Skip to Content

Gemerlapan bintang menyinari Temerloh

Submitted by on October 27, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

JIKA tidak ke mana-mana pada hujung minggu ini, silalah datang ke Karnival Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) yang akan menggegarkan Taman Kubang Gajah, Temerloh, Pahang, pada 29 dan 30 Oktober (Sabtu dan Ahad) ini.

Pelbagai acara menarik disediakan yang turut memberi peluang kepada pengunjung mengambil bahagian termasuk memenangi hadiah menarik disediakan.

Antara hadiah yang paling menjadi igauan tentunya motosikal DV 110 sumbangan Demak Motor yang akan diberikan kepada pengunjung bertuah.

Tidak terbatas pada aktiviti menarik saja, seperti lokasi sebelumnya akan berlangsung Konsert Gegaria yang membariskan artis popular seperti Shila Amzah, Najwa Latif, Adira AF8 dan Nashrin My Starz LG termasuk kumpulan One Nation Emcee dan Jinbara.


Buat pertama kalinya juga, acara yang berlangsung pada Sabtu, jam 9 malam itu dihoskan pelakon terkenal dan pengacara ceria, Didie Alias.


Didie berkata, dia sememangnya menantikan pembabitan dalam KGHM2011 kerana melihat program ini satu idea murni Harian Metro dalam meraikan pembacanya.

“Dua kali saya diundang namun ada saja halangannya kerana terikat dengan penggambaran drama. Justeru, saya berasa amat gembira kerana akhirnya dapat memenuhi undangan di Temerloh, Pahang.

“Insya-Allah, saya bersama-sama artis yang terbabit akan menghiburkan pengunjung yang hadir memeriahkan konsert itu nanti dan berharap cuaca sepanjang program dijalankan menyebelahi kita semua. Maklumlah kebelakangan ini hujan,” katanya.

Bagi pendatang baru yang cukup hangat dengan lagu Cinta Muka Buku ketika ini, siapa lagi kalau bukan Najwa Latif, dia mahu memanfaatkan peluang membuat persembahan di KGHM2011 untuk memperkenalkan namanya.

“Kebanyakan orang hanya tahu lagu Cinta Muka Buku tetapi tidak mengenali siapakah penyanyinya. Saya berharap peluang dan pendedahan yang diberikan Harian Metro ini dapat memperkenalkan saya kepada umum.

“Tambahan pula, kebanyakan persembahan yang saya terima lebih tertumpu di bandar dan lokasi dijelajahi penganjur dapat menyediakan ruang untuk saya memasuki pasaran luar bandar,” katanya yang akan menyampaikan lagu Cinta Muka Buku dan Baby dipopularkan Justin Bieber.

Beralih pada pengisian, ‘Booth’ meja hiburan, Rap (Rentak Artis Popular), program Pencarian Gadis Metro dan Metro Idol yang cukup popular diteruskan.
Kedua-dua pertandingan ini diadakan pada 29 Oktober.

Pendaftaran Metro Idol yang hanya mengenakan bayaran RM20 dibuka seawal jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Seramai 10 atau lebih peserta (bergantung kepada keputusan juri) yang mengambil bahagian dalam pertandingan Metro Idol akan dipilih ke final yang diadakan keesokan harinya (Ahad), jam 4.30 petang.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM500, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200). Persembahan akhir diadili dua juri terdiri daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan Mimie daripada kumpulan One Nation Emcee.

Pertandingan ala ratu cantik, Gadis Metro pula menawarkan hadiah berupa wang tunai RM250 untuk juara, RM150 (Naib Juara) dan RM100 (tempat ketiga).
Pendaftaran pertandingan ini dibuka pada Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Menyerikan aktiviti pada Sabtu di ‘booth’ Rap, tentunya sesi ramah mesra di antara artis dan pengunjung yang membabitkan kumpulan One Nation Emcee, Shila, Najwa, Adira dan Nashrin sekitar jam 3 petang.

Pada hari sama sebelah malam, akan berlangsung Konsert Gegaria yang dihoskan pelakon terkenal yang cukup berbakat, Didie Alias bermula jam 9 malam. Artis popular yang membuat persembahan ialah One Nation Emcee, Shila, Najwa, Adira dan Nashrin serta kumpulan Jinbara.

Pada Ahad (30 Oktober) pula, semua artis yang terbabit dalam konsert akan mengambil bahagian dalam senam irama dan sukaneka yang membabitkan pengunjung.

Program akan diadakan seawal jam 8.30 pagi.

Sebelah petang pula, aktiviti di booth kembali hangat dengan� kemunculan dua pelakon cantik, Scha Al-Yahya dan Salina Saibi yang akan mempromosikan filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof yang akan mula ditayangkan kepada umum pada 17 November.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the original:
Gemerlapan bintang menyinari Temerloh

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Gemerlapan bintang menyinari Temerloh” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>