Skip to Content

Konsert reunion XPDC

Submitted by on December 15, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

XPDC merencanakan sebuah konsert reunion tahun depan membabitkan semua bekas anggota dan ahli terkini kumpulan itu. Bagaimanapun, sebelum ia direalisasikan, kumpulan heavy metal Malaysia itu terlebih dulu akan beraksi di Karnival Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) yang bakal menamatkan penjelajahannya di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka pada 17 dan 18 Disember ini.

Dengan menampilkan vokalis asalnya, Mael, XPDC bakal memperdengarkan lagu hit mereka seperti Ntahapaapantah, Semangat Yang Hilang, Hidup Bersama, Apa Nak Dikata dan C.I.N.TA.

“Kami sebenarnya sudah lama tidak mengadakan persembahan seumpama ini yang membabitkan pihak media sebagai penganjurnya dan apabila menerima tawaran daripada pihak Harian Metro, ia ibarat kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

“XPDC berasa cukup terharu dengan peluang yang diberikan. Tatkala ruang terbuka luas kepada artis muda, yang lama seperti kami tidak dilupakan Harian Metro.


“Kami menyeru pada Konsert Gegaria itu nanti peminat XPDC dapat bersama-sama membanjiri Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka untuk memeriahkan acara itu,” kata Mael.


Selain XPDC, Konsert Gegaria yang berlangsung jam 9 malam pada Sabtu (17 Disember) turut menampilkan penyanyi lelaki tersohor, Anuar Zain yang muncul dengan single terbaru, Cinta Harus Memiliki.

Lokasi terakhir KGHM2011 ini umpama sirih pulang ke gagang buat Anuar kerana penyanyi yang popular dengan lagu lelaki Ini, berasal dari Merlimau, Melaka. Ini juga kali pertama Anuar menjayakan KGHM.

Turut memeriahkan konsert, Najwa Latif dan Awi Rafael. Tidak ketinggalan, persembahan daripada Black yang sering mengikuti jelajah karnival itu. Bagaimanapun, kali ini Black tampil berbeza apabila muncul bersama kumpulan Moderate.

“Ini kali ketiga saya terbabit dalam Konsert Gegaria dan sebelum ini membuat persembahan secara solo dan pernah sekali di Pulau Pinang, saya membuat penampilan khas bersama kumpulan Meet Uncle Hussain untuk menyampaikan lagu Drama King dan Lagu Untukmu.

“Berbeza di Melaka, sepanjang persembahan saya akan diiringi kumpulan Moderate. Pada malam itu, mereka yang hadir tidak hanya diperdengarkan lagu hit saya, malah membawakan lagu popular rock seperti She’s Gone dipopularkan kumpulan Steelheart dan Di Alam Fana Cinta (Fotograf).

“Saya juga akan menyanyikan sebuah lagu dangdut. Kalau hendak tahu lagu apa, nantikan persembahan saya nanti,” katanya yang cuba merahsiakan judul lagu berkenaan.

Konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu bakal dikendalikan Along Cham yang akan digandingkan bersama pelakon, Didie Alias.

Selain konsert, seperti biasa ‘booth’ meja hiburan, Rap (Rentak Artis Popular) masih meneruskan program Pencarian Gadis Metro dan Metro Idol. Kedua-dua pertandingan ini diadakan pada 17 Disember.

Pendaftaran Metro Idol yang hanya mengenakan bayaran RM20 dibuka seawal jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Seramai 10 atau lebih peserta (bergantung kepada keputusan juri) yang mengambil bahagian dalam pertandingan Metro Idol akan dipilih ke final diadakan keesokan hari (Ahad), jam 4.30 petang.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM500, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200). Persembahan peserta akan diadili Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan penyanyi terkenal, Alyah yang akan menyampaikan single terbarunya, Pesananmu buat pertama kali.

Pertandingan ala ratu cantik, Gadis Metro pula menawarkan hadiah berupa wang tunai RM250 untuk juara, RM150 (Naib Juara) dan RM100 (tempat ketiga). Pendaftaran pertandingan ini dibuka pada Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 2 petang dan peserta diminta berpenampilan menarik.

Menyerikan aktiviti hari Sabtu di ‘booth’ Rap, tentunya sesi ‘Meet & Greet’ di antara artis dan pengunjung yang membabitkan bintang filem Sesuatu Yang Tertinggal iaitu Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob, jam 3 petang. Diikuti sesi ramah mesra bersama bintang filem Songlap, Syafie Naswip dan Sara Ali.

Satu penghormatan buat Harian Metro selaku penganjur apabila penerima anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular

Berita Harian 2010, Shaheizy Sam turut hadir mempromosikan filem Songlap yang ditayangkan di pawagam mulai hari ini.

Menyentuh aktiviti hari Ahad (18 Disember), Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Zaharil Adzim, Shera Aiyob, Najwa Latif, Awi Rafael dan Kumpulan Forteen akan terbabit dalam acara dinamakan Inflatable Balloon Games jam 9 pagi.

Manakala jam 2.30 petang, aktiviti di booth Rap kembali hangat dengan kemunculan Forteen yang dianggotai empat jejaka kacak, diikuti kumpulan Chocolat dibarisi tiga gadis juga produk sulung di bawah syarikat milik penyanyi Alyah yang popular dengan lagu Kisah Hati. Mereka akan menyampaikan lagu Boomerang.

KGHM2011 sebelum ini melewati beberapa lokasi bermula di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 23 dan 24 Julai sebagai destinasi pertama diikuti Dataran Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan (24 & 25 September), Taman Kubang Gajah, Temerloh, Pahang (29 dan 30 Oktober) dan Dataran Millennium, Kepala Batas, Seberang Prai (19 dan 20 November).

Aktiviti Booth Rap 17 Disember 2011 (Sabtu)

10.00 pagi: Pendaftaran Metro Idol dan Gadis Metro.
11.00 pagi: Pertandingan Metro Idol.
3.00 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Sesuatu Yang Tertinggal. - Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
3.40 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Songlap. - Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali.
4.30 petang: Pertandingan Gadis Metro.
5.40 petang: Penyampaian Hadiah Pertandingan Gadis Metro.
9.00 malam: Konsert Gegaria.

Aktiviti Rap 18 Disember 2011 (Ahad)

9.00 pagi: ‘Inflatable Games’ membabitkan artis dan peminat. Artis yang terbabit- Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Shera Aiyob, Najwa Latif, Awi Rafael dan Kumpulan Fourteen.
10.30 pagi: Penyampaian hadiah.
2.30 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Forteen.
3.10 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Cokelat.
4.30 petang: Final Metro Idol.
5.40 petang: Persembahan Istimewa Juri Metro Idol: Alyah.
6.00 petang: Penyampaian Hadiah Metro Idol.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

More here:
Konsert reunion XPDC

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Konsert reunion XPDC” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>