Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
HANYA tinggal kurang dua minggu acara berprestij Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Acara yang bermula 18 November ini bukan saja menarik perhatian ramai, malah paling diberi tumpuan sudah tentu malam kemuncak dijadual pada 20 November. Seperti penganjuran sebelumnya, ba�nyak perkara diperkatakan.
Walaupun penganjur mengharapkan sesuatu perkara tidak menjadi isu besar, ia sepatutnya dianggap suatu yang positif dalam membaiki kelemahan dan paling penting menyemarakkan promosi acara ini secara besaran.
Untuk FFM24, isu promosi turut menjadi persoalan. Merujuk pada acara sampingan, Jelajah FFM24 selesai diadakan di tiga lokasi, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru, apa yang menjadi tanda tanya tiada bajet diberikan untuk aktiviti penting sebegini.
Perkara ini didedahkan Penasihat Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London yang bertanggungjawab sebagai pengerusi promosi dan publisiti. Menjawab persoalan itu, Jurey Latiff Rosli bertindak sebagai pengerusi FFM24 menyatakan penganjur, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sememangnya tidak menyediakan bajet.
“Mengikut peruntukan yang ada, ia sepatutnya dibelanja dengan berhemah. Seperti Jelajah FFM24 , ia dianjur mengikut kemampuan.
“Acara ini diberi kepada FDAM kerana ada cadangan menyatakan ia penting kerana ia tidak pernah diadakan sebelum ini. Pada peringkat awal, kami ada berikan duit kepada FDAM mengadakan perbinca�ngan dengan kerajaan negeri.
“Ini kita buat, tetapi tiada bajet untuk acara ini. Kami berikan kuasa penuh kepada FDAM menjalankan acara ini kerana ia dibuat secara francais seperti Golf Amal Selebriti yang dianjurkan kali ini.
“Dalam perkara ini, Gafim memberi peluang kepada persatuan gabungan ambil bahagian. Bagi penganjur, kita mempunyai program lain untuk diberi tumpuan dan menjaga imej FFM24 agar dikenang.
“Jika Finas berasakan Jelajah 24 ini penting, mungkin ia dapat diteruskan pada masa hadapan dan diharap mempunyai peruntukan nanti,” katanya pada sidang media khas FFM24 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak pula menyokong Jelajah FF24 diteruskan dalam mendekatkan hubungan artis dengan peminat serta mempromosikan acara ini lebih meluas.
“Pembabitan kerajaan negeri dalam menjayakan Jelajah FFM24 suatu yang dialu-alukan dan mereka juga mempunyai inisiatif sendiri menjayakan acara ini di tempat mereka.
“Apa yang ditekankan, acara ini menjadi langkah pertama dalam membuktikan ia agenda penting untuk diadakan dan berharap diperluas ke kawasan luar bandar,” katanya.
Pada sidang media khas itu, Mohd Naquib bersama Jurey menjelaskan perubahan tarikh malam kemuncak yang sepatutnya dijadual 19 November tidak memberi masalah besar. Penundaan dibuat atas cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana meraikan kedatangan rakan sejawatnya, Dr Yaacob Ibrahim dari Singapura mengadakan kunjungan kebudayaan selama tiga hari ke negara ini bermula 19 November.
Jurey juga menyatakan mesyuarat antara ahli jawatankuasa FFM24 bersama persatuan di bawah Gafim turut diadakan pada setiap minggu dalam memastikan acara tahunan ini berjalan lancar. Gafim percaya persatuan hiburan di bawah naungannya memberikan kerjasama baik.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Original post:
Jelajah FFM24 tiada bajet
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, blue, festival, firefox, harian-metro, jelajah, metro, rap, sertai-komuniti-mymetro, versi-mobile












No Responses to “Jelajah FFM24 tiada bajet” Leave a reply ›