Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
ISU dalaman Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) nampaknya belum mencapai jalan penyelesaian. Walaupun pelantikan empat ahli jawatankuasa (AJK) baru dibuat dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 24 September lalu, jalan perdamaian masih tiada.
Difahamkan, bekas Presiden, Ismail Ahmad bersama Timbalannya, Mohd Wazata Md Zain digantung jawatan mengikut undian majoriti ahli diputuskan pada EGM itu.
Tempat mereka kini digantikan Mohd Jamil Abdul Mutalib bersama Martias Mohd Ali yang menjadi timbalannya.
Begitu juga Mohd Shaari Abdul Wahab dan Asiah Mion menggalas cabaran baru memikul tanggungjawab setiausaha kehormat dan penolong yang sebelum ini disandang Zaienal Abidin Omar bersama Mokhzan Ali.
Tindakan pergantungan Ismail dan Mohd Wazata dibuat selepas dua AJK lama itu didakwa menggunakan wang persatuan tanpa kelulusan AJK lain.
Satu laporan polis dibuat bekas Bendahari Kehormat, Shafril Sanusi pada 5 Ogos lalu mengenai dakwaan itu.
Namun seperti dijangka Ismail yang tidak hadir pada EGM itu tidak berdiam diri.
Dia akhirnya tampil memberi kenyataan menerusi e-mel yang membawa tajuk ‘Jawatan Presiden SWAM Dibuka Untuk Dilelong.’
Dalam kiriman e-mel itu, Ismail menyatakan ada individu yang cuba merampas jawatan dalam persatuan yang sepatutnya menjadi milik ahli.
Dia menekankan persatuan mempunyai perlembagaan di mana setiap amalan dan keputusan dibuat harus mengikut perlembagaan itu sendiri.
“Mungkin Swam terlalu hebat sehingga ramai yang tak sabar-sabar nak jadi presiden. Dalam masa enam bulan kini ada dua penyamar sebagai presiden dan ia menjadi rebutan termasuk bukan ahli,” katanya.
Ismail merujuk pada tiga perkara dalam perlembagaan Swam iaitu Fasal 6.2, 6.8 dan dan 8.2 mengenai keahlian.
Fasal 6.2 menyatakan seseorang itu ditauliah sebagai ahli aktif jika jawatankuasa berpuas hati terhadap dua perkara iaitu memiliki ijazah atau diploma penulisan skrip atau pernah menulis skrip secara aktif hingga karya itu disiarkan.
“Fasal 6.8 pula, jawatankuasa boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan keahlian tanpa perlu dinyatakan alasan. Dalam Fasal 8.2, menyatakan keahlian ahli itu terhenti pada ulang tahun permohonannya diterima pertubuhan,” katanya.
Berdasarkan tiga perkara itu, tujuh nama ahli dikemukakan Ismail mengikut rekod persatuan iaitu Mokhzan dikatakan bankrap sejak 1998 dan belum dilepaskan manakala empat ahli, Rosliza Kamarun Ariffin, Norasidah Ismail, Shafril dan Jaafar sudah tamat keahlian.
“Keahlian Zaienal, Mariam Shahnaz dan Nursyamsul Bahariah Hussein pula tidak pernah dibentang untuk kelulusan dalam mesyuarat jawatankuasa sebelum 27 Julai.
“Oleh demikian mesyuarat yang dipanggil kumpulan ini termasuk EGM pada 24 September bukanlah mesyuarat Swam.
“Selain mereka yang tersenarai, ramai lagi yang menyertai EGM ini adalah ahli yang tamat keahlian dan bukan ahli termasuk Jamil yang tamat keahlian pada 3 September 1997 yang dilantik sebagai presiden,” katanya.
Mengenai isu tandatangan pada cek yang dikeluarkan, Ismail menyatakan hanya tandatangan presiden, timbalan presiden, setiausaha kehormat dan bendahari kehormat yang sah.
“Kita tidak boleh menghukum seseorang berdasarkan tuduhan liar. Setiap tuduhan mestilah disusuli dengan bukti yang kukuh. Kalau tidak kita boleh diambil tindakan kerana membuat tuduhan palsu.
“Kumpulan di atas kini dalam siasatan polis dan bank negara. Shafril mengeluarkan cek sebanyak RM650 atas nama setiausaha kerja dan jumlah itu diserahkan dalam tunai pada 27 Julai 2011.
“Shafril juga menggunakan wang persatuan tanpa kelulusan presiden atau jawatankuasa. Saya difahamkan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun Shafril,” katanya.
Mengenai cek untuk projek yang dikeluarkan, Ismail menjelaskan Swam hanya membelanjakan RM36,000 dan mempunyai baki sebanyak RM10,000 hasil dari Karnival Rakyat Bersama Seniman yang dianjurkan sempena Hari Seniman lalu.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Read the rest here:
Ismail pertahan diri
- Category: Media
- Tags:arena, chrome, facebook, harian-metro, kongsi-artikel, news, sakit-puan, versi-mobile, video












No Responses to “Ismail pertahan diri” Leave a reply ›