Skip to Content

‘Kami tak lupa Fauziah’

Submitted by on December 8, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

FENOMENA filem Ombak Rindu nyata masih hangat di pawagam seluruh Malaysia. Malah dijangkakan kutipan pecah panggung karya yang diadaptasikan daripada novel karya Fauziah Ashari itu mampu melonjak sehingga RM10 juta sekiranya ia terus mendapat sambutan.

Justeru, sekiranya segala kemungkinan menjadi kenyataan, pasti ada ‘habuan tambahan’ menanti pelakon dan krew produksi. Bukan mereka saja malah pihak Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd juga tidak akan melupakan Fauziah.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, ketika dihubungi semalam berkata, andai kata kutipan filem Ombak Rindu mampu mencecah sekurang-kurangnya RM8 juta, semestinya ada bonus disediakan oleh pihaknya. Ujarnya, ia adalah penghargaan yang harus diberikan atas segala usaha yang sudah mereka lakukan.

“Itu janji saya. Malah Fauziah sebagai penulis novel pun takkan saya lupakan kerana dia juga berhak untuk menerima bonus itu. Apapun, saya sangat gembira dengan pencapaian diraih Ombak Rindu setakat ini yang sangat hebat.


Melalui ruangan Interaksi dalam sisipan RAP semalam, Fauziah akui dia memang mendapat hanya sedikit bayaran daripada pihak penerbitan novel berkenaan yang berurusan dengan pihak Sharad.


Kata Fauziah dalam wawancara itu semalam: “Segalanya tidak dijangka. Kelemahan perjanjian yang ‘memakan’ penulis. Semua orang tak jangka, tapi ada tertulis dalam perjanjian bermaksud bahawa kemungkinan sesebuah novel difilemkan atau diteaterkan atau didramakan atau dialih bahasakan, itu ada. Kalau mereka berfikir begitu hingga wujudnya perjanjian sebegitu, maka sebaiknya perjanjian lebih telus dan menjamin penulis.

“Saya percaya antara kos mereka cuma kos masa untuk berbincang, kos kertas perjanjian dan guaman dengan pihak penerbit filem. Dalam hal ini, sewajarnya boleh dapat lebih kerana mereka tak ada kos cetak, iklan seperti menerbitkan buku. Hanya menyerahkan hak untuk diterbitkan. Seperti yang saya kata, penerbit buku tak jangka lalu perjanjian sambil lewa lebih memihak satu pihak. Saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, memang tidak memahami apa-apa, maka perjanjian diteruskan.”

Mengulas mengenai bayaran diterima Fauziah itu, Sharad berkata, novel Ombak Rindu diterbitkan Alaf 21 dan semua persetujuan dibuat mengikut kontrak. Namun katanya, dia memahami sumbangan Fauziah terhadap filem itu dan tidak akan mengenepikan Fauziah.

Sementara itu, Sharad berkata, selepas mengetengahkan filem adaptasi pertama mereka, Lagenda Budak Setan tahun lalu, Ombak Rindu adalah karya kedua terbitan Tarantella Pictures.

“Oleh itu, saya akan terus menerbitkan filem yang diadaptasikan daripada novel dan selepas ini Tarantella Pictures akan muncul pula de�ngan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki. Ia daripada novel tulisan Ahadiat Akashah.

Sharad berkata, dia juga mahu menghantar filem Ombak Rindu untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012.

Menyentuh soal kejayaan Ombak Rindu, Sharad berkata, selain daripada jalan cerita dan pengarahan yang bagus, pembabitan pelakon juga memainkan peranan. Ujarnya, pemilihan bintang tepat untuk melakonkan setiap karakter.

“Tidak ketinggalan, sinematografi yang cantik serta skor muzik dan lagu berkesan. Saya sangat gembira membaca maklum balas penonton di facebook (fb) yang rata-rata sangat tertarik pada gambar dan muzik Ombak Rindu,” katanya.

Menyorot paparan Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.

Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the original here:
‘Kami tak lupa Fauziah’

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “‘Kami tak lupa Fauziah’” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>