Skip to Content

Kenang lagu lama

Submitted by on October 1, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

BERDASARKAN kejayaan menerbitkan konsert Inilah Sharifah Aini tahun lalu dan disiarkan di RTM, ZGB Media Sdn Bhd diberikan ruang oleh stesen televisyen milik kerajaan itu menghasilkan rancangan hiburan konsep sama sebanyak 13 episod.

Menggunakan judul Inilah..., rancangan yang mula bersiaran 4 Oktober, setiap Selasa, jam 9 malam di TV1 itu menampilkan penghibur popular era 70-an dan 80-an seperti Khatijah Ibrahim, Latif Ibrahim, Datuk Malik Ridzuan, Zur Eda, Uji Rashid dan Hail Amir, Jay Jay, Francesca Peters, Aris Ariwatan, Azlina Aziz dan Liza Aziz.

Turut serta artis popular tahun 90-an antaranya Adibah Noor, Zamani, Ning Baizura dan Tomok.

Pengarah Urusan ZGB Media Sdn Bhd, Zohara Ghani Mohd. Bathusha berkata rancangan Inilah... bagaimanapun tidaklah sebesar atau sehebat Konsert Sharifah Aini yang diterbitkan sebelum ini memandangkan rancangan Inilah... sebanyak 13 episod ini disiarkan hanya 30 minit.


“Kita boleh buat konsert Sharifah Aini dalam skala besar kerana peruntukkan tayangan diberikan agak panjang. Malah Ramli MS menjadi pengarah muziknya,”


“Dalam siri Inilah... kita menggunakan tujuh orang pemuzik yang menggelarkan diri mereka Chobib’s Project.

“Walaupun tidak ramai ahli muziknya tetapi mereka sangat bagus dan berpengalaman,” katanya.

“Hendak dikira dari sudut kepuasan memanglah tidak puas, memandangkan kekangan tempoh masa siaran rancangan diberikan sangat singkat.

“Disebabkan itu juga setiap artis tidak dapat mendendangkan banyak lagu. Hanya dalam enam atau tujuh lagu.

“Bagaimanapun tumpuan diberikan terhadap persembahan. Mereka juga mengendalikan rancangan itu sendiri,” katanya.

Menjelas lebih lanjut membabitkan pemilihan artis menjayakan program diadakan kata Zohara, ia dilakukan berdasarkan kredibiliti mereka dan memang digemari ramai.

“Tidak dinafikan ada antara mereka menjayakan rancangan Inilah... adalah artis kegemaran saya sewaktu muda.

“Begitupun kekuatan mereka sebagai penyanyi tidak pula kami pandang enteng.

“Contohnya Aris Ariwatan, dia saya sifatkan seorang penyanyi lelaki yang memiliki kekuatan vokal jantan. Sudah lama kita tidak menyaksikan dia mengadakan persembahan dan atas alasan itu juga saya menjemputnya menjayakan rancangan dihasilkan,” katanya.

Adibah Nor juga turut menampilkan kekuatan vokalnya sewaktu menjayakan rancangan ini. Malah peminat juga dapat menghilangkan kerinduan mereka terhadap beberapa penyanyi hebat yang lama menyepikan diri seperti Azlina Aziz dan Liza Aziz.

Ditanya mengenai pembabitan Tomok dalam rancangan ini, kata Zohara, penyanyi utama kumpulan New Boyz itu dipilih berdasarkan pembabitannya yang agak lama dalam industri muzik.

“Seperti umum ketahui, Tomok bukan popular sekarang malah sejak dulu sewaktu dia menganggotai kumpulan New Boyz. Seingat saya, dia sudah mewarnai industri seni tempatan akhir 90-an. Pembabitan Tomok dalam rancangan ini masih sesuai konsep,” katanya.

Zohara turut berterima kasih kepada Latif Ibrahim yang sudi menjayakan rancangan dihasilkan walaupun baru saja keluar daripada hospital kerana mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya hormati dan mengagumi semangat orang seni seperti Latif Ibrahim. Walaupun uzur dia tetap datang ke studio menjalani latihan bersama pemuzik.

“Bukan itu saja apabila dia memegang mikrofon dan beraksi di pentas, dia begitu bersemangat. Malah kita tidak akan sedar yang dia sebenarnya kurang sihat,” katanya.

Inilah... diarahkan Nik Ramzi Nik Hassan dan dibantu Rabi’atul Adawiyah, Khairul Azam dan Siti Shafizah Shahrani, dan Zohara sebagai penerbit eksekutif.

Pada majlis pelancaran itu juga beberapa artis yang terbabit dalam rancangan Inilah... seperti Malik Ridzuan, Uji Rashid dan Latif Ibrahim hadir memeriahkan suasana dengan dendangan lagu popular mereka.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

See more here:
Kenang lagu lama

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Kenang lagu lama” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>