Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
SEKALIPUN baru bersiaran, ranca�ngan infotainment terbitan KRU TV, Paparazzi berjaya mengumpul sejumlah penonton. Lebih membanggakan Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim apabila program diterbitkan itu tersenarai antara lima paling diminati penonton yang mengikutinya menerusi saluran laman web tonton (www.tonton.com.my).
Ditemui pada majlis rakaman Paparazzi Aidilfitri yang diadakan di pusat beli-belah Sungei Wang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Norman menjelaskan pencapaian itu cukup memberangsangkan bagi pihaknya mahupun kru penerbitan.
Menampilkan Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan Sharifah Sakinah sebagai pengacara, Paparazzi kini berada di belakang Melodi, Galaksi, Fuhh! dan Chopp! dari sudut jumlah penonton.
“Sebagai rancangan yang memaparkan berita semasa dunia hiburan saya berasa ia satu pencapaian yang baik memandangkan Paparazzi hanya ditayangkan di saluran maya dan bukan media komersial,” katanya.
Paparazzi menampilkan cerita hangat sepanjang minggu yang berlaku dalam industri hiburan tempatan. Ia turut menampilkan isu menarik dari negara seberang dan jelas Norman mereka turut mempunyai wakil media di sana untuk menemuramah bintang popular Indonesia.
“Kami masih baru dan atas alasan itu ada baiknya kami menghasilkan rancangan yang boleh ditonton menerusi laman web. Begitupun jika diukur dari sudut kemudahan untuk mengakses rasanya lebih baik, malah satu dunia boleh menonton Paparazzi.
“Sekarang ini pun jika kita lihat banyak akhbar dan stesen televisyen menggunakan Internet untuk mengembang�kan lagi operasi mereka dalam mendekati pelanggan mahupun penonton. Sudah tentu kami di KRU Studios ada impian yang sama iaitu menyiarkan rancangan ini di stesen televisyen komersial.
Bagaimanapun perbincangan mengenainya sedang dijalankan. Jika sudah memperoleh keputusannya kami akan mengumumkan�nya kelak,” katanya.
Menampilkan cerita panas artis tempatan sudah tentu timbul konflik apabila sekarang ini mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam Paparazzi juga mempunyai isu. Me�ngambil contoh pengacara�nya sendiri Neelofa yang dikatakan sedang berhadapan dengan isu membabitkan VIP. Adakah berita mengenai pengacaranya juga akan disiarkan Paparazzi?
Menjelaskan isu terbabit sebagai syarikat pengurusan kepada Neelofa, Norman menegaskan pihaknya cuba membantu mengawal tanggapan negatif yang timbul dan dia yakin perkara yang digambarkan mengenai artisnya itu langsung tidak berlaku.
“Sebagai artis yang bernaung di bawah KRU kita sudah pun memberikan penjelasan sebaik mungkin. Kami tidak mahu melatah kerana tiada pengesahan dibuat sepanjang isu itu diperkatakan. Jadi ia tidak semestinya betul. Saya pernah melalui apa yang dilalui Neelofa sekarang. Kami mengambil inisiatif untuk menyokongnya dan bukanlah sebaliknya iaitu mendenda atau menghentam Neelofa,” katanya.
Kata Norman lagi, perkara itu juga tidak pernah memberi kesan kepada kerjaya Neelofa apabila banyak tawaran dari luar datang melamarnya berlakon mahupun mengacara. Menilai dari sudut itu jelas Norman ada sesuatu yang istimewa mengenai gadis cantik yang berasal dari Kelantan itu.
“Bagaimana pun berita hangat mengenai artis tidak kira pengacara Paparazzi sendiri mahupun ahli lembaga pengarah KRU sendiri tidak terlepas daripada
dilaporkan. Mengambil contoh bos mereka, Yusry sendiri sebelum ini bising apabila dia diterjah wartawan Paparazzi sendiri bertanyakan mengenai gosip cintanya dengan Lisa Surihani.
“Saya jelaskan kepadanya, biasalah wartawan Paparazzi hanya menjalankan tugas. Saya dan Edry juga tidak terlepas. Bagaimanapun ingin saya ingatkan kami bukanlah rancangan hiburan yang menampilkan gosip panas dan sensasi sebaliknya ia lebih kepada melaporkan berita apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu Neelofa pula berkata dia menerima lamaran KRU untuk mengacarakan Paparazzi kerana mahu menimba pengalaman di samping mengasah bakat.
“Kerana Paparazzi juga saya turut dilamar TV3 untuk mengacarakan rancangan baru. Bagaimanapun saya baru saja menjalani uji bakat. Dapat atau tidak belum tahu lagi. Selain itu tidak dinafikan rezeki mengacara juga banyak, orang mula panggil. Namun saya tidak mahu tamak sangat kerana masih lagi di peringkat belajar,” katanya.
Apabila ditanya mengenai kisah dirinya sendiri disiarkan di rancangan Paparazzi dikendalikan, kata Neelofa setakat ini belum ada lagi dan dia mengharap�kan kalau pun dia menyampaikan cerita mengenai diri sendiri biarlah perkembangannya baik dan bagus untuk kerjaya dan bukan cerita peribadi.
“Lagipun rancangan ini bukanlah mengenai gosip semata-mata tetapi lebih kepada menyampaikan perkembangan artis tempatan. Kami mahu mempromosikan kerjaya seni mereka. Cara penyampaian pun agak lembut dan skrip yang digunakan pun tidaklah kasar sangat. Pendek kata Paparazzi ini adalah rancangan Entertainment News versi Melayu,” katanya.
Paparazzi khas untuk Aidilfitri menampilkan pelbagai persembahan istimewa antaranya dari Aman Shah, Ana Raffali, One Nation Emcees, Farawahida dan artis yang bernaung di bawah KRU Studios seperti VIP dan Iqa Mentor. Ia bakal disiarkan selama satu jam.
Selain hos tetap Paparazzi iaitu neelofa, Sharifah Sakinah dan Aina Suzaily untuk siaran khas Aidilfitri ini mereka turut menjemput Along Raja Lawak bersama mereka mengacara dan beramah mesra dengan para selebriti jemputan bagi bercerita mengenai kisah sambutan hari raya mereka seperti Mawi, Dafi, Elfira Loy, 6ixth Sense, Zain Saidin, Amelia dan Farhan.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Continue reading here:
Paparazzi Malaysia terjah bos sendiri
- Category: Media
- Tags:blue, chrome, entertainment, facebook, firefox, kongsi-artikel, neelofa, news, norman, paparazzi, rap, sakit-puan












No Responses to “Paparazzi Malaysia terjah bos sendiri” Leave a reply ›