Skip to Content

Lelaki Seperti Aku

Submitted by on October 18, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

MEMASUKI gerbang 21 tahun pada tanggal 19 September lalu, bererti dirinya semakin menghampiri alam dewasa berubah menjadi lelaki sejati.

Menyedari, dunia remaja yang penuh warna semakin lucut bersama hari-hari mendatang turut mempengaruhi pemuda lincah ini dalam pemilihan lagu dimuatkan menerusi album keduanya, Lelaki Seperti Aku yang menampilkan sisi matang seorang insan bernama, Alif Satar.

Masih bertunjangkan muzik ‘mesra pendengar’ namun, cabaran pembikinannya bagi Alif tetap ada. Konflik dihadapi adalah untuk memastikan perubahan yang dibuat tidak mengetepikan selera pende�ngar cilik.

“Kebanyakan peminat saya adalah kanak-kanak dan remaja. Justeru, dalam keghairahan menghasilkan muzik yang lebih matang, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa lagu yang boleh menembusi pasaran golongan ini.


“Saya amat menghargai mereka kerana golongan ini adalah pembeli terbesar album saya sebelum ini. Jika album pertama ada lagu Jangan Nakal, untuk album ini, Abdul adalah lagu didedikasikan khas buat mereka.


“Abdul ditulis sepenuhnya oleh Panji Sakti menampilkan lirik yang ‘catchy’, mudah diingati serta susunan muziknya yang ‘fun’,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pra�dengar Lelaki Seperti Aku yang berlangsung di pejabat Sony Music, baru-baru ini.

Mengakui ada kepuasan dalam pembikinan album terbaru ini, Alif juga berasa amat terharu kerana sambutan single pertamanya, Lelaki Seperti Aku berjaya menduduki carta tertinggi di beberapa radio tempatan.

“Berbanding single terdahulu, Lelaki Seperti Aku lebih mudah mendapat tempat dan terkini saya dimaklumkan lagu itu sudah beberapa minggu menjuarai carta beberapa radio swasta.

“Tambah mengharukan apabila pelayar laman YouTube membuat klip video mereka sendiri dan menjadikan Lelaki Seperti Aku sebagai lagu latar. Ada video seorang kanak-kanak berusia dua tahun turut menyanyikannya.

“Satu penghormatan buat saya apabila penyanyi Shila Hamzah menyanyikan lagu ini versi perempuan iaitu Gadis Seperti Aku dan meletakkan videonya di laman YouTube. Video itu disaksikan lebih 80,000 orang,” katanya sambil diakui Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Adrian Lim.

Mengakui lirik lagu itu tiada kena-mengena dengan dirinya dan sekadar ekspresi Panji Sakti sebagai penulis lagu berkenaan, menerusi album yang bakal menembusi pasaran pada tanggal 24 Oktober ini, Alif terpaksa me�ngetepikan beberapa perkara yang diinginkan.

Cukup menggemari irama Jazz dan retro, Alif mengalah untuk menghasilkan album yang memuatkan lagu mengi�kut permintaan pendengar.

“Buat album kalau orang tidak beli dan tak dengar tidak guna juga, jadi lebih baiklah saya hasilkan album yang memenuhi selera pendengar. Namun, haruslah memastikan pembikinannya berkualiti.

“Genre lagu yang saya gemar itu boleh dinyanyikan di ‘dinner show’. Apabila suatu hari nanti lagu saya boleh diterima barulah pendekatan yang lebih bersifat peribadi digunakan dalam album.

“Insya-Allah, mungkin beberapa album selepas ini saya bersedia melakukan perubahan dan menghasilkan sesuatu yang sememangnya diinginkan sejak dulu,” katanya.

Terdapat enam lagu iaitu Abdul, Rapuh dan Dalam Sunyi ciptaan Jimmy, Rapuh (Jimi Sofaz) serta sebuah lagu Inggeris iaitu There We Go ciptaan Amirah Ali.
There We Go adalah lagu baru juga yang pertama berbahasa Inggeris dirakamkan.

Turut dimuatkan, lagu ‘cover version’ berjudul Timeless yang pernah dipopularkan Kelly Clarkson dan Justin Guarini termasuk tiga minus one untuk lagu Lelaki Seperti Aku, Abdul dan Timeless.

Bagaimanapun, untuk lagu itu, Alif berkolaborasi dengan seorang bintang YouTube berbakat besar, Julia Abueva. Baru berusia 16 tahun, Julia warga Filipina dan kini menetap di Singapura mempunyai vokal yang cukup memukau.

Beralih topik kepada kerjaya seninya, selain mencipta nama sebagai penyanyi, Alif juga dikenali sebagai pelakon dan pengacara. Baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cuak untuk tayangan setiap Ahad di Astro Ceria, Alif juga terbabit dengan penggambaran telemovie Lari Sayang Lari yang bakal bersiaran di Astro Prima pada 23 Oktober ini.

“Lari Sayang Lari adalah sebuah drama arahan pengarah Jepun yang juga seorang penulis skrip terkenal di Hollywood. Jika sambutannya baik, saya difahamkan ia dikembangkan sebagai sebuah drama bersiri,” katanya.

Bercerita mengenai bidang pengacaraan pula, Alif ketika ini sedang mempersiapkan dirinya kembali ke set program realiti, Idola Kecil 4.

Sambutan yang diberikan peserta ketika uji bakat amat memberangsangkan dengan kehadiran lebih 3,000 peserta. Bukan itu saja, Alif yang me�ngacarakan program ini selama tiga musim mengakui peserta kali ini lebih hebat.

“Ketika uji bakat tempoh hari, bayangkan ada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menyanyikan lagu Adele iaitu Rolling In The Deep sambil bermain gitar.

“Dia berjaya memukau semua orang. Justeru, Idola Kecil tahun ini antara ranca�ngan yang perlu anda saksikan kerana kita semua pasti terkejut melihat kebolehan setiap peserta,” katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Link:
Lelaki Seperti Aku

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Lelaki Seperti Aku” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>