Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
ANUGERAH berprestij Golden Awards di ntv7 kembali lagi selepas kejayaannya mengiktiraf industri hiburan Cina tempatan tahun lalu.
Sudah tiba masanya untuk anugerah ini sekali lagi diadakan bagi memberikan penghargaan kepada pelakon yang layak menerimanya berdasarkan komitmen mereka memberikan yang terbaik kepada penonton.
Anugerah kali ini bakal lebih besar dan meriah dengan sejumlah 22 kategori dipertandingkan jika dibandingkan hanya 19 anugerah pada tahun lalu.
Lebih teratur, semua anugerah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Drama, Bukan Drama dan Pilihan Penonton. Dua daripada empat anugerah baru yang diperkenalkan dalam ketiga-tiga kategori adalah Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Menurut Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, kejayaan tahun lalu menguatkan lagi komitmen mereka untuk menganjurkan acara itu.
“Kami percaya, persaingan yang sihat akan mendorong lagi perkembangan dan kreativiti pengkarya. Kami sangat berharap akan mendapat sokongan daripada syarikat produksi.
“Harapan kami agar industri hiburan Cina tempatan akan terus berkembang secara sihat dan turut menambah keyakinan pihak penaja,” katanya ketika sidang media Golden Awards di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, pihak mereka memberikan masa selama setahun bagi pelakon atau pengarah untuk menunjukkan kesungguhan mereka untuk berkarya. Ia dilakukan seperti itu bagi mengelakkan wajah yang sama naik ke atas pentas menerima anugerah. Ia juga dilakukan bagi memberikan peluang kepada pendatang baru untuk membuktikan bakat mereka.
Dianjurkan ntv7, acara ini mensyaratkan semua produksi yang menghasilkan bahan kandungan berbahasa Cina untuk menghantar penyertaan mereka sebelum 20 September 2011 bagi melayakkan mereka dinilai oleh juri profesional.
Golden Awards kali kedua itu akan diadakan pada 22 September 2012 secara siaran langsung di Putrajaya.
Anugerah ini berjaya mendapat ‘rating’ membanggakan selepas ia diperkenalkan tahun lalu. Juri yang akan menghakimi setiap anugerah yang akan dipertandingkan datang daripada kelompok personaliti yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Katanya, proses penilaian awal bagi menyenarai pendek calon akan diadakan pada Mac 2012 dan seterusnya 10 calon teratas akan diumumkan pada April 2012. Jumlah itu akan dikecilkan lagi menjadi lima calon finalis.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
See more here:
Golden Awards kembali
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, facebook, firefox, flying, golden-awards, golden-awards-kembali, harian-metro, kongsi-artikel, metro, rap, sakit-puan












No Responses to “Golden Awards kembali” Leave a reply ›