Skip to Content

Himpunan karya seni Sudirman

Submitted by on February 18, 2012

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

APABILA bercakap �mengenai simfoni orkestra, ramai hanya memikirkan hanya muzik Beethoven atau Mozart sering mendapat tempat. Bagaimana pula jika lagu artis legenda negara, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad dipersembahkan oleh 40 pemuzik Orkestra �Radio Televisyen Malaysia (ORTM) dan seramai sembilan artis popular tanah air?

Jawapan terbaik adalah menonton Siri Orkestra RTM 2012 mempersembahkan Konsert Sudirman Abadi Di Hati pada 24 Februari (Jumaat) bermula jam 9 malam. Konsert ini akan diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Bercakap pada sidang media pelancaran konsert itu, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, konsert Sudirman ini adalah pencetus ‘trendsetter’ melalui usaha berterusan dilakukan oleh RTM.

“Program dirangka memberi gambaran jelas hala tuju arah seni muzik. Apapun, semuanya bukan mudah tanpa komitmen jitu daripada pelbagai pihak dalam memartabatkan industri seni kreatif ke tahap lebih tinggi,” katanya pada majlis pelancaran Siri Orkestra RTM 2012 di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Khamis lalu.


Hadir sama adalah Pengarah Perkhidmatan Muzik, Datuk Mokhzani Ismail dan Penerbit Perkhidmatan Muzik, Ali Shaib.


Konsert ini mengenengah�kan karya-karya seni �Penghibur Nombor 1 Asia dan Juara Bintang RTM 1976 ini secara kronologi. Ia bermula daripada album-album yang pernah dihasilkan bermula Teriring Doa (1977), Aku Penghiburmu (1978), Perasaan (1979), Anak Muda (1980) hinggalah ke album terakhir.

Artis yang bakal menjayakan persembahan terbabit adalah Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Rey Bintang RTM.

Mengenai harapan �membawa Orkestra RTM ke tahap lebih tinggi, �Mokhzani berkata: “Impian utama adalah menarik masyarakat meminati orkestra. Kita masih belum boleh bercakap konsert pemuzik instrumental seperti Kenny G atau Yanni yang boleh menjayakan konsert instrumen mereka sendiri.

“Paling penting orkestra mengenengahkan kelainan menerusi penggubah hebat kita sendiri. Konsert Sudirman ini berbeza kerana banyak lagu jarang didengar akan disampaikan pada hari berkenaan,” katanya.


This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the rest here:
Himpunan karya seni Sudirman

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Himpunan karya seni Sudirman” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>