majlis untuk acara yang dihadiri ramai orang penting negara membuat�kan dirinya berdebar-debar.

Katanya, takut salah sebut tetapi lega kerana semuanya lancar dan tetamu terhibur.

“Memang saya memilih tema lagu lama untuk mengembalikan memori hadirin yang membesar bersama lagu terbabit dan boleh dikatakan semua mengenalinya. Takkan asyik-a�syik lagu Terlalu Istimewa, nanti orang bosan,” katanya.

Adibah juga memaklumkan akan melancarkan single terbarunya, Ke Sana Dengan Mu duet bersama Sam Innuendo. Lagu ini dicipta Azlan Abu Hassan dengan liriknya ditulis Adibah.

Telatah Harith berjenaka me�ngenai zaman kanak-kanaknya, punat dua saluran televisyen hitam putih zaman 1970-an dan tabiat orang Malaysia menyapa orang lain mencuit hadirin. Paling menarik sewaktu bercerita mengenai penampar ibunya dikenali One Time Slap atau OTS.

“Tamparan pertama hinggap di muka kerana memecahkan tingkap rumah ketika bermain bola. Kerana takut OTS, saya tidak pecahkan tingkap tetapi pasu bunga dan benda lain pula menjadi mangsa terkena bola kerana demam Piala Dunia 1978 ketika itu,” katanya disambut gelak ketawa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurugambar Bernama TV yang maut terkena tembakan sewaktu membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September lalu.

Cek RM425,933 daripada sumbangan orang ramai dan insurans diserahkan kepada bapa Allahyarham, Mohd Nor Mat Yassin.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Read the original post:
PM serikan malam media

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “PM serikan malam media” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>