Skip to Content

Peminat protes ST12 pecah

Submitted by on October 14, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

WALAUPUN peminat setia kumpulan ST12 memprotes berita pembubaran mereka, hakikatnya, tiga anak muda yang popular dengan lagu Jangan Pernah Berubah dan Setiaku, Ilham Febry atau Pepep, Muhammad Charly van Houten (Charly) dan Dedy Sudrajat (Pepeng) kini membawa haluan masing-masing.

Ternyata masalah yang dihadapi kumpulan yang diasaskan Pepep yang juga pemain dram selama bertahun-tahun sudah tidak dapat dibendung lagi hingga jalan terbaik adalah meninggalkan ST12.

Charly yang juga vokalis ST12 mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu pada 9 Oktober lalu dan sejurus selepas itu, Pepeng (gitar) juga mengikut jejaknya.

Sebaik berita perpecahan kumpulan itu tersebar, peminat ST12 yang menggelar diri mereka ST Setia, sanggup membuat perhimpunan de�ngan bermandikan darah sebagai tanda bantahan terhadap perpecahan kumpulan itu.


Bagaimanapun, baik Charly atau Pepeng tetap dengan keputusan mereka. Kini, hanya lagu-lagu lama ST12 seperti Jangan Pernah Berubah, Setiaku, Cari Pacar Lagi dan Rasa Yang Tertinggal yang boleh dijadikan pengubat rindu tatkala peminat merindukan suara lunak Charly.


Charly, 30, yang juga pemilik syarikat rakaman Pangeran Cinta dikatakan sedang sibuk menguruskan beberapa projek muzik. Ketika pihak media Indonesia cuba menghubungi Charly untuk meminta kepastian, pembantu peribadi Charly, Rivai memberikan kenyataan bahawa Chary sedang fokus pada kerjayanya setelah keluar dari ST12.

“Setelah meninggalkan kumpulan ST12, Charly sekarang ini sibuk dengan banyak projek muzik. Dia sedang membuat persiapan untuk melancarkan album barunya.

“Selain itu, ada beberapa band yang bernaung di bawah syarikat rakamannya juga bakal tampil dengan album masing-masing. Tetapi, pada masa ini saya masih belum dapat memberikan kepastian sama ada Charly akan menjadi penyanyi solo ataupun tidak,” jelas Rivai dalam satu kenyataan media.

Pengurus Pepeng, Rendy tidak mahu mendedahkan perkara sebenar yang menjadi punca Pepeng turut meninggalkan ST12 namun yang pasti dia sudah nekad dengan pilihannya itu.

“Pepeng hanya mengatakan kepada saya dia mahu meninggalkan ST12 kerana mengikut jejak Charly. Dia tidak menceritakan perkara lain kepada saya. Tetapi apa yang pasti dia memang nekad dengan keputusan itu dan tidak mahu berpatah balik.

“Sebelum memutuskan untuk keluar dari ST12, Pepeng terlebih dulu berjumpa dengan Charly bagi membincangkan perkara ini. Setahu saya, mereka bertiga akan berjumpa untuk memperkatakan perpecahan mereka dan protes daripada peminat mereka,” katanya.

Tiga anak muda yang masing-masing mempunyai genre muzik kegemaran, sanggup bergabung dan membentuk sebuah kumpulan yang membawakan rentak lagu pop, pop rock dan akustik bagi memenuhi kehendak peminat setia mereka hingga menghasilkan lima album bermula Jalan Terbaik pada 2006 dan terbaru, Pangeran Cinta, tahun lalu.

Diasaskan Pepep, pada mulanya kumpulan ini dianggotai empat anak muda termasuk Iman Rush (gitaris) yang meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah di otak pada Oktober 2005. Setelah kematian Iman, mereka kemudian bergerak bertiga dan tidak mengambil anggota baru menggantikan tempat arwah.

ST 12 adalah akronim studio milik Pepep yang terletak di Stasiun Timur 12, Bandung. Bagaimanapun kini ketika ST12 berada di puncak populariti, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Vokalis kumpulan Ungu, Pasha turut meluahkan rasa kecewanya apabila tiga anak muda berbakat itu mengambil keputusan sedemikian rupa.

“Sebagai seorang sahabat, saya berpendapat mereka tidak seharusnya berpecah kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Seharusnya mereka lebih matang dalam menangani masalah yang timbul dalam kumpulan.

“Tidak dinafikan, bukan mudah bergerak sebagai satu kumpulan apatah lagi jika masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Saya melihat ST12 sebagai satu kumpulan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam industri muzik,” katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Read the rest here:
Peminat protes ST12 pecah

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Peminat protes ST12 pecah” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>