Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
MEMPERTAHANKAN kedudukan sebagai media pilihan ramai, Media Prima TV Networks meneruskan kecemerlangannya dengan menyiarkan pelbagai rancangan menarik dalam dan luar negara membabitkan empat stesen televisyennya iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV pada tahun hadapan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awalud�din, keempat-empat stesen televisyen itu menguasai jumlah tontonan televi�syen tempatan dengan 48 peratus pada suku tahun pertama 2011.
Bagi memastikan jumlah itu terus meningkat beberapa strategi terutama dari sudut konsep dan bahan yang mahu disiarkan sudah pun dirangka TV3, TV9, ntv7 dan 8TV sepanjang tahun depan.
Sewaktu majlis pratonton yang berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini, membabitkan rancangan menarik bakal ditayangkan keempat-empat televisyen terbabit, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata bagi memastikan jumlah tontonan terus dipertingkatkan, keempat-empat stesen televisyen di bawah Media Prima turut melaksanakan beberapa perubahan.
Turut hadir di majlis pratonton diadakan, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar; Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Nordin; Pe�ngurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul dan Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn Bhd, Lam Swee Kim.
Terang Izham, antara perubahan besar dilakukan adalah penjanaan semula rancangan kanak-kanak di keempat-empat stesen televisyen yang diletakkan di bawah satu jenama Bananana! sementara TV9 yang kini berada di tangga kedua stesen paling ramai ditonton, turut mewujudkan jenama baru iaitu 9x dalam usaha untuk mendekati penonton muda.
“Menerusi 9x ini sasaran penonton adalah sekitar 15 hingga 29 tahun. Untuk itu fokus rancangan tahun depan lebih banyak tertumpu kepada mereka. Antara yang akan disiarkan seperti Friday I’m In Love dalam slot Aurora, Gila Bola dikendalikan Seelan Paul dan Kieran dari Hot fm. Rancangan realiti Versus di mana ia diterbitkan dengan kerjasama Hot.fm dalam usaha mencari kumpulan muzik berbakat.
“Selain itu, TV9 akan menyiarkan drama sebanyak lapan episod, Pulau, Bulan, Bintang dan Kita dan drama mengisi slot Ratu, Cinta Jangan Pergi. Rancangan bercorak muzikal juga turut disiarkan dalam Sound Check yang pada saya sangat bagus dan tidak seharusnya dilepaskan untuk ditonton. Ada rancangan yang sedia ada diteruskan seperti Skrin di 9 dan Apa Saja FBI dan rancangan dari Hollywood iaitu Teen Wolf,” katanya.
Melihat kepada perubahan itu pastinya ramai yang tertanya apa akan berlaku kepada beberapa program dalam jenama Raudhah yang memang menjadi tumpuan penonton di TV9. Apatah lagi sewaktu di awal beroperasi, stesen menggunakan label Dekat Di Hati itu sangat sinonim dengan rancangan yang boleh dijadikan pengisian rohani dan keagamaan seperti Semanis Kurma, Halaqah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Safiyya.
Tambahan pula, selepas melihat daripada senarai rancangan baru yang bakal diterbitkan bimbang sekiranya rancangan bercorak kerohanian itu akan terpinggir. Apatah lagi sekarang ini rancangan dalam jenama Raudhah tidak disiarkan di TV9 dalam waktu perdana.
Menjelaskan mengenai perkara itu Sherina menjelaskan waktu siaran program Raudhah adalah bertepatan dengan kehendak penonton dan perkara itu boleh dilihat menerusi maklum balas yang diterima pihak produksi.
“Kami tidak akan meming�girkan setiap rancangan dalam Raudhah, malah tahun hadapan rancangan seperti Tanya Ustaz atau Ustazah akan ditambah waktunya pada sebelah pagi. Jika dulu ia bersiaran pada jam 7.30 pagi tetapi kami akan tambah jam 6 pagi agar waktu taya�ngan lebih panjang.
“Kami tidak letak rancangan di bawah jenama Raudhah pada waktu perdana kerana memang penonton hanya menonton rancangan terbabit di waktu awal pagi selepas Subuh hingga jam 9 pagi dan pada waktu malam,” katanya.
Sherina turut menegaskan walaupun tumpuan TV9 kepada penonton muda, namun dalam waktu sama mereka juga mahu meneruskan konsep sebelum ini yang mana TV9 menjadi saluran kerohanian. Malah, pihaknya mengalu-alukan produksi agar menghasilkan drama yang temanya berkisar mengenai dunia remaja dan kerohanian.
Menarik apabila TV3 masih meneruskan slot Seram dengan menyiarkan Amukan Pocong pada tahun depan. Sebelum itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membangkit�kan isu bahawa filem dan stesen televisyen banyak menyiarkan filem seram dan hantu dikhuatiri boleh melemahkan pemikiran dan daya fikir masyarakat.
Sementara itu, dalam satu sidang media khas dilakukan penggiat filem menyalahkan bahawa isu itu timbul bertitik tolak daripada pihak media dan sudah tentu stesen televisyen popular dan punya jumlah penonton paling ramai turut menerima tempias kerana mewujudkan satu slot khas untuk drama bersiri genre seram.
Di majlis itu, Nurul Aini menjelaskan walaupun kebanyakan drama yang disiarkan itu menakutkan, namun pihaknya akan memastikan ia akan memberikan pengajaran dari sudut moral.
“Kalau ada yang menyatakan bahawa TV3 antara media yang menjadi punca kepada timbulnya isu terbabit rasanya ia tidak benar kerana kami hanya mempunyai satu slot saja. Setiap drama seram disiarkan itu kami pastikan penonton akan belajar sesuatu daripadanya. Lagipun sebelum ia ditayangkan kami akan menyiarkan klasifikasi drama terbabit bahawa bagi mereka berada di bawah umur, panduan daripada ibu bapa adalah penting,” katanya.
Pada majlis itu, menarik majlis pengumuman dilakukan Izham ala rancangan bual bicara Nite Live dan turut membabitkan beberapa artis popular termasuk Hujan, Jaclyn Victor dan bintang khas TVB yang dibawa dari Hong Kong.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Continued here:
Jenama baru, drama baru
- Category: Media
- Tags:arena, chrome, drama-baru, facebook, fbi, jenama-baru, metro, networks












No Responses to “Jenama baru, drama baru” Leave a reply ›