Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
NAMA mereka cukup besar dan kerana itu pe�nganjur konsert tempatan yang sebelum ini berjaya me�nganjurkan konsert Rossa di sini, Splendid Entertainment yakin kumpulan Funk & Soul dari negara jiran Indonesia, Maliq & D’Essentials mampu menggegarkan KL Live.
Melihat kepada kemunculan mereka sebanyak lima kali dalam Festival Java Jazz Antarabangsa Jakarta sejak 2005 menyebabkan mereka dikenali bukan saja di negara sendiri, tetapi juga rantau Nusantara.
Dalam erti kata lain, walaupun tidak popular seperti kumpulan Ungu mahupun Sheila On 7 (S07), kredibiliti kumpulan itu sangat dihargai peminat terutama dalam genre muzik yang ditampilkan.
Penolong Pengurus Splendid Entertainment, Shaun Chin berkata, setakat ini sambutan diberikan peminat tempatan terhadap konsert Maliq & D’Essentials, yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember bermula jam 8.30 malam sangat menggalakkan.
Katanya, anggota kumpulan Maliq & D’Essentials iaitu Angga selaku vokalis utama, Indah (vokal), Ifa (keyboard), Javafinger (bass), Lale (gitar) dan Amar (horn) tidak sabar mahu menghiburkan peminat setia mereka.
“Mereka juga kini sedang melakukan latihan intensif bagi memastikan perancangan untuk persembahan pada malam itu nanti berjalan lancar. Apa yang penting bagi anggota kumpulan Maliq & D’Essential peminat yang hadir menyaksikan persembahan pada malam itu akan pulang dengan senyuman lebar dan puas menikmati muzik ditampil�kan,” katanya.
Pada malam itu nanti, Maliq & D’Essentials akan memper�sembahkan lagu hit yang mampu membuai perasaan peminat mereka di sini seperti Terdiam, Untitled, The One, Heaven, Free Your Mind, Sunshine, Dia dan Kau Yang Bisa.
Tidak ketinggalan lagu berirama rancak pop dan acid jazz seperti Pilihanku dan Coba Katakan serta lagu pilihan daripada album terbaru yang sudah diedarkan tahun lalu dan popular seperti Terlalu dan Menari turut berada dalam senarai bakal dipersembahkan nanti.
Kata Shaun, pihaknya juga sudah memperoleh senarai pendek kumpulan muzik tempatan berbakat yang berpeluang memenangi hadiah iaitu mengadakan persembahan sebagai pembuka tirai konsert itu nanti.
Pertandingan itu dibuka menerusi laman web dan dianjurkan bersama JunkOnline. Ia bertujuan bagi membolehkan mereka yang meminati bidang muzik mencipta nama.
Penyertaan dibuka pada 27 Oktober hingga 20 November lalu dan menariknya apabila Maliq & D’Essentials sendiri akan memilih pemenang daripada lima kumpulan yang memperoleh undian online tertinggi. Pengumuman kumpulan manakah yang berjaya akan diadakan beberapa hari sebelum konsert berlangsung.
Sementara itu, jualan tiket untuk menyaksikan persembahan Maliq & D’Essentials masih dibuka kepada orang ramai. Mereka yang mahu mendapatkannya boleh mengunjungi kaunter jualan tiket TicketCharge dan AirAsiaRedTix atau melayari laman sesawang di www.ticketcharge.com dan www.airasiaredtix.com.
Seribu pembeli pertama akan mendapat diskaun 15 peratus. Harga tiket yang standard adalah RM98 dan harga jualan tiket tidak termasuk bayaran pemprosesan RM3.
Bagi pembaca setia Harian Metro, anda berpeluang memenangi dua tiket untuk menyaksikan konsert Maliq & D’Essentials secara percuma. Sebanyak 20 tiket untuk dua orang disediakan.
Mereka yang berminat boleh melayari mechanism@www.facebook.com/splendid8. Anda hanya perlu menekan ‘like’ dan beritahu mengapa anda meng�gemari Maliq & D’Essentials dengan tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Mereka yang berjaya menghasilkan komen paling kreatif berpeluang memenangi tiket disediakan. Peraduan ini bermula 4 Disember dan akan berakhir 11 Disember ini.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read more here:
Mahu peminat puas
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, entertainment, festival, harian, harian-metro, kongsi-artikel, mahu-peminat-puas, maliq, news, rap, versi-mobile












No Responses to “Mahu peminat puas” Leave a reply ›