Skip to Content

Libasan sederhana

Submitted by on October 6, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

ANTARA teraju utama dalam Libas.

ANTARA teraju utama dalam Libas.

MDAG rancang hasil filem daripada animasi Kluang Man

SELEPAS hampir seminggu menjengah pawagam, filem aksi komikal Libas terbitan syarikat baru, MDAG, yang membariskan Rosyam Nor, Scha Alyahya, Johan Raja Lawak serta ramai lagi pelakon hanya mampu memungut sebanyak RM800,000.

Walaupun belum mencecah kutipan RM1 juta, syarikat yang menerbitkan filem berkenaan masih meletakkan harapan tinggi kerana filem berkisar mengenai permainan takraw itu menerima komen baik daripada mereka yang sudah pun menontonnya.

Penerbitnya, Rosdi Yusof, berkata berdasarkan tinjauan dilakukan pihaknya, rata-rata penonton yang sudah menyaksikan filem berkenaan berpuas hati dengan jalan cerita filem arahan Jurey Latiff Rosli itu.

Malah, pihak pempamer turut menyatakan perkara sama, membuatkan masing-masing terkejut dengan jumlah kutipan kasar filem berkenaan yang kurang memberangsangkan.

“Sebagai syarikat yang baru menceburi dunia perfileman, saya menganggap jumlah berkenaan sebagai satu kejayaan. Bukan senang untuk sebuah syarikat baru memperoleh kutipan sedemikian. Malah ada filem daripada syarikat baru yang tak sempat pun memasuki panggung.

“Walaupun kutipan agak perlahan sesudah seminggu memasuki pawagam, saya masih mengharapkan peningkatan dari segi kutipan. Datuk Yusof Haslam yang menjadi pengedar kami menerusi syarikatnya Skop Production, yakin filem ini mampu mencapai kutipan antara RM1.5 juta hingga RM2 juta.
“Saya berharap apa yang dikatakan Datuk Yusof menjadi kenyataan, memandangkan filem ini akan terus berada di pawagam dalam tempoh dua minggu lagi. Pihak pempamer bersetuju untuk melanjutkan tempoh tayangan setelah perbincangan diadakan,” katanya.

Menurut Rosdi, sebagai ‘orang’ baru, mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan industri perfileman. Kemungkinan pemilihan trailer yang kurang bersesuaian membuatkan penonton tidak tertarik menonton Libas.

“Kita akui tiada pengalaman dalam industri ini, mungkin kerana itu kami kurang tahu trailer bagaimana yang dapat menarik penonton. Trailer yang dipaparkan di kaca televisyen kelihatan serius, jadi orang tidak tahu yang filem kami berunsurkan komedi komikal.

“Kami pula sengaja memilih filem berunsurkan komedi komikal kerana filem komedi kini mempunyai pasaran yang baik. Barangkali kami memerlukan masa untuk menarik penonton ke pawagam menonton Libas. Sama juga seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, filem itu agak lambat panas, tetapi selepas orang menonton sendiri dan tersebarnya cerita mengenai filem itu, barulah ia mendapat sambutan.

“Setakat ini, daripada maklum balas yang kami dapatkan sendiri daripada penonton, tiada yang mengkritik filem ini sebaliknya ramai yang memuji jalan ceritanya. Bukan hendak memuji diri sendiri, tetapi tiada yang keluar dari panggung mengatakan filem ini tidak elok. Mungkin apa yang boleh kami lakukan adalah mengeluarkan satu trailer baru yang mempamerkan adegan komedi untuk lebih menarik penonton ke panggung,” katanya.

Bagaimanapun, pengalaman yang dilalui ini tidak sedikit pun mematahkan semangat MDAG untuk menghasilkan filem pada masa akan datang. Malah mereka kini sudah pun merancang untuk menghasilkan sebuah filem adiwira berdasarkan siri animasi Kluang Man yang cukup popular satu ketika dulu.

Libas yang membariskan Rosyam dan Scha sebagai teraju utama mengisahkan mengenai Adnan Saladin, seorang pakar libas dalam permainan takraw. Dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia.

Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan, terutamanya pasukan Siam (Thailand).
Kecederaan yang berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Adnan gagal menampan libasan kuat pemain Siam lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan menyalahkan Adnan kerana kekalahan itu sehingga sanggup memutuskan pertunangan anaknya, Ratna, dengan Adnan.


This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

See more here:
Libasan sederhana

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Libasan sederhana” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>