Skip to Content

Juri VBSR mula berdebat

Submitted by on October 28, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

PERBEZAAN pandangan juri dalam memilih peserta yang layak meneruskan perjuangan menerusi program realiti TV terbaru, Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR), menyebabkan penonton sendiri keliru.

Perkara itu berlaku sewaktu persaingan minggu kedua membabitkan lima lagi baki peserta iaitu Fakhrul Nizam Fauzi atau Fakhrul, 21; Fazdrul Aswad Fauzi (Aswad), 19; Airulazwan Abdul Rahman (Boy), 22; Irsa Sahabuddin (Irsa), 25 dan Siti Nur Aishah (Adeq), 21.

Keputusan paling ketara apabila juri tetap Mohd Azhar Abu Bakar atau Azmeer, tidak bersetuju dengan keputusan dibuat seorang lagi juri tetap, Erra Fazira dan juri jemputan, Hattan membabitkan Fakrul yang layak ke peringkat seterusnya.

Jelas Azmeer, sekiranya hendak dinilai persembahan pada malam itu, Fakrul tidak layak kerana melakukan kesilapan sewaktu mendendangkan lagu I Feel Good.

Masalah sebutan–nya tidak boleh diterima.

Sedangkan Erra dan Hattan punya pendapat berbeza iaitu menyifatkan peserta yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur itu ada ciri-ciri seorang penyanyi yang baik.

Seorang lagi peserta, Aswad yang juga adik Fakrul diibarat–kan Azmeer ada bakat besar dan seharusnya layak mara. Namun, dia tidak cukup bagus pula bagi Erra dan Hattan sehingga menyebabkan pemuzik jalanan itu tersingkir.

Ditemui sebaik program tamat, Azmeer menjelaskan dia tidak bermaksud untuk menidakkan keputusan dibuat Hattan mahupun Erra, namun kenyataan diberikan pada malam persaingan minggu kedua itu lebih kepada mahu mengajar dan mendidik agar mereka tidak melakukan kesilapan serupa pada masa akan datang.

“Saya tidak kecewa apabila keputusan dibuat tidak sama dengan dua lagi juri, malah saya hormati kerana setiap juri lain ada pendapat dan pandangan mereka sendiri.

“Apa yang saya katakan membabitkan penjelasan terhadap keputusan dibuat sebenarnya lebih kepada memberikan motivasi. Kesilapan sewaktu mengadakan persembahan secara langsung sepatutnya tidak boleh diterima terutama sewaktu Fakrul menyanyi di pengakhiran lagu. Sebutan juga harus betul dan jelas,” katanya.

Sementara itu bagi Hattan, walaupun Fakrul melakukan kesilapan, namun mereka tidak boleh menidakkan bakat dimiliki peserta itu.

Tambahnya, mendengarkan Fakrul menyanyikan lagu I Feel Good ternyata dia mempunyai jiwa apatah lagi ia didendang–kan dalam rentak blues.

“Untuk menjadi penyanyi, seseorang itu perlu ada jiwa dan lagu disampaikan dalam irama blues benar-benar bagus. Tidak semua penyanyi ada ‘benda’ itu. Atas alasan diberikan, saya berasakan peluang harus diberikan kepadanya,” katanya.

Jelas Hattan lagi, sebelum membuat penjurian untuk persembahan secara langsung, dia dan dua orang lagi juri diberikan peluang terlebih dulu mendengarkan rakaman lagu didendang. Waktu itu, selaku juri, dia sudah dapat memilih siapa yang bagus dan tidak layak.

Cuma pada malam persembahan, mereka mahu menyaksikan sama ada lagu diden-
dangkan itu kedengaran sama atau tidak dengan rakaman dan ternyata apa yang dilakukan Fakrul tidak banyak bezanya.

Erra pula menjelaskan, apa yang dipersembahkan Fakrul pada malam itu menunjukkan dia sebenarnya mempunyai bakat besar.

“Penonton perlu faham untuk persembahan minggu pertama ini kita menilai bakat dimiliki seseorang peserta. Mereka mungkin melakukan kesilapan tapi pada saya, ia tidaklah terlalu besar dan ia boleh diperbaiki.

“Fungsi rancangan ini untuk mencungkil bakat dimiliki mereka. Sebagai orang baru dan tidak ada pengalaman sudah tentu persembahan mereka tidak sempurna seperti artis yang sudah berpengalaman. Namun saya percaya sekiranya peluang terus diberikan, segala kesilapan itu dapat diperbaiki lagi,” kata Erra.

Selain Aswad, pada malam itu seorang lagi peserta dari Hulu Klang, Selangor, Adeq turut tewas.

Juri malam itu menyifatkan suara dimiliki peserta itu agak biasa saja.

Fakrul, Boy dan Irsa akan meneruskan persaingan bersama empat lagi peserta lain iaitu Norhasmidar Ahmad (Asmidar), Mafarikha Md Akhir (Mafa), Mohd Janizam Jamaluddin (Boby) dan Azmarul Azuan Harun (Azmarul).

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Originally posted here:
Juri VBSR mula berdebat

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Juri VBSR mula berdebat” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>