Skip to Content

Memartabat tarian jalanan

Submitted by on October 5, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

PROGRAM realiti Showdown 2011 menutup gelanggang pertandingan pada Julai lalu dengan kemenangan memihak kepada Elecoldxhot.

Namun, kehangatannya masih lagi dirasai apabila Showdown Street Fest 2011 mendapat sambutan yang hebat daripada peminat setia program ini dan penggemar budaya hip hop.

Diadakan di pusat beli-belah 1Utama, lebih 8,000 pengunjung berkumpul di parkir memeriahkan aktiviti berkenaan.

Baru-baru ini, Showdown Street Fest 2011 kembali lagi untuk kali kedua dengan matlamat memartabatkan dan memberi pendedahan kepada budaya ‘street dance’ sekali gus memberi peluang kepada golongan muda untuk menunjukkan bakat masing-masing.


Acara jalanan ini juga diadakan sebagai tanda terima kasih atas sokongan terhadap peminat program realiti Showdown 2011. Bagi peminat hip hop, mereka menjadikan tempat ini sebagai landasan untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam seni tari dan melukis grafiti.


Bermula pada jam 10 pagi sehinggalah pada acara kemuncak berakhir pada 11.30 malam, kebanyakan pengunjung yang hadir adalah daripada golongan muda yang tampil berpakaian sesuai dengan tema tarian jalanan.

Empat acara yang dijalankan serentak selama program ini diadakan iaitu di pentas utama, Show Off Stage, Booth A dan Booth B.

Memeriahkan acara pada sebelah malam, Hafiz Hatim yang juga DJ FlyFM menjadi pengacara di pentas utama. Hafiz yang menjadi pengacara Showdown bagi musim pertama dan kedua, nyata cukup teruja bertemu kembali dengan kru Showdown 2010 dan 2011.

“Tahun lalu, masyarakat kelihatan keliru dengan namun pada tahun ini mereka lebih terbuka menerima budaya ‘street dance.’ Kita dapat melihat reaksi dan respons yang memberangsangkan daripada peminat yang hadir.

“Mereka yang hadir lebih bersedia dan teruja untuk menimba ilmu serta pengalaman baru dalam Showdown Street fest 2011. Ini adalah peluang yang baik untuk pencinta seni tari khususnya tarian jalanan,” katanya.

Pelbagai aktiviti yang dapat dilihat sepanjang berlangsungnya acara itu, ‘Bboy Battle’, ‘Hip Hop Fashion Show’, bengkel ‘Hip Hop and Street Dance’ yang mendapat bimbingan nama besar dalam industri.

Empat elemen penting yang ada dalam budaya ‘Street Dance’ dan ‘Hip Hop’ adalah Master of Ceremony (MC), DJ, breakdance dan juga penulisan grafiti. Menerusi bengkel yang diadakan di Booth A dan Booth B, penyertaan yang dibuka secara percuma ini memberikan maklumat dan tip berguna kepada peminat tarian jalanan.

Penyanyi hip hop terkenal Point Blanc yang menganggotai kumpulan Poetic Ammo turut menyerikan acara itu de�ngan berkongsi tip dan memberikan ceramah da�lam ‘Career Talk: Hip Hop 4.’

Baginya, peluang yang diberikan itu amat bermakna kerana dia tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pendedahan pada awal pembabitannya dalam dunia hip hop.

“Saya tidak mempunyai peluang seperti ini di awal kemunculan dulu. Generasi muda ini seharusnya bersyukur kerana sangat bertuah menimba ilmu dan dapat mempamerkan bakat mereka dalam Showdown.

“Saya berharap segala yang saya kongsi dengan peserta bengkel ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Segala yang dikongsikan adalah dari perspektif saya sendiri sebagai penyanyi hip hop,” katanya.

Acara kemuncak Showdown Street fest 2011 tentunya adalah bahagian yang paling ditunggu-tunggu pengunjung kerana semua artis yang tampil nyata bukan calang-calang. Persembahan menarik dari artis berbakat seperti Sona One, Hunny Madu, Shawn Lee, Nadhira, Shazet, SSK, Arabyrd, Nigel Sparks bersama Point Blanc mendapat tepukan yang gemuruh.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

View original post here:
Memartabat tarian jalanan

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Memartabat tarian jalanan” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>