Skip to Content

Makna mesra Megan dan Naqib

Submitted by on October 11, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

KEMESRAAN dan hubungan rapat antara dua penyampai 8TV Quickie, Naqib Nadhir Shamsuri, 25, dan Megan Tan Yue Mei, 23, ini ibarat belangkas. Di mana ada Megan di situ kelihatan Naqib.

Itulah yang dapat disaksikan sepanjang empat hari pelayaran dengan kapal mewah Star Cruise Superstar Libra dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi, Thailand pada 18 hingga 21 September lalu.

Bagaimanapun, apabila perkara itu ditanyakan kepada mereka, jawapan selamat diberikan, mereka hanya kawan dan tidak lebih dari itu.

Malah, Megan dan Naqib ada cerita menarik mengenai pertemuan pertama mereka pada awal November 2009.


Kata Megan, ketika itu mereka sama-sama berada dalam lif di Sri Pentas, Bandar Utama. Ternyata mereka menuju ke lokasi sama iaitu uji bakat pencarian penyampai 8TV Quickie.


“Sri Pentas adalah lokasi terakhir dan saya mencuba nasib atas galakan ayah saya yang memaklumkan mengenai uji bakat itu. Ternyata saya dan Naqib dipilih ke peringkat Top 6.

“Ketika proses memilih dua pemenang, kami semua ditanya siapa yang dirasakan layak. Dalam hati, memang saya rasa Naqib ada peluang, tapi saya memberikan jawapan orang lain.

“Ternyata Naqib juga punya perasaan sama kerana rasa saya ada peluang untuk menang, tapi memberikan nama orang lain. Apabila keputusan diumumkan, ternyata ia milik kami berdua.

“Bermula Januari 2020, kami mula menjadi rakan sekerja untuk mengendalikan 8TV Quickie. Tapi saya tidak hanya diganding–kan dengan Naqib sebaliknya bergilir dengan lima penyampai senior, Prem, Zher, Julie Voon, Adam dan Ryan,” katanya.

Megan yang baru menamatkan pengajiannya di SeGi University College dalam jurusan psikologi dan komunikasi pada akhir tahun lalu mengakui bidang pengacaraan bukan baru baginya kerana pernah mengendalikan Golden Kids Club (RTM) ketika usia 10 tahun dan banyak buat iklan komersial.

“Memang saya tiada masalah berhadapan dengan kamera kerana sudah biasa sejak kecil, tetapi apabila menjadi keluarga 8TV Quickie, ia satu cabaran yang besar kerana ia secara langsung dan tidak ada skrip.

“Cara penyampaian bergantung kepada kreativiti sendiri dan apa saja boleh berlaku seperti kesilapan yang boleh memalukan. Tapi setakat ini komen yang saya terima bagus dan ada juga yang komen sebaliknya.

“Saya anggap ia sebagai kata-kata semangat untuk memperbaiki diri dan waktu sama sedar saya tidak mampu memuaskan hati semua orang,” katanya.

8TV Quickie yang ke udara setiap hari bermula jam 9.30 malam selama 1 minit, jam 10.30 malam selama minit manakala jam 11.30 malam selama 15 minit turut berkongsi pengalaman Megan dan Naqib bercuti di kapal Superstar Libra.

Sepanjang empat hari pelayaran itu, Megan dan Naqib dibantu lima kru diketuai Penolong Penerbit 8TV Quickie, Muhamad Helmi Yahya untuk merakamkan pengalaman menarik mereka di Phuket dan Krabi.

Kata Megan, sebelum ini dia diberi tugas menemu bual pelakon Harry Potter di London, Julai lalu.

Katanya, ia pengalaman yang cukup mencabar kerana dia pergi sendirian dan pulang dengan membawa rakaman temu bual itu untuk tatapan penonton 8TV Quickie.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 17 Mei 1988, tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur, Megan mengakui ibu bapanya tidak menghalang minatnya dalam dunia seni sebaliknya memberi kebebasan asalkan menamatkan pelajaran.

Megan membuktikan dirinya mampu mencapai kejayaan dalam akademik apabila lulus cemerlang kelas pertama dengan kepujian dan bercadang me–nyambung pelajaran, tetapi akan dilakukan pada masa sesuai kerana ketika ini mahu merebut peluang menjadi pengacara dan berlakon.

Lakonan terbarunya dapat disaksikan melalui telefilem Sakura yang dihasilkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan, baru-baru ini dan disiarkan di TV3 pada 31 Ogos lalu.

“Saya memang minat berlakon, tetapi keutamaan saya ialah mengacara. Sakura juga bukanlah lakonan pertama saya kerana pernah membintangi filem CE1 arahan Aziz M Osman tiga tahun lalu namun hingga kini filem itu belum ditayangkan. Saya juga berlakon filem Apocalyps arahan Mamat Khalid, tetapi watak kecil saja,” katanya.

Dalam Sakura arahan Datuk Rosnani Jamil, Megan memegang watak Sakura, gadis Jepun yang datang ke Malaysia atas permintaan datuknya supaya mencari keluarga Melayu yang pernah berbudi kepadanya ketika bertugas sebagai tentera Jepun dan Tanah Melayu.

Turut berlakon bersama Megan ialah Shahz Jazle dan penggambaran berlangsung 10 hari di Melaka, Port Dickson dan juga sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu Naqib yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 Jun 1986, lebih cenderung kepada muzik dan juga penulisan skrip dan lirik serta mempunyai kumpulan muzik, Dose 2 (duo) bersama rakannya, Sayla.

Walaupun sibuk dengan kerjanya di IBM, anak muda lulusan KDU College ini turut menjadi pengacara majlis dan juga menjayakan persembahan bersama Dose 2.

Mereka juga bakal muncul dengan album Ordinary Heroes tahun depan dengan lagu yang mempunyai lirik serius mengenai kritikan sosial.

Mereka kini mempunyai 20 lagu dan akan buat pilihan 14 terbaik untuk dimuatkan dalam album mereka nanti.

Naqib juga mencuba lakonan apabila membintangi Dramady untuk 8TV memegang watak Leman.

Katanya, kali pertama berlakon tahun lalu memang kaku, tetapi banyak perubahan untuk sekuelnya tahun ini dan turut mendapat komen positif dari penonton.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

View original post here:
Makna mesra Megan dan Naqib

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Makna mesra Megan dan Naqib” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>