Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
DIA menganggap dirinya sangat bertuah kerana mendapat didikan pengarah yang berpengalaman. Noor Melia Aimiellia Zaidi, atau nama manjanya, Melia, 18, ternyata cukup berbangga apabila diterima berlakon di bawah arahan Othman Hafsham untuk filem komedi romantik Karipap-Karipap Cinta.
Walaupun filem itu tidak mencapai tahap ‘box-office’, Melia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat menimba pengalaman yang banyak daripada Hafsham dan bergandingan dengan pelakon lebih ‘senior’ dalam filem itu.
Selain itu, satu perkara yang penting, dia mendapat rezeki daripada kerjaya itu untuk membantu keluarganya yang bukannya berasal dari golo�ngan berada.
“Pengalaman berlakon filem Karipap-Karipap Cinta sungguh menyeronokkan. Saya gembira kerana dapat menimba pengalaman daripada pengarah yang saya kagumi dan dikenali dengan filem yang hebat seperti Adik Manja, Mekanik dan Soal Hati.
“Saya juga tidak ada masalah berlakon dengan Gambit (pelakon utama yang berpasangan dengannya dalam filem itu) kerana Gambit seorang yang profesional dan baik orangnya,” ujar Melia kepada Harian Metro dalam satu sesi fotografi di Balai Berita, baru-baru ini.
Namun, kata Melia, dia agak terkedu apabila dituduh cuba menjatuhkan imej wanita Muslimah ketika membawa watak Sarah, graduan Universiti Al-Azhar dalam Karipap Karipap Cinta.
“Sebagai pelakon saya hanya mengikut kehendak skrip dan arahan pengarah.
Keputusan bagaimana imej mahupun bentuk karakter saya itu bukan terletak
di tangan saya. Namun selepas saya fikir, saya tidak perlu rasa tertekan kerana ia hanya pandangan segelintir pihak. Sekurang-kurangnya mereka menonton filem pertama lakonan saya itu,” katanya yang pernah membintangi telefilem Baju Raya Mona dan Ampunkan Daku.
Melia sedar ‘sambutan sendu’ ke atas Karipap-Karipap Cinta, namun itu tidak sekali-kali melemahkan semangat�nya untuk terus mara.
“Mungkin itu belum lagi saat kemuncak dalam kerjaya seni saya. Di sebalik bermacam komen yang didengar, saya semakin bersemangat menjadi pelakon dan akan terus berjuang dalam industri yang mencabar ini. Saya memang terhutang budi kepada Hafsham,” katanya.
Apa yang jelas, kejayaan Melia mendapat watak utama dalam Karipap-Karipap Cinta itu berjaya menepis panda�ngan sinis segelintir pihak yang sebelum ini menjeling rendah terhadap keupayaannya.
Ibunya, Norita Abdul Basit juga sempat memberikan komen ketika diajukan pertanyaan mengenai pahit maung Melia sebagai seorang anak seni.
“Kami bukannya dari keluarga senang. Kami juga sedar rezeki tidak akan datang bergolek dan kita mesti berusaha dari bawah. Memandangkan Melia benar-benar mahu menjadi pelakon dan mengasah bakatnya, saya akan memberi restu dan sokongan. Pada masa yang sama, saya akan cuba memberikan nasihat kepada Melia untuk berdepan dengan setiap cabaran. Maklumlah dia masih lagi remaja,” kata ibunya.
Bagi Melia, keluarga sangat penting kepada dirinya, tambahan pula dia mempunyai seorang adik yang kurang upaya.
“Sebab itulah saya mahu bekerja dan membantu keluarga saya,” katanya yang mempunyai raut wajah jelita dan nampak lebih matang daripada usia sebenar.
Cinta gadis kelahiran Sentul, Kuala Lumpur ini terhadap dunia seni bermula seawal usia 16 tahun. Neneknya, pelakon veteran, Kamalia Mat Dom adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ke industri hiburan ini.
Walaupun baru setahun jagung bergelar anak seni, industri hiburan sudah banyak mengajar Melia selok-belok dan ‘permainan’ dunia hiburan. Cabaran mula dianggapnya sebagai satu motivasi diri untuk membina tahap kerjaya yang lebih mantap.
Dulu, Melia pernah ditawarkan untuk merakam�kan ‘single’ oleh komposer Izwan Talhah, tetapi dia terpaksa menolak tawaran itu kerana bidang nyanyian memerlukan modal ringgit dan komitmen yang tinggi.
“Selepas habis persekolahan, bidang lakonan adalah punca rezeki kami sekeluarga. Setakat ini masih belum terfikir untuk menyambung pelajaran, biarlah lakonan menjadi fokus utama saya buat masa terdekat ini,” katanya.
Melia akui, dia juga tidak dapat lari dari menjadi mangsa cemuhan dan kritikan, tetapi sentiasa bertenang dan mengambilnya dari sudut positif.
“Ada yang cakap saya jenis gadis yang suka bersosial dan ada juga yang melabelkan saya sebagai anak mak. Tidak kurang juga yang tuduh saya sombong.
“Bagi saya, apa juga yang orang cakap, itu hanyalah pandangan mereka. Mungkin sebab mereka belum kenal saya dengan rapat. Apa yang boleh saya katakan, ketika di lokasi penggambaran, saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih banyak mendiamkan diri. Kalau berkawan dengan rakan artis pun sekadar di lokasi saja,” katanya.
Ditanya mengenai sokongan daripada keluarga, Melia akui ibunya bukan saja berperanan sebagai pengurus, tetapi juga menjadi rakan karib dalam mengekang tohmahan negatif yang dilemparkan kepada mereka.
“Memang buat masa ini ibu akan sentiasa bersama saya. Lebih senang ibu ada bersama kerana ibu lebih memahami diri saya,” katanya .
Melia mengulas lanjut, dia lebih banyak melakonkan watak yang lebih matang dari usianya. Jika diberi peluang, dia juga mahukan watak remaja dan antagonis untuk mengembang�kan lagi bakat lakonannya sedia ada.
PROFIL
Nama penuh: Noor Melia Aimiellia Zaidi
Panggilan: Melia
Tarikh lahir: 7 November 1993
Usia: 18 Tahun
Asal: Sentul, Kuala Lumpur
Keluarga: Anak sulung daripada dua beradik
Hobi: Memasak
Idola: Fauziah Datuk Ahmad Daud, Scha Al-Yahya, Erra Fazira
Kerjaya: Pelakon
Filem: Karipap-Karipap Cinta
Drama: Ampunkan Daku, Silap Menghitung, Kalau Hati Sudah Suka, Menanti Hujan Teduh
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
See the article here:
Matang sebelum usia
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, blue, firefox, harian-metro, karipap-cinta, kongsi-artikel, melia, rap, sakit-puan












No Responses to “Matang sebelum usia” Leave a reply ›