Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
SUDAH menceburi industri hiburan selama 11 tahun, pasti segelintir masyarakat tidak me�nyangka penyanyi yang memperjuangkan genre reggae ini, Sasi The Don, mendapat peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi reggae dari luar negara.
Tidak semua artis tempatan mendapat peluang seperti ini hingga Sasi tidak mampu untuk menolaknya. Katanya, tidak sangka dia mendapat peluang bekerjasama dengan nama besar dalam genre reggae iaitu Maxi Priest yang menjadi idolanya kerana genre reggae yang dibawanya digabungkan dengan pop agar dapat diterima masyarakat.
Menceritakan detik pertemuannya dengan Maxi, Sasi yang diundang Umno Malaysia untuk mengadakan persembahan sempena sambutan kemerdekaan di London berkata, segalanya bermula apabila berkongsi berita pemergiannya ke London melalui laman sosial facebook.
“Saya tidak sangka seorang peminat British-India mengundang saya mengadakan ‘show’ dan terus bersetuju dengan cadangannya itu. Saya memang tidak pernah bayangkan mempunyai peminat di luar negara.
“Sebagai peminat Maxi, saya cuba menjemputnya hadir ke pertunjukan itu dan tidak sangka dia datang melihat persembahan saya. Apabila acara selesai, Maxi berjumpa saya dan menawarkan untuk berkolaborasi kerana kami sama-sama memperjuangkan reggae.
“Tambahan pula ia adalah satu cara untuk mendekatkan artis antarabangsa dengan artis Malaysia. Memang sangat gembira dapat menyanyi bersama pe�nyanyi legenda reggae kerana saya baru 11 tahun dalam industri ini manakala Maxi adalah nama besar. Ini adalah satu penghormatan buat saya,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengambil masa seminggu untuk merakamkan lagu duetnya dengan Maxi, Island Queen, Sasi mengakui ia sangat mencabar kredibilitinya sebagai penyanyi reggae.
Katanya, sebelum berangkat ke London, Sasi membuang jauh-jauh perasaan takut berhadapan dengan Maxi dan berharap segalanya berjalan lancar kerana ia membabitkan kos yang besar.
“Terlebih dulu saya menyiap�kan lagu kolaborasi dengan Maxi, tetapi apabila tiba di London, hari pertama kami masuk studio rakaman Maxi tidak menyukai konsep lagu itu dan saya tidak mempunyai perancangan kedua.
“Saya hanya ada masa seminggu untuk merakamkan lagu itu dan sangat kesuntukan masa kerana terpaksa bermula dari awal. Hanya tajuk lagu saja yang kekal.
“Saya akui, itu adalah saat paling memberikan tekanan dalam hidup, tetapi sangat bernasib baik kerana studio yang kami gunakan milik penulis lagu untuk Black Eye Peas, Tippalrie. Dia membantu saya dan Maxi untuk mengubah lirik lagu itu,” katanya.
Mengenai perkembangan lain, Sasi melancarkan album terbarunya pada Julai lalu. Ia memuatkan 14 lagu termasuk satu lagu instrumental. Mempertaruhkan lagu Inggeris dan Tamil, album kedua ini lebih menumpukan pasaran luar negara.
Tambahan pula Universal Music India bercadang memasarkan album itu di India dan Sri Lanka. Walaupun menyesal tidak merakamkan lagu dalam bahasa Melayu untuk album ini, Sasi tetap melihat perkara itu dari sudut positif.
Selain berkolaborasi dengan Maxi, Sasi juga berpeluang bekerjasama dengan Anita Sarawak menerusi lagu One Love dan Jaclyn Victor (Devathai). Idea bergabung dengan artis lain itu timbul selepas kejayaan duetnya dengan Amy Search menerusi lagu Satu Impian.
Katanya, Anita turut nasihat�kan dirinya supaya memikirkan pasaran luar negara dan sebab itulah memilih menghasilkan lagu Inggeris.
“Kata Anita, Industri hiburan tanah air sangat kecil dan untuk berjaya, seseorang artis perlu mengembangkan kerjayanya sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Bukan mudah untuk berkolaborasi dengan artis lain kerana kerjasama itu perlu memberikan impak kepada pendengar. Saya bangga berpeluang bekerjasama dengan Anita. Malah penantian saya selama empat tahun berakhir apabila berpeluang menyanyi bersama Jaclyn.
“Sebagai kelainan, kami menyanyikan lagu Tamil dan ia mendapat komen positif peminat. Lagu Devathai yang bermaksud Malaikat, mungkin akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Go here to read the rest:
Peluang keemasan Sasi The Don
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, black, blue, facebook, kongsi-artikel, sakit-puan, sertai-komuniti-mymetro












No Responses to “Peluang keemasan Sasi The Don” Leave a reply ›