Skip to Content

Inspirasi wanita

Submitted by on November 21, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

SUATU ketika dulu, seorang wanita hebat yang menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini pernah meng–ungkapkan kehidupan tidak dinilai berdasarkan kelulusan atau wang y atau sekerap mana kita melakukan perkara hebat.

Sebaliknya kita akan diadili oleh mereka yang menerima bantuan ikhlas yang datang dari tangan kita. Di Barat, kisah Ibu Teresa yang penuh kasih sayang dan nilai murni kerana dia adalah wanita yang banyak mengubah dunia. Malah, ramai wanita kini menjadikan itu sebagai sumber inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mereka mengikut jejak Teresa dan mencontohi beliau dalam melakukan keajaiban dan memberi sinar harapan baru buat yang tidak berkemampuan.

Bermula pada 27 November ini, saluran ntv7 dengan usaha sama SK-II, membawa penonton Malaysia menghayati siri baru yang segar dan penuh inspirasi, SK-II Miracle Makers yang bertujuan mencipta keajaiban dan membuat perubahan untuk masyarakat.


Rancangan bersiri enam episod selama 30 minit setiap Ahad, jam 10.30 malam dihoskan gadis jelita berbakat, Chermaine Poo.


Selama lima minggu, Chermaine diberikan tugas menemuramah dan berbicara bersama lima wanita yang banyak memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan mereka kepada masyarakat. Kisah dermawan yang mencipta banyak keajaiban dalam kehidupan mereka ini bakal diceritakan pada setiap episod.

Chermaine ini ingin mencipta keajaibannya sendiri setelah mendengar dan memahami kisah mengagumkan wanita-wanita ini.

Pada penghujung episod nanti, penonton akan melihat usaha Chermaine merealisasikan impiannya dengan mengutip dana untuk sebuah organisasi serta menguruskan acara amal sebagai langkah pertama.

“Sebelum menerima tawaran untuk menjadi hos program ini, saya pernah menyertai satu larian amal di Kota Kinablau, Sabah. Pada ketika itulah, saya terfikir untuk menganjurkan program amal tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

“Apabila ditawarkan menjadi hos bagi program ini, saya sangat bertuah kerana menjadi pilihan ntv7. Pada masa sama, saya mempunyai peluang melihat bagaimana figura itu menjalankan program amal untuk membantu insan yang susah.

“Pengalaman mereka memberikan inspirasi dan semangat agar saya meneruskan impian ini. Sebagai seorang yang bergiat dalam industri seni, saya sepatutnya saya menolong mereka,” katanya ketika sidang media SK-II Miracle Makers, baru-baru ini.

Program ini bukan saja akan memberikan pengaruh besar buat wanita tetapi juga memberikan faedah buat mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.

Program ini adalah satu cara memberikan penghargaan kepada mereka dan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia tampil memberikan pertolongan.

Lima wanita yang dipilih ialah Dr Hartini Zainuin, Datuk Ruby Khong, Datin Paduka Ibu A Mangalam dan Tengku Rozidar. Berasal daripada latar belakang berbeza, mereka akan menceritakan perjalanan membantu komuniti seterus–nya memberikan panduan dan inspirasi kepada insan lain.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

View original post here:
Inspirasi wanita

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Inspirasi wanita” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>