Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PERSAINGAN Ustazah Pilihan (UP) nampaknya semakin sampai ke penghujung apabila berbaki tiga minggu lagi untuk perhitungan kemuncak yang dijangka berlangsung awal Disember ini. Malah, hanya lima peserta bersaing pada minggu ketujuh lalu.
Bahkan, nasib tidak menyebelahi Siti Fatimah Mohd Sharif atau UP Fatimah, 21, yang tersingkir selepas gagal menyerlah serta memperoleh markah terendah.
Justeru, apakah faktor utama yang menghalang kemaraan UP Fatimah untuk bersaing?
Mursyidahnya, Zawiah Hassan berkata, faktor mendorong penyingkiran UP Fatimah adalah pemarkahan diperolehnya.
Beliau berkata UP Fatimah bukan tidak bagus tetapi pemarkahan teori dan amalinya kurang untuk dia terus bertahan.
“Selepas ramai peserta tersingkir, semakin jelaslah matlamat UP yang mencari pendakwah wanita terbaik untuk diketengahkan kepada masyarakat. Berdakwah bukan perkara mudah dan sewajarnya kebolehan dimiliki itu harus diasah dan dipupuk.
“Bagi menjadi pendakwah wanita berjaya, kesabaran adalah senjata utama serta tidak boleh mudah putus asa atau patah semangat. Ini kerana, tidak semua individu yang didengari masalah mereka mudah memberi kerjasama dan pendakwah perlu bersedia.
“Dalam soal ini, saya dapati individu yang berkongsi kisahnya bersama UP Fatimah ketika kunjungan peserta Ustazah Pilihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Bachok, Kelantan untuk melaksanakan tugasan amali itu tidak membantunya.
“Segala persoalan diajukan, tidak dijawab sebaiknya hingga UP Fatimah dilihat kurang bersemangat. Apapun, saya mengharapkan UP Fatimah lebih bersedia selepas ini dalam menghadapi realiti berdakwah yang sebenarnya dengan masyarakat umum,” katanya.
Menurut awiah, aspek pendakwahan dalam era serba maju dan moden sekarang sangat mencabar.
Katanya, ia sama sekali jauh berbeza dari zaman permulaan dia menjadi pendakwah dulu. Ujar beliau, masalah dihadapi dulu rasanya tidak sehebat sekarang.
Menyentuh soal, empat peserta yang masih bersaing iaitu UP Hidaya yang berada di tangga pemarkahan teratas, diikuti UP Firuz, UP Fira dan UP Siti, katanya secara keseluruhan boleh dikatakan kesemua mereka sudah menunjukkan peningkatan besar.
“Mereka semakin bagus dalam berdakwah. Sehinggakan perbezaan markah tidak terlalu ketara. Jadi, terus sukar untuk saya membuat pilihan siapakah antara mereka yang kekal ini akan bersaing di malam kemuncak nanti,” katanya.
Menyorot tugasan di Puspen bertemakan ‘Wanita dan Racun Dunia’ itu, peserta perlulah mendalami isi hati dan mengenali lebih dekat penghuni pusat serenti terbabit sebelum pembentangan harus dibincangkan bersama tenaga pengajar di Raudhah.
Mewakili markah sebanyak 20 peratus, pentas Rudhah minggu ketujuh lalu diterajui Dr Robiah K Hamzah sebagai Mudirah bersama Zawiah dan Prof Dr Muhaya Mohamad selaku Mursyidah. Tidak ketinggalan, pengacaranya Siti Rohani Surani.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
More here:
Markah tak cukup
- Category: Media
- Tags:bimbingan, metro, opera, rap, sakit-puan, sertai-komuniti-mymetro, versi-mobile, video












No Responses to “Markah tak cukup” Leave a reply ›