Skip to Content

Nostalgia Alleycats

Submitted by on December 20, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

LEBIH empat dekad mencipta nama dalam dunia seni tanah air, nama kumpulan Alleycats terus utuh bertahan dan menjadi sebutan pelbagai lapisan peminat.

Lagu yang disampaikan seperti Terima Kasih, Jika Kau Bercinta Lagi, Andainya Aku Pergi Dulu, Gerimis Senja, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Kisah Kau Dan Aku serta Hingga Akhir Nanti masih menjadi siulan ramai, malah disiarkan di radio stesen tempatan. Tidak terkecuali kumpulan yang dibarisi pelbagai kaum turut menarik perhatian peminat muzik di Singapura.

Ekoran sambutan meng�galak�kan terhadap lagu Alleycats membuatkan penganjur konsert Raistar Entertaiment mengambil langkah mengadakan Konsert Alleycats: Istimewa Buat Singapura di Dewan Konsert Esplanade pada 14 April depan.

Konsert itu bakal menyaksikan persembahan band yang dianggotai enam anggota dengan himpunan lagu terbaik dan popular menerusi koleksi lebih 20 albumnya. Kali terakhir Alleycats, satu-satunya artis residen Universal Music (M) Sdn Bhd mengadakan konsert besar di negara itu 35 tahun lalu.


Menurut penyanyi utamanya, Datuk David Arumugam peluang beraksi di negara itu sememangnya dinantikan mereka biarpun jarang mengadakan konsert berskala besar selepas Konsert Sampaikan Salam di Istana Budaya, Kuala Lumpur, September lalu.


“Kami pernah menjayakan persembahan di Singapura, sekitar 1976. Ketika itu di National Theater Singapura malah bangunan itu juga sudah tiada lagi.

“Kami teruja dan gembira diundang menjayakan per�sem�bahan di dewan yang berprestij di negara itu. Biarpun sering berkunjung ke Singapura untuk mengadakan persembahan di kelab dan tempat terbuka tetapi konsert kedua ini sungguh istimewa,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media di pejabat Universal Music, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Walaupun masih terlalu awal mendedahkan mengenai bentuk persembahan dan lagu yang bakal disampaikan, David yang bakal menjalani penggambaran filem Hantu Gangster tidak lama lagi memaklumkan sudah bersedia menghiburkan peminat dengan pelbagai himpunan lagu selain beberapa kejutan bakal dilakukan menerusi persembahan itu.

“Persembahan dijangka berlangsung dua jam dan kami bersedia dengan lebih 20 lagu pada persembahan itu. Saya juga tidak menolak jika peminat meminta menyanyikan lagu yang tiada di dalam senarai pada konsert itu nanti,” katanya.

Pengarah Perunding Raistar Entertainment, Fahmi Rais berkata, pihaknya berbesar hati dapat membawa Alleycats ke Singapura kerana kumpulan itu mempunyai ramai peminat. Menerusi tinjauan yang dilakukan, ramai peminat ingin melihat Alleycats beraksi di Singapura.

“Alleycats adalah kumpulan legenda dan sudah tentu ramai yang menantikan persembahan mereka di sana nanti.

“Persembahan itu adalah satu pengiktirafan buat kumpulan ini kerana pihak pengurusan tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana artis membuat persembahan di situ melainkan mereka benar-benar popular dan mempunyai pengaruh kuat,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, wakil pihak pengurusan Raistar Entertainment serta wakil Universal Music, Mujahid Abdul Wahab dan Azalinor Abdul Rahman. Tiket menyaksikan konsert ini boleh dibeli menerusi laman web www.sistic.com.my.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the rest here:
Nostalgia Alleycats

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Nostalgia Alleycats” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>