Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PENAMPILANNYA menerusi sinetron Safa dan Marwah, Nikita dan terbaru, Putri Yang Ditukar kini rancak disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang semakin menyerlahkan bakat lakonan bintang remaja Indonesia, Nikita Purnama Willy atau Nikita, 17.
Lakonan gadis kelahiran Jakarta, yang sopan dan penuh emosi sebagai Amira dalam sinetron yang mula disiarkan sejak 27 September lalu, menunjukkan kematangan dalam membawakan watak. Penampilan Nikita sekali lagi menarik perhatian dan sebutan peminat sinetron tanah air.
Penerima Anugerah Artis Paling Digemari Peminat pada Anugerah Panasonic Gobal dua tahun berturut-turut itu membuktikan usia bukan halangan buatnya melakonkan watak yang lebih dewasa.
Seperti lakonan, sisi peribadi gadis genit ini turut mendapat perhatian ramai. Terutama selepas tersebarnya beberapa gambar seksi seterusnya gambar berparti bersama teman lelaki yang disebarkan di ruang maya membuatkan ada yang melabelkan Nikita semakin remaja liar dan gemar bersosial.
Kesempatan bertemu gadis comel pada sesi fotografi khas di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini yang diatur pengurusan syarikat rakaman, NSR dan Ketua Bahagian Melayu NSR, Anthony KH Gan memberi ruang untuk membalas tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Anggun mengenakan gaun berona hitam, penampilan ringkas Nikita pada malam itu tanpa mengundang perhatian orang ramai yang berada di ruang lobi hotel berkenaan. Walaupun kepenatan, Nikita tetap memberikan pose manja berdepan lensa kamera.
Mengulas tuduhan itu, Nikita menganggap ia sebagai gosip biasa dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Apa yang lebih penting buatnya, dia tahu apa yang berlaku dan begitu juga ibu bapanya yang sering memberi sokongan.
“Saya sering ditemani ibu sebagai pengurus jika terbabit dalam aktiviti seni. Paling tidak teman rapat atau penerbit malah ibu bapa juga tahu ke mana saja saya pergi.
“Gambar-gambar seperti yang disebarkan di Internet itu hanya gambar biasa dan saya sendiri tahu batasannya. Tidak timbul langsung soal saya semakin liar atau gemar bersosial,” katanya.
Nikita yang mula berlakon sejak usia lapan tahun, dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Bara Tampubolon dan terbaru, bersama pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Diego Michiel.
Kata Nikita, dirinya masih solo biarpun mempunyai ramai teman lelaki. Buat masa ini dia mahu menumpukan bidang seni terlebih dahulu.
Nikita akui, pembabitannya dalam dunia seni pada awalnya tidak mempunyai perancangan untuk terbabit dalam dunia hiburan. Namun selepas diberi peluang oleh bapa saudaranya yang mengambilnya sebagai pelakon iklan dan terjun dalam bidang peragaan pada zaman kanak-kanak, membuatkan dirinya semakin berani untuk menceburi dunia lakonan.
Apa pun kata Nikita, dia menaruh impian bergelar doktor suatu hari nanti dan lebih selesa terbabit dalam lakonan berbanding nyanyian. Memandangkan didedahkan dalam lakonan sejak kecil jadi tidak timbul banyak masalah ketika terbabit dalam penggambaran.
“Jika menyanyi saya masih ada perasaan gementar dan boleh dianggap masih baru berbanding lakonan. Begitupun saya sentiasa ingin mencuba apa saja yang membabitkan bidang seni.
“Saya sentiasa meletakkan sasaran melakukan yang terbaik terhadap kerjaya yang diceburi. Alhamdulillah, usaha saya berbaloi apabila menerima anugerah Artis Paling Digemari pada Anugerah Panasonic Globel yang saya idamkan sejak kanak-kanak lagi.
“Namun saya masih belum puas dan mahu berusaha tampil dalam seberapa banyak sinetron dan filem yang boleh, seterusnya menambah koleksi anugerah,” katanya.
Nikita yang turut ditemani produsernya, Natasha Lam, bangga kerana lagu nyanyiannya dipilih sebagai runut bunyi sinetron Putri Yang Ditukar. Lagu Kutetap Menanti mencatat sejarah sebagai muat turun nada dering tertinggi melebihi satu juta. Sinetron berkenaan juga mencatat jumlah penonton tertinggi di kalangan stesen televisyen nasional Indonesia.
Katanya, jadualnya sangat padat untuk menyiarkan Putri Yang Tertukar yang mempunyai lebih 200 episod hingga selama hampir dua bulan tidak berehat.
Selepas promosi single terbaru, Lebih Dari Indah di Kuala Lumpur, Nikita yang gemar membeli belah dan melancong mempunyai perancangan untuk menjelajah seluruh Asia selain memikirkan untuk bercuti di Amerika Syarikat jika semuanya berjalan lancar.
Mengenai nyanyian, Nikita yang sudah mempunyai lima lagu iaitu Kutetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur (lagu Ramadan), Maafkan dan lagu duet bersama Oskar Mahendra, mempunyai perancangan menghasilkan album penuh selewat-lewatnya Januari depan.
“Setakat ini album saya sudah hampir 80 peratus siap. Saya sudah mempunyai lima lagu dan mungkin tambahan untuk satu atau dua lagi lagu untuk melengkapkan album penuh.
“Jika tiada aral, album penuh dijangka siap awal tahun depan. Siapa tahu jika ada rezeki saya dapat mempromosikan album pertama saya di Malaysia,” katanya.
PROFIL
NAMA PENUH: Nikita Purnama Willy
NAMA KOMERSIL: Nikita Willy
TARIKH LAHIR : 29 Jun 1994
TEMPAT LAHIR : Jakarta, Indonesia
ADIK-BERADIK : Anak pertama daripada dua beradik
KAREIR: Model, pelakon dan penyanyi
IKLAN: Choki Choki, Bank BNI, Lip Ice, Fruitamin, jam tangan Alba, kosmetik Pigeon
SINETRON: Bulan Bintang, Roman Picisan, Ratu Malu dan Jendral Kancil, Pengantin Remaja, Si Cecep, Pacar Pilihan, Mak Comblang Jatuh Cinta, Habibi dan Habibah, Nikita, Safa Marwah, Mr Olga, Putri Yang Ditukar
FILEM: Married By Accident, Bestfriend dan Tertipu Laris Manis
LAGU: Ku Tetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur, Maafkan dan Pantas Untukku duet bersama Oskar Mahendra
PENCAPAIAN: Artis Paling Digemari di Anugerah Panasonic Global 2010 & 2011, Artis Paling Digemari Anugerah Nickelodeons Kids 2010 dan Selebriti Terbaik Telefon Bimbit Telkomsel 2010
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
See the original post here:
Mahu bergelar doktor
- Category: Media
- Tags:anugerah, artis-paling, hotel, internet, kuala-lumpur, kutetap-menanti, lebih-dari, nikita, nikita-purnama, oskar-mahendra, putri-yang, wikileaks












No Responses to “Mahu bergelar doktor” Leave a reply ›