Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
TAMPIL ringkas dan bersahaja, Marx tidak langsung bersandar pada sebarang gimik bagi menghiburkan ribuan peminat di Arena of Stars, Genting Highlands, malam kelmarin.
Hanya dengan sepersalinan pakaian rona hitam, bertemankan gitar dan piano, penyanyi dan komposer popular itu mengalunkan vokal hebat hingga mengundang jeritan peminat yang tidak lekang menyanyi bersama.
Persembahan An Acoustic Evening With Richard Marx meletak keseluruhan konsep dan idea hanya pada personaliti dan pesona Marx semata-mata.
Mendendangkan lagu keramat seperti Now And Forever, Right Here Waiting sebagai penutup acara, Can’t Help Falling In Love, Should’ve, When You’re Gone, Angelia, Hazard dan Until I Find You Again, adalah rangkaian lagu yang terdapat dalam album Stories To Tell.
Album kompilasi yang dinyanyikan Marx secara akustik itu turut memuatkan hit yang disampaikannya malam kelmarin termasuk Endless, Take This Heart, Satisfied, Keep Coming Back, To Where You Are, Hold On, Then Best Of Me dan sebuah lagu yang pernah dicipta buat kumpulan N’sync, This I Promise You.
Kunjungan kali kedua Marx ke Malaysia selepas 13 tahun lalu memang memberikan satu kepuasan buat peminatnya kerana persembahannya yang cukup hebat dan penuh inspirasi.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read the rest here:
Persembahan penuh pesona dan memukau
- Category: Media
- Tags:arena, bimbingan, blue, chrome, facebook, harian-metro, metro, news, opera, versi-mobile












No Responses to “Persembahan penuh pesona dan memukau” Leave a reply ›