Skip to Content

Interaksi: ‘Jangan hanya salah kami’

Submitted by on October 12, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

ISU lambakan karya seram tempatan yang mengisi tayangan di kaca TV dan pawagam terus hangat diperkatakan. Genre sedemikian dikatakan mula mempengaruhi pemikiran generasi muda dan mendatang�kan kesan negatif.

Ada ramai pihak yang bersetuju dan tidak kurang pula menentang dakwaan itu khususnya golongan pejuang seni.

Polemik mengenai impak filem seram atau filem hantu terhadap kehidupan sosial bukan sesuatu yang baru kerana perdebatan mengenai isu ini pernah dibahaskan sejak dulu lagi.

Dari sudut sejarah, filem Melayu seram sudah mula dihasilkan sejak 1950-an lagi dengan filem seperti kemunculan Hantu Jerang�kong, Hantu Kubor dan Anak Pontianak, diikuti Toyol, Perjanjian Syaitan dan Rahsia pada 1980-an.


Dekad kebelakangan ini, filem seram termasuk komedi-seram kembali mendapat perhatian, malah mampu menjadi genre filem box-office bermula Pontianak Harum Sundal Malam arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Jangan Pandang Belakang (Ahmad Idham), Hantu Kak Limah Balik Rumah (Mamat Khalid), Khurafat (Syamsul Yusof) dan Ngang�kung (Ismail Bob Hasim) dan Hantu Bonceng (Ahmad Idham).


Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara lain menyebut lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi pawagam ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat produktif, termasuk me�nyelesaikan masalah itu dengan pendekatan
saintifik.

Ikuti temubual wartawan Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan (wanasr@hmetro.com.my) bersama Presiden Persatuan Produser Filem Malaysia (PFM) Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra disapa Shumi, semalam.

RAP: Isu drama dan filem seram rancak diperkatakan menerusi media cetak dan elektronik sejak kebelakangan ini. Apa pandangan anda?

SHUMI: Perlu diingat�kan kepada semua orang bahawa industri filem ini bukannya kecil. Ia membabitkan banyak pihak. Bukan hanya pembikin filem malah, industri antarabangsa juga menghasilkan filem bergenre seram. Kita tidak boleh mudah melatah sebaliknya membuat kajian dan mencari jalan penyelesaian terbaik mengenainya isu ini.

RAP: Adakah drama dan filem yang ditayangkan di khalayak menjejaskan akhlak atau memberi kesan buruk kepada penonton?

SHUMI: Kami sedar mengenai kenyataan, pandangan dan teguran yang diberikan kepada karyawan seni. Sebagai pembikin filem kami sentiasa berfikiran terbuka dan sering mengambil kira mengenai sensitiviti masyarakat. Kalau kata drama atau filem yang dihasilkan mendatangkan kesan buruk dakwaan itu tidak munasabah.

Perlu diingatkan sebelum drama atau filem ditayang�kan ia terlebih dulu melalui sekatan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang membabitkan jabatan agama dan pihak tertentu supaya ia tidak menyentuh sensitiviti agama, masyarakat dan boleh menjejaskan moral penonton.

RAP: Adakah isu ini mewujudkan satu status ‘double stand’ untuk drama atau filem tempatan?

SHUMI: Ya, tidak dinafikan. Kita memerlukan satu undang-undang yang sama rata dan adil bagi semua karyawan seni tempatan atau antarabangsa. Jangan hanya salahkan kami pembikin filem tanah air sedang�kan karya antarabangsa dibiarkan tanpa pengawasan yang teliti boleh memesong�kan akidah dan agama.

Setiap karya yang dihasilkan oleh produser atau pengarah tempatan berpandu kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh LPF. Tambahan pula kebanyakan penerbit dan pengarah terdiri daripada mereka beragama Islam dan Melayu justeru, mustahil jika mereka mahu mempersendakan agama sendiri.

RAP: Apa yang masyarakat sepatutnya tahu?

SHUMI: Masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan karyawan
seni tanah air semata-mata. Industri perfileman tidak boleh dipersalahkan berhubung masalah masyarakat. Ini diibaratkan satu penganiayaan kepada
produser yang sudah melaburkan wang selain menyekat kreativiti karyawan seni tanah air.

Kami tidak mahu orang luar memandang serong di sebalik pembikinan filem seram itu. Sebenarnya pembikinan filem seram ini turut mendatang keuntungan kepada semua pihak disebabkan penggunaan teknologi yang membabitkan kos tinggi pada masa sama memberi impak besar buat penonton. Ia juga sebagai batu loncatan kepada pembikin filem untuk lebih berani melabur kos yang tinggi berdasarkan interpretasi masing-masing.

RAP: Apakah isu ini memberi kesan kepada industri seni tanah air?

SHUMI: Ramai yang tidak faham mengenai perjuangan pembikin filem dalam industri. Ada yang menyalahkan produser dengan membuat tuduhan secara melulu.

Ada yang menyatakan produser lebih mengutamakan keuntungan dalam berkarya. Saya pasti setiap produser ada misi dan sasaran tersendiri.

Apabila menyebut soal komersial tidak dinafikan permintaan terhadap filem genre seram mendapat sambutan menggalakkan adalah faktor utama penghasilan karya filem sebegini. Begitupun, pada masa sama pembikin filem tidak pernah meminggirkan genre filem lain. Saya percaya setiap pembikin filem semakin berani mencuba genre berbeza pada setiap tahun. Selain melihat pada sambutan penonton.

Karyawan seni sudah berjuang dan berkorban untuk meningkatkan industri perfileman pada tahap sekarang. Jangan disebabkan isu ini ia menjejaskan kreativiti dan minat pembikin filem untuk terus menghasilkan karya berkualiti.

RAP: Adakah situasi ini menjejaskan perancangan anda untuk menghasilkan lebih banyak drama atau filem seram pada masa akan datang?

SHUMI: Saya adalah peminat nombor satu filem seram. Memang saya merancang untuk menghasilkan filem seram pada masa akan datang. Namun tumpuan saya kini menghasilkan filem bercorak sejarah pemimpin Malaysia, Tanda Putera yang masih dalam proses suntingan.

RAP: Bagaimana peranan persatuan karyawan seni dalam mengubah persepsi masyarakat mengenai isu ini?

SHUMI: Sebagai Presiden PFM kami merancang mengadakan dialog dan perbincangan mengenai isu ini di Auditorium P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang jam 11 pagi ini (Rabu). Saya menyeru kepada semua ahli dan produser untuk turut serta pada majlis itu dan mencurahkan idea selain pandangan masing-masing mengenai isu hangat ini. Saya percaya semua pengarah dan produser filem sentiasa mencari jalan terbaik untuk menghasilkan karya terbaik.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Original post:
Interaksi: ‘Jangan hanya salah kami’

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Interaksi: ‘Jangan hanya salah kami’” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>