Skip to Content

Pertarungan dunia bunian

Submitted by on November 22, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

SANDARAN terbaru Tayangan Unggul Sdn Bhd, Misteri Jalan Lama, diyakini mampu menghiburkan penonton kerana ia sebuah karya yang berbeza bagi mengisi kemeriahan pawagam tempatan.

Filem arahan Afdlin Shauki itu akan mula ditayangkan pada Khamis ini dengan menampil�kan pelakon yang sudah lama menyepi, Que Haidar sebagai Ilya bersama Hans Isaac (Indra), Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Marion Caunter, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Sabrina Hassan, Gambit dan Nasir Bilal Khan.

Ditemui selepas tayangan perdana filem drama fantasi itu di Cineplex Damansara, The Curve, Khamis lalu, Afdlin, memegang watak Harak, menyifatkan filem ini adalah impian peribadi sejak zaman kanak-kanaknya.

“Filem ini impian zaman kanak-kanak saya yang baru sekarang dapat dizahirkan.

Banyak cabaran dan dugaan terpaksa saya dan kru lalui sepanjang menyiapkan filem ini selama 28 hari.

“Saya turut terlantar selama beberapa hari di hospital akibat keracunan makanan tetapi lega apabila tugas diambil alih dengan baik oleh Hans.

“Lagipun, bukan mudah membuat penggambaran dalam bulan Ramadan kerana umat Islam sedang berpuasa.

“Filem Misteri Jalan Lama menggunakan sebanyak 20 hingga 30 peratus imej janaan komputer (CGI). Antaranya bagi tapak organik dan objek kapal di jalan raya.

“Apapun saya berpuas hati apabila impian kanak-kanak saya itu tercapai menerusi kajian ‘hearsay’ serta kisah fantasi yang selalu dikaitkan dengan masyarakat Melayu,” katanya.

Sebelum ini Adflin pernah muncul sebagai Pengarah Terbaik Festival pada Filem Malaysia Ke-22 (FFM-22) menerusi Papadom.

Hadir sama pada majlis terbabit adalah Eksekutif Produser Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai serta beberapa pelakon seperti Ahmad Tarmimi, Liyana, Sabrina dan Gambit. Manakala Que dan Vanidah tidak dapat hadir.

Filem menelan belanja RM1.8 juta ini antara lain menampilkan suasana suram dan kelainan daripada segi pertarungan makhluk halus dalam dunia bunian.

Kata Hans, peranan Que sebagai Ilya dalam filem ini turut memberikan impak yang berkesan.

“Kehadiran Que menyuntik aura tersendiri bagi melakonkan wataknya dengan berkesan. Saya sendiri teruja melakonkan watak saya bersama Que dan kami melalui banyak pengalaman baru ketika penggambaran.

“Apa dapat saya perkatakan Misteri Jalan Lama mampu me�nyajikan kelainan berbanding filem tempatan lain. Saya senang bekerja dengan pengarah yang kreatif dan berani mencuba.

“Dari segi lakonan, kebelakangan ini saya memang sangat memilih untuk berlakon filem. Saya tidak kejar kuantiti sebaliknya memberi penekanan kepada kualiti mencari karakter yang berbeza,” kata Hans yang juga seorang produser dan pengarah berbakat.

Kata Gayatri pula, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan terhadap filem Misteri Jalan Lama.

“Kami hanya mahu mengajak penonton datang ke panggung dan menikmati filem yang unik dan menghiburkan ini. Ia akan ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 24 November ini. Kami juga tidak meletakkan sebarang sasaran yakni berapa juta kutipan bagi filem ini,” ujarnya.

Sabrina yang tampil dalam beberapa babak berkata: “Walaupun diberi peluang berlakon hanya beberapa babak, ia cukup memberikan pengalaman yang hebat kepada saya.

“Bagi saya Misteri Jalan Lama memberi peluang kepada saya berlakon dengan mereka yang sudah terbukti hebat seperti Que.”

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Continue reading here:
Pertarungan dunia bunian

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Pertarungan dunia bunian” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>